SELAMAT DATANG KE KEMPEN PERUNDANGAN 2021
MAHKAMAH BURUH DAN MAHKAMAH PERUSAHAAN 2021
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
BUKU 1
MAHKAMAH BURUH DAN
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA
[FAKTA MENARIK UNTUK PEKERJA]
2021
KANDUNGAN
Pengenalan
BAHAGIAN 1 MAHKAMAH BURUH
Fakta Menarik 1- Asal Usul
Fakta Menarik 2- Sumber Kuasa
Fakta Menarik 3- Peranan dan Kepentingan
Fakta Menarik 4- Jenis Kes
Fakta Menarik 5- Prosedur
Fakta Menarik 6- Statistik Kes
Fakta Menarik 7- Poster Mahkamah Buruh
Fakta Menarik 8- Asal
Pengenalan
BAHAGIAN 2 MAHKAMAH PERUSAHAAN
Fakta Menarik 1- Asal Usul
Fakta Menarik 2- Sumber Kuasa
Fakta Menarik 3- Peranan dan Kepentingan
Fakta Menarik 4- Jenis Kes
Fakta Menarik 5- Prosedur
Fakta Menarik 6- Statistik Kes
Fakta Menarik 7- Poster Mahkamah Perusahaan
Fakta Menarik 8- Asal
PENUTUP
BUKU 2
RINGKASAN ESEI
TUGASAN PELAJAR
AH32403-UNDANG-UNDANG PEKERJAAN
Penyusun
MAHADIRIN HJ.AHMAD
MASTURANI BINTI LAMING
NORFAZILA BINTI JEFRI
MUHAMMAD NURHAIZAL BIN ABDUL GAAI
NURHANISAH BINTI MOHD TANG
NURREEN FASSIHAH BINTI AHMED
NORHAYATI BINTI DIM
CATHERINE DULING ANAK BRITTEN @ DANA
AI PELL A/P RIAM
GILLBERTH BUNDAN ANAK INCHAM
BERNADETTEE AUGUSTIN
KELWIN KELINDOS
MARIANA TORESSA ANAK MANGOI
AISYAH BINTI MOHD YASSIN
JESSICA ANAK RIBUN
ROSENIEBIYANA BATANG
CLARICE GAMIN
PG MOHD ZULHAJIZIE BIN ABDUL KARIM
CHONG KEN LEONG
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
KANDUNGAN
TUGASAN INDIVIDU
Kepentingan Akta Kerja dan Ordinan Buruh Sabah Terhadap Ujian Kawalan Kontrak Pekerjaan.
1. Afiqah Hazirah Binti Azman
2. Ai Pell a/p Riam
3. Airna Binti Muhamad
4. Aisyah Binti Mohd Yassin
5. Azizah Binti Bahman @ Latman
6. Aznil Bin Jeral
7. Bernadette Augustin
8. Blaise Gaille Anak Banji
9. Catherine Duling Anak Britten @ Dana
10. Celine Vivien Chong
11. Chong Ken Leong
12. Clarice Gamin
40. Mohd Hasmiron Rahimi Bin Zainal
41. Mohd Hazroy Bin Haminuddin
42. Mohd Izwan Bin Anwar
43. Mohd Jamrie Bin Abd Marup
44. Mohd Khairul Aqira
45. Mohd Safwan Bin Biwari
46. Mohd Sahril Bin Sulaiman @ Jasni
47. Mohd Samsul Bin Suhaimi
48. Mohd Syahrulnizam Syah Bin Mat Azlan
49. Muhamad Ad Lean Bin Nasip
50. Muhammad Nurhaizal Bin Abdul Gaai
51. Muhammad Zulkifli Bin Masri
52. Najiha Binti Nilo
53. Nazam Hadee Bin Mohd Zaini
54. Nazhatul Aina Binti Tahang
55. Norain
56. Norainah Binti Udin
57. Nordin Bin Kudoput
58. Norfazila Binti Jefri
59. Norhayati Binti Dim
60. Noribah Binti Tajim
61. Norisyham Syed Putra Bin Arsad
62. Normala Binti Abdul Rahman
63. Norsyuhadah Binti Bajuri
64. Nur Aisyah Binti Kadir
65. Nur Al Adawiyah Binti Rahim
66. Nur Anis Athirah Binti Azmi
67. Nur Atirah Binti Salleh
68. Nur Farah Hazwani Binti Mohamad Saleh
69. Nur Haziyah Dahiyah Binti Haji Nordin
70. Nur Izzati Binti Amran
71. Nur Izzati Binti Mustapha
72. Nur Zarina Binti Jakaria
73. Nur Zariq Sofea Binti Ruslee
74. Nuraini Binti Hamid
75. Nurhafizah Binti Salleh
76. Nurhanisah Binti Mohd Tang
77. Nurreen Fassihah Binti Ahmed
78. Nursyifa Syahira Binti Kamaruddin
79. Nurul Ashikin Binti Lasatu
80. Nurul Azizah Husna Binti Amin
81. Nurul Hafiza Binti Labin
82. Nurul Hidayu Binti Sainuddin
83. Nurul Izzah Binti Matnor
84. Nurul Nurfitriana Shahira Binti Abdul
85. Pg Mohd Zulhajizie Bin Abdul Karim
86. Ramlah Binti Mandu
87. Rasidih Bin Rahman
88. Roseniebiyana Batang
89. Saiful Adli Bin Harris
90. Salma Binti Sapilin
91. Siti Aishah Binti Abdul Malik
92. Siti Hajar Hazirah Binti Shaharudin
TUGASAN KUMPULAN KECIL SEMESTER 6
TOPIK 1/ PENGAMBILAN DAN PENEMPATAN PEKERJA
Kumpulan 1
Kumpulan 2
Kumpulan 3
Kumpulan 4
Kumpulan 5
Kumpulan 6
Kumpulan 7
Kumpulan 8
TOPIK 2/ PEMINDAHAN, PENEMPATAN SEMULA, DAN PERUBAHAN PEMILIKAN
Kumpulan 1
Kumpulan 2
Kumpulan 3
Kumpulan 4
Kumpulan 5
Kumpulan 6
Kumpulan 7
Kumpulan 8
TOPIK 3/ SALAHLAKU DAN TINDAKAN DISIPLIN
Kumpulan 1
Kumpulan 2
Kumpulan 3
Kumpulan 4
Kumpulan 5
Kumpulan 6
Kumpulan 7
Kumpulan 8
TOPIK 4/ PEMECATAN TIDAK ADIL
Kumpulan 1
Kumpulan 2
Kumpulan 3
Kumpulan 4
Kumpulan 5
Kumpulan 6
Kumpulan 7
Kumpulan 8
TUGASAN BERKUMPULAN (SEMESTER 5)
Kumpulan A
Kumpulan B
Kumpulan C
Kumpulan D
Kumpulan E
Kumpulan F
Kumpulan G
Kumpulan H
Kumpulan I
Kumpulan J
Kumpulan K
Kumpulan L
TUGASAN BERKUMPULAN (SEMESTER 3)
Kumpulan 3
Ordinan Buruh Sabah (Sabah Bab 67) : Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah
Kumpulan 4
Kajian Akta Kesatuan Sekerja 1959 di Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Sabah (JHEKS)
Kumpulan 5
Pelaksanaan Undang-Undang dan Penyelesaian Kes Berkenaan Bab 11 : Peruntukan khas berkaitan dengan Kanak-Kanak dan Orang Muda, Sabah Labour Ordinance (SLO) di Jabatan Tenaga Kerja, Kota Kinabalu.
Terdapat dua Tema utama dalam buku ini iaitu hubungan atau peranan Akta Kerja terhadap Proses Ujian (Control Test) dan Analisis berkaitan empat Isu utama iaitu Pengambilan dan Pemindahan, Pengurangan Pekerja, Disiplin dan Salahlaku serta Pemecatan Tidak Adil.
Secara keseluruhannya pemilihan kes telah dilakukan berdasarkan kehendak dan kefahaman para pelajar yang telah bertungkus lumus sepanjang proses pembelajaran.
Bertekad Cemerlang
Mahadirin Hj.Ahmad dan Batch 2019-2021
UMS, 2021
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 1
AFIQAH HAZIRAH BINTI AZMAN
BA18110090
Pekerjaan merupakan suatu kumpulan kedudukan yang mempunyai persamaan dalam kewajiban atau tugas-tugas asalnya. Dalam kegiatan analisis jabatan, satu pekerjaan dapat diduduki oleh pelbagai tempat dan pekerjaan. Erti pekerjaan telah menjadi fokus beberapa peneliti yang memegang peranan sentral dari bekerja dalam lingkungan masyarakat moden. Dalam dunia industri, kerja dan hasil pekerjaan dapat dipertimbangkan menjadi sesuatu yang signifikan pada sebahagian besar kehidupan seharian manusia (MOW-Internasional Research Team, 1987), untuk memenuhi keperluan makan dan ekonomi yang mendasar. Sebagian besar kehidupan dapat dicapai melalui bekerja. Lebih dari peranan instrumental, terdapat juga bukti yang menunjukkan signifikasi aspek “non-financial” dari bekerja. Sebagai contoh, kerja menjadi sumber terpenting untuk “self-image” seperti yang ditunjukkan oleh ujikaji konsekuensi negatif dan traumatik terhadap pengangguran. Makna pekerja adalah sekumpulan nilai, keyakinan, sikap dan harapan yang individu miliki dalam hubungannya dengan kerja (Gaggiotti, 2006:4). Dasar teori awal yang diguna pakai oleh Gaggiotti adalah teori Harpaz & Meshoulam dimana kerja memiliki 6 konsep dasar. Makna pekerjaan bukan diperoleh dari pekerjaan itu sendiri, akan tetapi ia adalah bagaimana seseorang individu dapat menunjukkan keberaniannya dalam berekspresi, keunikannya dan keistimewaannya dalam bekerja sehingga individu tersebut mendapatkan makna dan komitmen peribadi terhadap pekerjaannya dan menjadi lebih bertanggungjawab terhadap kehidupan dirinya (dalam Koeswara, 1992:62). Seterusnya, pekerjaan adalah cara untuk menghasilkan wang dan meningkatkan kesejahteraan, jadi orang bekerja bukan hanya sekadar mendapatkan wang tetapi juga untuk mendapatkan sebahagian dari kehidupan sosial, penerimaan, penghargaan dan sebagainya yang dapat meningkatkan produktiviti mereka.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 2
AI PELL A/P RIAM
BA18110398
Akta dan perundangan yang berkaitan dengan hubungan pekerjaan antara majikan dengan pekerja ini diperuntukkan dengan tujuan untuk melindungi para pekerja dalam sebuah organisasi. Selain itu undang-undang ini juga menerangkan lagi dengan lebih mendalam berkenaan dengan aturan-aturan terhadap pekerja dalam hal persyaratan untuk menjadi seorang pekerja yang sah, jam kerja, pemberian upah, pampasan, kesihatan dan keselamatan pekerja, kebajikan pekerja dan hak-hak pekerja yang sepatutnya diterima daripada pihak majikan. Seterusnya, dalam konteks akta-akta yang berkaitan dengan pekerjaan ini dapat menjelaskan bahawa individu yang bergelar sebagai seorang pekerja juga salah satu aspek yang sangat penting dalam sesebuah organisasi yang memainkan pelbagai peranan kerana pekerja merupakan penggerak utama dalam mencapai matlamat sesebuah syarikat dan perlu mendapat keadilan bagi setiap situasi. Oleh kerana itu, kewujudan ujian penentu adalah sangat penting bagi menentukan kedudukan status pekerja itu sendiri dalam syarikat untuk memberi keadilan serta kesaksamaan bagi pekerja yang terlibat supaya kebajikan pekerja bagi seseorang pekerja itu dijaga. Dengan ini, pihak majikan haruslah mengikuti undang-undang yang telah termaktub agar tidak berlaku sebarang pertikaian yang tidak diingini di antara pekerja dan pihak majikan.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 3
AIRNA BINTI MUHAMAD
BA18110316
Akta kerja dan ordinan buruh Sabah sangat penting terhadap ujian kawalan kontrak pekerjaan. Hal ini kerana, seperti yang kita sedia maklum bahawa akta-akta yang telah digubal ini telah diteliti bagi memastikan tiada pihak yang ditindaskan dan merupakan sumber rujukan satu Malaysia. Selain itu, dengan adanya akta ini majikan tidak boleh melakukan sesuatu dengan sesukanya kepada pekerja dan secara tidak langsung setiap individu akan mempunyai pengetahuan berkaitan hak-hak sebagai pekerja mahupun majikan. Jika dikaitkan dengan ujian kawalan kontrak pekerjaan saya berpendapat dengan adanya akta kerja dan Ordinan Buruh Sabah ini ianya menjadi panduan kepada pihak yang berkuasa bagi melihat sejauh mana dan limitasi tindakan yang boleh diambil. Oleh itu, sebagai pekerja seharusnya mengambil tahu mengenai hak-hak pekerja agar tidak mudah dipergunakan oleh orang atasan.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 4
AISYAH BINTI MOHD YASSIN
BA18161012
Akta Kerja 1955 merupakan akta yang paling penting antara akta-akta lain yang berkaitan dengan undang-undang pekerjaan dalam Malaysia. Akta Ini merupakan akta persekutuan dan ianya juga diterajui oleh Jabatan Buruh yang kini lebih dikenali sebagai Jabatan Tenaga Kerja di bawah Kementerian Sumber Manusia. Jabatan ini diketuai oleh Ketua Pengarah yang telah diamanatkan dengan tanggungjawab kepada Menteri Sumber Manusia. Namun begitu Peruntukan dalam Akta Kerja 1955 hanya terpakai di Semenanjung Malaysia dan wilayah persekutuan Labuan serta tertumpu kepada sektor swasta sahaja.Hubungan antara majikan dan pekerja bermula dari satu ikatan kontrak pekerjaan dalam organisasi. Hubungan yang harmoni antara majikan dan pekerja adalah sesuatu yang perlu difahami dan dipupuk serta dikekalkan dalam memastikan kelangsungan pekerjaan. Keunikan hubungan pekerja ini memerlukan persefahaman dan sikap saling bertolak ansur di antara kedua-dua pihak. Kewujudan undang-undang seperti Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah dapat mengimbangi dan menjaga kepentingan pekerja terutamanya dalam kontrak pekerjaan.
Ordinan Buruh Sabah pula hanya digunapakai di Sabah bagi menjaga hak-hak pekerja di Sabah. Ordinan Buruh Sabah telah lama diperkenalkan oleh penjajah Inggeris iaitu pada tahun 1950-an. Walau bagaimanapun, Ordinan Buruh Sabah ini telah dipinda dari masa ke semasa sehingga Sabah dan Sarawak bergabung dengan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia pada tahun 1963. Namun penggabungan Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu ini tidak mengganggu keutuhan Ordinan Buruh Sabah ini sehingga diisytiharkan sebagai perundangan persekutuan. Ordinan ini masih digunapakai di Sabah sehingga sekarang bagi menjaga hak-hak pekerja di Sabah.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 5
AZIZAH BINTI BAHMAN
BA18110287
Ordinan Buruh Sabah mula diperkenalkan di sekitar tahun 1950-an oleh penjajah inggeris. Ia mengalami sedikit pindaan dari semasa ke semasa sehinggalah Sabah dan Sarawak bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu bagi membentuk Malaysia pada tahun 1963 di bawah Perlembagaan Persekutuan “buruh” yang di bawah senarai Persekutuan. Namun, Ordinan Buruh Sabah terus di pakai di negeri Sabah dan diisytiharkan sebagai perundangan Persekutuan pada tahun 1965. Oleh kerana Ordinan Buruh Sabah sudah lama digunapakai, maka peruntukan-peruntukan di dalamnya adalah tidak relevan digunakan dalam masa sekarang. Akibatnya, ramai pekerja-pekerja di negeri Sabah khususnya ditindas terutama oleh pihak-pihak majikan yang bijak mengambil kesempatan dari kelemahan yang ada dalam perundangan tersebut. Atas usaha dan hasil kerjasama pelbagai pihak, maka Ordinan Buruh Sabah telah dipinda menerusi Akta Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2005 ataupun Labour Ordinance of Sabah (Amendment) Act, 2005 [ Act A 1238]. Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2005 ini telah dimodelkan dari Akta Kerja 1995 dan ia membolehkan pekerja-pekerja di negeri di bawah bayu menerima faedah dan perlindungan yang hampir sama dengan pekerja-pekerja di Semenanjung Malaysia. Antara faedah nya adalah seperti bayaran gaji, cuti, waktu bekerja, hak pekerja dan sebagainya.Akta Kerja 1955 adalah akta yang memperuntukkan terma dan syarat minimum pekerjaan yang sememangnya keperluan bagi setiap pekerja sama ada bagi sektor pekerja swasta yang merupakan ahli kesatuan sekerja ataupun tidak mengikuti kesatuan sekerja. Akta ini diwujudkan adalah untuk pekerja sebagai alat kawalan yang mengawal hal-hal yang berkaitan dengan upah, hari rehat, jam bekerja, kerja lebih masa, hari pelepasan, cuti tahunan, cuti sakit, pengambilan pekerja wanita dan perlindungan bersalin. Akta ini adalah perlu dipatuhi dan sangat penting kepada kedua-dua pihak samada pekerja ataupun majikan (Hapriza, 2004).
Pekerjaan merupakan sesuatu yang dibuat yang mana ia adalah untuk memperoleh wang melalui jualan ataupun perkhidmatan. Secara am nya yang mana kita sedia maklum bahawa semakin banyak kilang-kilang dibuka maka semakin banyak peluang pekerjaan yang wujud. Hal ini demikian menggalakkan lagi penduduk masyarakat untuk berhijrah dari suatu kawasan ke suatu kawasan yang lain untuk memperoleh pekerjaan. Keadaan ini juga dapat menarik minat penduduk luar bandar untuk berhijrah ke bandar untuk mendapatkan peluang pekerjaan dengan kadar upah yang lebih tinggi untuk menampung kos sara hidup. Manakala, di kawasan luar bandar pula, kegiatan ekonomi yang dijalankan adalah lebih terhad. Hal ini kerana peluang pekerjaan yang ada hanyalah tertumpu kepada sektor pertanian. Kadar upah yang diberikan juga adalah sangat rendah dan tidak menentu atau tidak tetap. Kepesatan pembangunan sektor ekonomi moden seperti yang kita sedia maklum seperti perindustrian dan perkhidmatan mewujudkan peluang-peluang kerja dan menggalakkan migrasi penduduk ke bandar tersebut. Dengan itu, secara tidak langsung, individu yang bergelar “pekerja” semakin ramai dan semakin meningkat dari masa ke semasa. Hal ini juga dapat meningkatkan lagi produktiviti dan menyumbang kepada eknomi negara sekali gus mampu untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 6
AZNIL BIN JERAL
BA18161052
Akta pekerjaan 1955 merupakan status yang penting antara status yang berkaitan dengan undang-undang pekerjaan. Akta ini merupakan akta persekutuan dan diterajui oleh Jabatan Buruh atau lebih dikenali dengan dengan Jabatan Tenaga Kerja Malaysia di bawah Kementerian Sumber manusia. Jabatan ini diketuai oleh ketua pengarah yang bertanggungjawab kepada Menteri sumber manusia. Peruntukan dalam Akta pekerjaan 1955 adalah kontrak perkhidmatan untuk suatu tempoh yang melebihi satu bulan atau bagi kerja tertentu yang masa dikehendaki menyiapkan kerja mungkin melebihi satu bulan. Manakala ordinan buruh sabah pula adalah untuk mengawal selia standard minimum terma dan syarat pekerjaan bagi pekerja dalam sektor swasta, sama ada berkesatuan atau tidak berkesatuan di negeri sabah. Akta ini diperkenalkan pada tahun 1950an oleh penjajah British. Akta kerja 1955, pekerja didefinisikan sebagai mana-mana orang yang bekerja tidak kira pekerjaanya yang telah memasuki kontrak perkhidmatan dengan seorang majikan di mana upah orang tersebut tidak melebihi RM2,000.00 sebulan. Pekerja juga adalah adalah mana-mana orang yang tidak kira jumlah upah yang diperolehi dalam sebulan, telah memasuki kontrak perkhidmatan dengan majikan yang terlibat dalam pekerjaan kasar. Antara kepentingan akta kerja kepada ujian kawalan kontrak pekerjaan adalah membantu pekerja memberi penekanan akan isu kontrak sebelum memulakan tugas masing-masing. Terdapat beberapa ujian yang digunakan untuk menentukan hubungan majikan dan pekerja yang diterima pakai di dalam mahkamah bagi menentukan kelayakan seseorang sama ada mempunyai kedudukan status sebagai seorang pekerja atau sebaliknya. Ujian kawalan atau lebih dikenali sebagai ujian tradisional adalah merujuk kepada tahap kawalan majikan terhadap pekerjanya. Kawalan di sini adalah bermaksud pelaksanaan tugas, masa dan tempoh masa kerja. Ujian ini digunakan bagi mewujudkan satu kawalan majikan terhadap pekerja seliannya. Kesemua ini adalah untuk mengambil kira cara bagaimana sesuatu kerja-kerja itu dilaksanakan oleh pekerja tersebut sama ada mengikut prosedur standard kerja yang telah ditetapkan oleh majikan. Suatu proses prosiding mahkamah bagi penyelesaian pertikaian majikan pekerja, mahkamah perlu menganggap pekerja sebagai individu yang dikawal oleh majikan sebagai individu yang dikawal oleh majikan mereka tentang apa dan bagaimana sesuatu pekerjaan itu dilakukan oleh pekerja mereka. Sekiranya secara langsung terhadap tugas-tugas individu tersebut maka individu tersebut dianggap bukan pekerja mereka. Misalnya dalam kes Yewens lawan Noake 1880, mahkamah telah memutuskan bahawa seorang kerani yang berkerja memperolehi 150 setahun tidak dinafikan sebagai pekerja Hamba. Yang Arif Hakim Browmwell menyatakan bahawa hamba adalah orang yang tertakluk kepada perintah tuanya tentang cara bagaimana beliau melakukan pekerjaanya.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 7
BERNADETTE AUGUSTIN
BA18110828
Di Malaysia, akta merupakan suatu undang-undang yang digubal, dipindah, dibahas dan diwartakan. Akta juga adalah undang-undang yang diguna pakai oleh negara Malaysia. Akta Kerja 1955 merupakan satu peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan pekerjaan yang hanya boleh diguna pakai di Semenanjung Malaysia dan dalam sektor swasta sahaja. Dalam seksyen 2(1) Akta Kerja 1955 menggunakan istilah kontrak perkhidmatan (contract of service) dan mendefinisikan sebagai suatu perjanjian sama ada secara lisan atau bertulis dan sama ada secara nyata atau tersirat, di mana seseorang itu bersetuju mengambil seorang yang lain sebagai pekerja dan orang itu bersetuju untuk memberikan khidmat kepada majikannya sebagai pekerja dan termasuk juga kontrak perantisan. Manakala ordinan suatu perintah, peraturan dan statut yang diluluskan oleh pihak berkuasa dan diguna pakai di Sabah dan Sarawak sahaja. Ordinan Buruh Sabah ini terpakai di Sabah sahaja dan kepada pekerja swasta. Tanpa mengira upah pekerja yang diambil bekerja dibawah kontrak perkhidmatan dengan majikan adalah bekerja sebagai pekerja manual labour termasuk tukang dan perantisan dan terlibat dalam operasi atau pengendalian kenderaan berjentera bagi tujuan pengangkutan penumpang dan barang untuk perdagangan. Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah Bab 67 ini masing-masing mempunyai persamaan yang sama dalam mengangkat hak-hak pekerja yang bekerja sama ada di Semenanjung Malaysia dan Sabah. Oleh itu, kedua-dua akta dan ordinan ini sangat penting bagi mengelakkan hak pekerja dieksploitasi oleh majikan terutamanya dalam penamatan kontrak perkhidmatan pekerja yang dilakukan sama ada penamatan tanpa notis atau penamatan kontrak atas sebab-sebab tertentu. Setiap majikan harus memberikan pekerja yang diambil bekerja diberi kontrak perkhidmatan bertulis yang mengandungi terma dan syarat pekerjaan termasuk peruntukan berkaitan dengan penamatan kontrak bagi mengelakkan berlakunya ketidaksepahaman diantara majikan dan pekerja.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 8
BLAISE GAILLE ANAK BANJI
BA18110395
Esei ini bertujuan untuk menerangkan mengenai apakah definisi pekerja secara umum dan juga apakah definisi pekerja secara lebih khusus mengikut Akta Kerja 1955 dan juga menurut Ordinan Buruh Sabah. Definisi pekerja di dalam Akta Kerja 1955 yang hanya terpakai di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan sahaja dan definisi pekerja menurut Ordinan Buruh Sabah adalah berbeza-beza. Ini adalah disebabkan oleh peruntukan di dalam Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah adalah berlainan di antara satu sama lain. Selain itu, kedua-dua peruntukan undang-undang pekerjaan ini turut berbeza mengikut kawasan. Selain itu juga, esei ini turut menerangkan apakah itu ujian kawalan kontrak pekerjaan yang mana ianya adalah dijalankan untuk mengenalpasti apakah seseorang individu adalah merupakan pekerja yang mempunyai Kontrak Perkhidmatan (Contract Of Service) dengan majikan mereka atau seseorang individu tersebut hanya mempunyai Kontrak Untuk Perkhidmatan (Contract For Service) sahaja dengan pihak majikan mereka. Hal ini adalah penting bagi menentukan status seseorang individu adalah merupakan pekerja di dalam sesebuah organisasi atau syarikat perusahaan itu atau bukan pekerja. Oleh hal yang demikian, esei ini adalah dijalankan dengan tujuan menjelaskan kepentingan Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah terhadap ujian kawalan kontrak pekerjaan.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 9
CATHERINE DULING ANAK BRITTEN @ DANA
BA18110207
Kini, sering kali berlakunya isu ketidakpatuhan terhadap terma dan syarat dalam mana-mana perkhidmatan pekerjaan. Dengan adanya Akta dan peraturan yang telah ditetapkan untuk memastikan pihak yang melanggar mana-mana terma dan syarat pekerjaan dikenakan tindakan denda demi keharmonian kerja. Akta memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan berlakunya keadilan dan keharmonian di tempat kerja. Oleh itu, terdapat wujudnya Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah. Akta Kerja 1955 merupakan perundangan utama yang mengurus dan mengawal selia hubungan berdasarkan kontrak perkhidmatan antara majikan dan pekerja di sektor swasta. Ianya juga sememangnya merupakan satu perundangan buruh yang amat penting yang menyediakan satu rangka kerja undang-undang yang menyeluruh meliputi soal pembayaran gaji pekerja, hari rehat, cuti umum, cuti bersalin, kerja lebih masa dan penamatan kontrak kerja. Manakala, Ordinan Buruh Sabah merupakan Ordinan yang diguna pakai di negeri Sabah. Ordinan Buruh Sabah ini mula diperkenalkan di sekitar tahun tahun 1950 – an oleh penjajah Inggeris. Ordinan Buruh Sabah adalah terpakai kepada pekerja sektor swasta di Sabah dan bergaji tidak lebih RM2,500 tanpa mengira jenis kerja. Ordinan ini sangat penting kerana ianya memberi banyak faedah dan perlindungan kepada pekerja-pekerja di negeri Sabah. Ordinan Buruh Sabah menetapkan prosedur-prosedur kawalan terhadap urusan pengambilan para pekerja termasuklah para pekerja bukan pemastautin. Elemen utama yang terdapat dalam kontrak perkhidmatan, iaitu jenis kontrak perkhidmatan, penamatan kontrak biasa, penamatan kontrak tanpa notis, serta penamatan kontrak atas sebab-sebab khas. Seterusnya, terdapat beberapa jenis ujian kawalan ataupun dikenali sebagai ujian penentu, antaranya adalah ujian kawalan, ujian organisasi, ujian pelbagai dan ujian komposit. Maka, dalam penulisan ini, kepentingan Akta Kerja dan Ordinan Buruh Sabah terhadap Ujian Kawalan kontrak pekerjaan akan dijelaskan.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 10
CELINE VIVIEN CHONG
BA18110429
Undang-undang buruh atau pekerjaan (Employment Law) di Malaysia pastinya ramai yang terfikir mengenai Akta Pekerjaan 1955. Akta ini sememangnya satu perundangan buruh yang amat penting yang menyediakan satu rangka-kerja undang-undang yang menyeluruh. Antaranya meliputi soal pembayaran gaji pekerja, hari rehat, cuti umum, pemberhentian kerja dan sebagainya. Selain dari Akta Pekerjaan 1955, terdapat juga perundangan lain yang berkaitan Akta Pekerjaan seperti Akta Perhubungan Industri 1967, Akta Ganti Rugi Pekerja 1952, Akta Kesatuan Sekerja 1959, Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Akta Perkilangan Dan Mesin 1967, Akta Kanak-Kanak Dan Remaja (Pekerjaan) 1966, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, Ordinan Buruh Sabah dan lain-lain lagi. Akta Pekerjaan 1955 atau Akta 265 di gubal pada tahun 1955 dan telahpun dipinda hampir keseluruhannya pada tahun 1998. Akta ini mengandungi peruntukan-peruntukan yang bertujuan melindungi pekerja dari sebarang eksploitasi oleh majikan dan meletakkan faedah-faedah minimal yang perlu diberikan pada pekerja yang dilindungi di bawah Akta ini. Akta Kerja 1955 adalah undang-undang buruh utama yang dikuatkuasakan di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan yang mengawal hubungan antara majikan dan pekerja di sektor swasta. Ia mengandungi peruntukan mengenai hak-hak pekerja dan standard minimum penggajian. Akta ini memberi perlindungan kepada pekerja-pekerja bukan manual yang bergaji tidak melebihi RM2,000 sebulan dan pekerja-pekerja manual tanpa had gaji. Sejak mula dikuatkuasakan pada 1 Jun 1957, Akta ini telah melalui 11 kali pindaan selaras dengan perubahan dan keperluan semasa demi menyediakan persekitaran kerja yang lebih kondusif. Ordinan Buruh Sabah mula diperkenalkan di sekitar tahun 1950-an oleh penjajah Inggeris. Ia mengalami sedikit pindaan dari semasa ke semasa sehinggalah Sabah dan Sarawak bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu bagi membentuk Malaysia pada tahun 1963. Di bawah Perlembagaan Persekutuan ‘buruh’ (labour) adalah di bawah senarai Persekutuan. Namun, Ordinan Buruh Sabah terus di pakai di negeri Sabah dan diisytiharkan sebagai perundangan Persekutuan pada tahun 1965. Memandangkan Ordinan Buruh Sabah adalah suatu perundangan lama, maka peruntukan-peruntukan di dalamnya pun agak lapuk (outdated) dan tidak lagi sesuai digunakan dalam keadaan semasa. Akibatnya, ramai pekerja di negeri Sabah ditindas terutamanya oleh majikan-majikan yang bijak mengambil kesempatan dari kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam perundangan ini.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 11
CHONG KEN LEONG
BA18110433
Sistem perundangan di Malaysia menyatakan bahawa undang-undang adalah prinsip yang diterima umum kerana mereka dirancang untuk melindungi, mengatur dan menjaga keharmonian lingkungan, termasuk lingkungan kerja. Definisi pekerja dalam setiap undang-undang dan peraturan yang dibahas di sini bertujuan untuk secara ringkas mempromosikan dan menjaga hubungan yang harmoni antara majikan dan pekerja. Apa-apa tafsiran pekerja mengikut undang-undang dan peraturan berfungsi sebagai panduan untuk menentukan sama ada seseorang itu pekerja organisasi. pekerja yang dilayan sebagai pekerja mesti mendapat kemudahan minimum. Sebagai contoh, apabila menerima gaji minimum yang ditetapkan kerajaan, cuti satu hari dalam seminggu, jika majikan mengarahkan untuk bekerja pada hari itu, majikan mesti mematuhi Akta kerja 1955 dan mendapatkan cuti tahunan untuk pekerja tersebut. Pentingnya perundangan dan peraturan tersebut dapat menjamin dan memelihara hak dan perlindungan pekerja yang memiliki posisi dominan dalam menghasilkan produktiviti organisasi atau perusahaan. Sekiranya pekerja didiskriminasi oleh majikan, majikan berhak untuk mengambil perkara itu. Akta Perhubungan Perusahaan 1967 Membantu menyelesaikan pertikaian antara pekerja dan majikan dan memastikan bahawa pertikaian diselesaikan dengan segera dan adil agar kepentingan awam dan negara tidak tergugat. Oleh itu, dapat dilihat bahawa amatlah penting ordinan Buruh Sabah dan Akta kerja terhadap ujian kawalan kontrak pekerjaan.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 12
CLARICE GAMIN
BA18161035
Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah ini adalah merupakan salah satu konteks akta pekerjaan yang ada di Malaysia. Akta-akta ini berperanan penting bagi menjaga kebajikan dan hak-hak pekerja daripada ditindas oleh para majikan. Perkara ini adalah berkaitan dengan kontrak perkhidmatan atau perantisan yang mana boleh dalam secara bertulis atau secara lisan, nyata dan tersirat. Sehubungan dengan itu, terdapat pelbagai undang-undang pada masa ini yang mana ia berkuat kuasa dalam mengatur perhubungan pekerjaan. Hal ini dikatakan demikian kerana undang-undang tersebut adalah merupakan di bawah kuasa pentadbiran dan penguatkuasaan jabatan dan agensi di bawah kementerian Sumber Manusia. Hal ini dapat dilihat bahawa undang-undang tersebut melindungi dan menyentuh kepentingan pekerja. Seperti yang kita sedia maklum bahawa melalui akta-akta ini pekerja boleh mendapatkan hak masing-masing.
Antara salah satu akta adalah Akta Kerja 1955 yang mana merupakan status yang paling penting antara status yang lain dimana ia berkaitan dengan undang-undang pekerjaan. Hal ini dikatakan demikian kerana ia merupakan akta persekutuan dan diterajui oleh Jabatan Buruh lebih dikenali adalah Jabatan Tenaga Malaysia di bawah kementerian sumber manusia. Sehubungan dengan itu, peruntukan dalam Akta Kerja 1955 hanya terpakai di Semenanjung Malaysia dan kepada sektor swasta sahaja. Akta Kerja 1955 ini ditakrikan sebagai kontrak perkhidmatan bagi suatu tempoh masa tertentu yang mana melebihi satu bulan atau bagi kerja tertentu yang dikehendaki bagi menyiapkan kerja tersebut kemungkinan melebihi satu bulan.
Seterusnya, Ordinan Buruh Sabah ini adalah bertujuan untuk mengawal selia standard minima terma dan syarat pekerjaan bagi pekerja dalam sektor swasta, sama ada berkesatuan atau tidak berkesatuan di negeri Sabah tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana akta ini memperkenalkan pada tahun 1950-an oleh penjajah British. Perkara ini penting kerana Ordinan Buruh Sabah ini terus digunakan di negeri Sabah sahaja sebagai perundangan persekutuan. Maka dengan itu, kedua-dua akta ini amat penting digunakan pada masa ini bagi menentukan kerja yang mana dikehendaki bagi menyiapkan kerja tersebut.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 13
DEWIY BINTI ZULKIPLI
BA18110530
Di Semenanjung Malaysia, perkara mengenai undang-undang pekerjaan diatur di bawah Akta Pekerjaan 1955. Manakala,untuk Sabah, ia dikawal selia di bawah Ordinan Buruh Sabah dan bagi Sarawak, ia Ordinan Buruh Sarawak. Dalam kajian ini menerangkan definisi pekerja mengikut akta kerja 1955 dan ordinan buruh sabah. Di samping itu kajian ini juga mengemukakan beberapa ujian penentu iaitu ujian pelbagai dan ujian kawalan yang disertakan dengan contoh kes mengikut akta kerja 1955 dan ordinan buruh sabah. Tambahan pula kajian ini juga menyatakan tentang kepentingan akta kerja 1955 dan ordinan buruh sabah terhadap ujian kawalan kontrak pekerjaan. Oleh itu dengan melibatkan akta yang telah diperkenalkan ia akan mengelakkan berlakunya penindasan dalam hubungan pekerjaan terutama sekali antara majikan dan pekerja.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 14
EFFA FARAHANI IZZATI BINTI ABDUL RAZAK
BA18161069
Di Malaysia, terdapat 3 pembahagian undang-undang untuk pekerja-pekerja Malaysia. Akta Kerja 1955 untuk Semenanjung Malaysia, Ordinan Buruh Sabah 1950 untuk Sabah dan Ordinan Buruh Sarawak 1952 untuk Sarawak adalah merupakan undang-undang yang menyediakan perlindungan kepada pekerja-pekerja di Malaysia. Dengan wujudnya beberapa akta dalam pekerjaan ianya sedikit sebanyak dapat memberikan kebaikan dan kelebihan kepada pekerja. Perkara ini dapat membantu dalam pengurusan pekerjaan jika berlaku sebarang konflik atau pertikaian dalam industri. Selain itu, Akta Pekerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah mempunyai persamaan dalam mengangkat hak-hak pekerja yang bekerja sama ada di Semenanjung Malaysia mahu pun di Sabah. Kegunaan akta-akta ini amat penting dalam membolehkan pekerja untuk merujuk jika terdapat sebarang tanda-tanda mereka dieksploitasi oleh pihak majikan sewenang-wenangnya. Manakala kepentingan ujian kawalan pula adalah berupaya untuk meneliti sesuatu kontrak perkhidmatan tersebut. Status atau kategori pekerja akan menentukan bentuk ganjaran atau pampasan yang akan diterima.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 15
ELDA EVANA BINTI WAYMI
BA18110654
Kontrak pekerjaan merupakan sebuah perjanjian yang dilakukan oleh pelbagai pihak berkaitan dengan satu terma. Kontrak pekerjaan ini terdapat dua jenis iaitu sama ada bersifat sementara atau tetap. Kontrak ini merupakan persetujuan yang dilakukan sama ada secara lisan mahupun secara bertulis. Perjanjian tersebut adalah perjanjian yang dipersetujui oleh seseorang individu untuk menjadi pekerja yang bekerja atau berkhidmat kepada majikannya. Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah merupakan undang-undang yang digubal dan dikuatkuasakan penggunaannya di Malaysia dalam sektor pekerjaan sangat membantu dalam menjaga kepentingan ujian kawalan kontrak pekerjaan dalam sesebuah syarikat. Pekerja dikategorikan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam akta berkenaan. Maka, terdapat beberapa ujian yang digunakan bagi menentukan hubungan majikan dan pekerja.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 16
FARAH DANIA BINTI ERIC @ IMRAN ROSHADI
BA18110455
Akta dan undang-undang diperuntukan dengan tujuan untuk melindungi para pekerja organisasi. Negara Malaysia mempunyai akta dan undang-undang yang tersendiri tetapi berdasarkan asas yang lebih kurang sama seperti jumlah jam bekerja, upah, cuti, cuti bersalin dan lain-lain. Kesediaan dalam mengambil pekerja boleh dilakukan dengan mewujudkan suatu pekerjaan untuk mengambil pekerja sama ada secara lisan atau bertulis. Kontrak perkhidmatan boleh wujud apabila individu yang diambil bekerja dan dibayar upah. Kewujudan hubungan majikan-pekerja berlaku apabila kedua-dua pihak telah mematuhi terma dan syarat-syarat yang dipersetujui. Terdapat beberapa ujian yang dibuat bagi menentukan hubungan majikan-pekerja iaitu ujian kawalan, ujian organisasi, ujian pelbagai dan ujian komposit. Oleh itu, esei ini bertujuan untuk mengkaji kepentingan Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah kepada ujian kawalan tersebut.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 17
FARANINA SHARZIANE BINTI MUHAMAD JAAFAR
BA18161030
Malaysia, setiap pekerjaan dan pekerja mahupun di dalam dunia pekerjaan , telah dilindungi dan dikuatkuasakan bawah undang-undang buruh Malaysia yang terdiri daripada Akta Kerja 1955 bagi Semenanjung Malaysia dan Ordinan Buruh Sabah dan Sarawak 1952 yang dikhaskan kepada negeri Sabah dan Sarawak. Sistem perundangan yang terdapat di Malaysia memperuntukkan pelbagai undang-undang yang juga merupakan peraturan yang dipersetujui umum kerana ia bertujuan untuk melindungi, mengatur dan memelihara keharmonian persekitaran termasuklah dalam persekitaran tempat kerja dan dalam hubungan pekerjaan. Definisi pekerja dalam setiap Akta dan Ordinan yang dibincangkan ini secara ringkasnya adalah untuk mempromosikan dan mengekalkan keharmonian hubungan diantara majikan dan pekerja. Oleh itu, setiap tafsiran pekerja mengikut akta dan ordinan tersebut menjadi garis panduan untuk menentukan sama ada seseorang itu merupakan pekerja dalam sesuatu organisasi. Ujian kawalan dalam kontrak pekerjaan juga sering digunakan bagi menentukan status pekerja dalam pekerjaan dan sebagai panduan kepada majikan dalam menentukan standard pelaksanaan kerja yang baik kepada pekerja mereka bersesuaian dengan dalam Akta Kerja 1955 dan juga Ordinan Buruh di Sabah dan Sarawak 1952.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 18
FARHAN BIN ABDUL LATIP
BA18161063
Penulisan dalam esei ini merupakan pengenalan terhadap akta kerja 1955 dan juga akta yang diambil daripada ordinan buruh sabah yang mana kedua akta ini saling berkait dalam suatu pekerjaan tersebut. Dalam undang-undang pekerjaan akan mempunyai perbalahan diantara suatu pekerjaan tersebut dan undang-undang ini digubal untuk menegakkan hak kepada seseorang pekerja itu yang merasa dirinya ditindas oleh majikan. Definisi pekerja dalam konteks itu berbeza mengikut perspektif yang terkandung dalam perbuatan dan ketetapan. Ini kerana, tindakan dan ketetapan itu mempunyai ketentuan mereka sendiri, yang juga dibezakan oleh faktor-faktor suatu kawasan. Di samping itu, esei ini juga bertujuan untuk menjelaskan atau memberi tumpuan kepada kepentingan Akta Kerja dan Ordinan Buruh Sabah terhadap Ujian Kawalan kontrak pekerjaan. Ini untuk mengenal pasti pekerja adalah seseorang yang bekerja di organisasi atau syarikat. Selain itu dalam penggubalan undang-undang ini juga ada termaktub bahawa sekiranya pekerja tetap dan juga pekerja kontrak akan mendapatkan hak seperti seperti cuti rehat, cuti bekerja, dan juga daripada pembayaran gaji seorang pekerja tersebut. definisi pekerja mempunyai dua iaitu kontrak untuk perkhidmatan dan kontrak perkhidmatan. Ujian kawalan akan diberikan terhadap pekerja daripada majikannya yang mana ujian kawalan ini bermaksud daripada segi pembahagian dan perlaksanaan tugas, masa dan waktu bekerja dan sebagainya.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 19
FRANCESCA USUN ROBIN
BA18161029
Kontrak pekerjaan merupakan perjanjian antara pelbagai pihak berkaitan dengan suatu terma. Di dalam kontrak pekerjaan adalah bersifat tetap atau sementara dan mempunyai tujuan tertentu. Kontrak pekerjaan penting kepada pekerja kerana hubungan dan tanggungjawab antara majikan dan pekerja terletak pada kontrak kerja yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak secara bersama sebelum pekerja ingin memulakan tugasnya. Kesimpulannya, di Malaysia mempunyai sistem perundangan yang telah dipersetujui secara umum untuk bertujuan menjaga keharmonian dalam hubungan pekerjaan, melindungi pekerja dalam sesebuah organisasi dan membawa kebaikan kepada kedua-dua belah pihak. Definisi pekerja dalam Akta Kerja dan Ordinan ini dapat dilihat bahawa pekerja sangat penting dalam sesebuah organisasi kerana ia sebagai penggerak ekonomi organisasi. Justeru, sebagai pihak majikan haruslah mengikuti undang-undang pekerjaan yang sudah termaktub dan ditetapkan agar tidak berlaku sebarang pertelingkahan antara pekerja dan pihak majikan
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 20
FREDDILA IKA BINTI TALAM
BA18110307
Tugasan ini bertujuan untuk menghuraikan tentang kepentingan-kepentingan Akta Kerja dan Ordinan Buruh Sabah terhadap Ujian Kawalan kontrak pekerjaan. Dalam pada itu, dalam tugasan ini juga akan menerangkan apakah Akta Kerja dan Ordinan Buruh Sabah dimana bagi Akta Kerja hanya dilaksanakan dan diguna pakai untuk Semananjung Malaysia sahaja. Manakala bagi Ordinan Buruh Sabah pula diguna pakai bagi perundangan buruh dan pekerja di negeri Sabah sahaja. Selain itu, dalam tugasan ini juga menerangkan serba sedikit tentang Ujian Kawalan dan bagaimana ujian ini diberi impak terhadap Akta Kerja dan Ordinan Buruh Sabah. Oleh itu, dalam tugasan ini akan menghuraikan lagi tentang apa itu Akta Kerja dan Ordinan Buruh Sabah serta apa kepentingan tentang akta serta ordinan ini terhadap Ujian Kawalan kontrak pekerjaan.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 21
GILLBERTH BUNDAN ANAK INCHAM
BA18110540
Perhubungan majikan dan pekerja dalam industri atau dunia pekerjaan adalah dikawal oleh undang-undang pekerjaan iaitu akta yang merupakan undang-undang yang digubal, dipinda, dibahaskan dan diwartakan serta diguna pakai oleh Malaysia. Kesimpulannya, Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah Bab 67 mempunyai kepentingan yang hampir serupa dalam melindungi hak-hak pekerja di Semenanjung Malaysia dan Sabah dan ia turut mengawal kuasa majikan yang menjalankan perniagaan atau mengambil pekerja untuk berkhidmat dengan mereka. Dengan adanya peruntukan Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah Bab 67 terhadap kontrak perkhidmatan, ini memberi jaminan kepada pekerja semasa menjadi pekerja kepada mana-mana organisasi swasta. Sehubungan dengan itu, ujian kawalan penentuan hubungan pekerjaan berperanan dalam menentukan status pekerja berdasarkan kontrak pekerjaan yang diterima dari pihak majikan.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 22
IFNIATUL SAIMAH BINTI IMANSAH
BA18110624
Dalam esei ini terdapat huraian mengenai definisi Akta Kerja 1955 dan juga Ordinan Buruh Sabah. Bukan itu sahaja, definisi setiap Ujian Kawalan juga turut dinyatakan. Kepentingan Akta Kerja dan Ordinan Buruh Sabah adalah sangat penting kepada ujian kawalan. Hal ini demikian kerana, ia dapat menyelesaikan isu-isu yang berlaku mengenai hubungan majikan-pekerja dalam sesebuah organisasi. Terdapat contoh-contoh kes dinyatakan untuk menjelaskan dengan lebih mendalam mengenai kepentingan Akta Kerja dan Ordinan Buruh Sabah kepada setiap Ujian Kawalan.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 23
INTAN SYAHIRAH BINTI MOHD JOHARI
BA18110581
Setiap pekerja dan majikan pasti menginginkan hubungan yang baik diantara majikan dan pekerja tanpa melibatkan sebarang konflik dalam dunia pekerjaan. Tugasan ini menerangkan mengenai. Di dalam esei ini ia menerangkan mengenai apakah itu pekerja yang tergolong dalam Akta Kerja 1955 dan pekerja yang didalam Ordinan Buruh sabah. Kedua-duanya mempunyai kontrak pekerjaan namun mempunyai terma dan syarat yang hampir sama. Di dalam tugasan ini ia menerangkan mengenai kepentingan Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah terhadap ujian- ujian penentu perhubungan dalam kontrak pekerjaan. Kita dapat lihat hubungan yang sebenar diantara majikan dan juga pekerja.walaupun kedua- dua undang dilaksanakan di tempat yang berbeza. Namun begitu, kedua-duanya mempunyai kontrak pekerjaan dan terma syarat yang dikenakan terhadap kedua-dua kawasan adalah tidak jauh beza. Undang-undang dilaksanakan bagi bertujuan untuk memastikan keharmonian persekitaran terutamanya persekitaran di tempat kerja dan menguji sejauhmanakah hubungan pekerja dan majikan melalui ujian perhubungan penentuan dan kontrak pekerjaan.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 24
JEMAIDA BINTI MUHAMADIA
BA18110619
Esei ini adalah berkenaan dengan Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah 1967 yang mana kedua-dua undang-undang ini adalah untuk melindungi hak dan kebajikan pekerja. Dalam esei ini akan dihurai dengan lebih jelas bagaimana akta dan ordinan tersebut mampu melindungi pekerja dalam penentuan terma dan syarat pekerjaan disamping mengelakkan majikan memperlakukan pekerja sewenang-wenangnya. Kesimpulannya, Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah 1967 penting untuk menjaga hak dan kebajikan para pekerja. Hal ini jelas memperlihatkan bahawa majikan tidak boleh sewenang-wenangnya menyentuh berkaitan hak dan kebajikan pekerja. Oleh itu, pekerja perlu bertindak bijak sekiranya majikan bertindak melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan sebagaimana yang tertulis dalam kontrak perkhidmatan.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 25
JESSICA ANAK RIBUN
BA18110469
Secara umumnya, kontrak pekerjaan merujuk kepada perjanjian antara pelbagai pihak berkaitan dengan suatu terma. Perjanjian yang telah dibuat oleh pihak yang terlibat tersebut seterusnya ialah sama ada dalam bentuk tetap atau sementara dan mempunyai tujuan yang tertentu. Kontrak pekerjaan boleh ditulis, secara lisan ataupun tersirat. Dalam penulisan ini, saya akan menerangkan kepentingan Akta Kerja dan Ordinan Buruh Sabah terhadap ujian kawalan kontrak pekerjaan. Kesimpulannya, peruntukkan seksyen dalam Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah dan Sarawak dapat memberi kepentingan terhadap ujian kawalan kontrak pekerjaan. Terutamanya dalam menentukan status pekerja itu. Berkaitan dengan perkara tersebut wujud satu keadaan yang rumit misalnya dalam kes Henry Eliathamby vs Tootpay Sdn Bhd (Award No. 1459 of 2018) di mana yang menuntut telah dipersoalkan adakah beliau memegang jawatan pengarah atau jawatan yang setanding dengannya. Selain itu, kepentingan yang berikutnya ialah dapat memastikan kategori seseorang pekerja dan sama ada ia layak untuk mendapatkan perlindungan akibat penamatan sesuatu kontrak pekerjaan/ perkhidmatan. Akhir sekali, dengan adanya ujian kawalan ini maka bentuk ganjaran atau pampasan dapat dipertimbangkan melalui status atau jenis pekerja.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 26
KELWIN KELINDOS
BA18110064
Kajian ini adalah untuk menjelaskan definisi pekerja dalam pelbagai konteks tindakan dan ketetapan, iaitu Akta Pekerjaan 1955, Ordinan Buruh Sabah dan Ordinan Buruh Sarawak. Definisi pekerja dalam konteks itu berbeza mengikut perspektif yang terkandung dalam perbuatan dan ketetapan. Ini kerana, tindakan dan ketetapan itu mempunyai ketentuan mereka sendiri, yang juga dibezakan oleh faktor-faktor suatu kawasan. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk menjelaskan atau memberi tumpuan kepada bagaimana menentukan istilah pekerja mengikut “Control Tests” untuk menentukan hubungan majikan dan pekerja. Oleh itu, untuk mengenal pasti sama ada pekerja tersebut adalah seseorang yang terikat dengan kontrak perkhidmatan atau kontrak untuk perkhidmatan. "Ujian Kawalan" atau lebih dikenali sebagai ujian tradisional merujuk kepada tahap penguasaan majikan terhadap pekerjanya. Kawalan di sini merujuk kepada pelaksanaan tugas, masa dan jangka masa kerja. Di samping itu, ujian ini digunakan untuk mewujudkan kawalan majikan terhadap pekerjanya yang diawasi. Sebenarnya, mereka adalah contoh penghargaan yang dinyatakan dalam kajian ini yang merupakan kes Amirliza Bin Busu lwn Mondelez Malaysia Sdn. Bhd (2018), untuk menentukan sama ada pihak menuntut adalah pekerja syarikat. Mahkamah industri mendengar penjelasan untuk membuktikan hubungan penuntut dengan responden dan menentukan sama ada kontrak perkhidmatan atau kontrak perkhidmatan ada atau tidak. Penghargaan ini digunakan sebagai petunjuk untuk memberi penekanan dan memberi pandangan tentang mengenal pasti hubungan sebenar majikan dan pekerja. Semua ini mempertimbangkan cara kerja yang dilakukan oleh pekerja sama ada mengikut Prosedur Kerja Piawai yang ditetapkan oleh majikan di pengadilan untuk menyelesaikan perselisihan majikan-pekerja. Oleh itu, mahkamah mesti menentukan sama ada pekerja sebagai individu dikendalikan oleh majikannya mengenai apa dan bagaimana sesuatu pekerjaan dilakukan oleh pekerjanya. Sekiranya majikan tidak mempunyai kawalan langsung terhadap tugas individu, maka individu tersebut dianggap bukan pekerjanya.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 27
KENDDYN NAKOLAS
BA18110298
Penulisan ini menerangkan tentang kepentingan Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah terhadap ujian kawalan kontrak pekerjaan. Dalam hal ini, penerangan Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah juga akan dijelaskan dengan ringkas agar lebih mudah difahami. Oleh itu, ujian kawalan kontrak ini juga harus melalui beberapa proses dalam mengenal pasti status pekerja iaitu daripada bermula dari ujian kawalan (tradisional), ujian organisasi (fungsi pekerja), ujian pelbagai (pelbagai elemen) dan yang terakhir adalah ujian komposit (kontrak perkhidmatan). Kepentingan akta kerja dan ordinan buruh sabah ialah semasa ujian kawalan yang dibuat oleh mahkamah. Ujian kawalan merujuk kepada tahap kawalan oleh majikan terhadap pekerjanya. Ujian kawalan menentukan sama ada majikan boleh atau tidak boleh mengawal bagaimana, bila dan di mana pekerja mereka bekerja. Menurut Anantaraman (1997), ujian kawalan mempunyai kelemahan kerana ramai pekerja kini memiliki kemahiran yang tidak dapat dikawal oleh majikan. Oleh itu, Akta Kerja dan Ordinan Buruh Sabah akan menjadi rujukan mahkamah untuk menentukan sama ada tempoh masa bekerja, tugas dan pelaksanaan tugas dikawal atau tidak oleh majikan. Sekiranya wujud kawalan terhadap individu tersebut maka individu tersebut adalah sebahagian daripada organisasi kerja pekerja. Selain itu, kepentingan Akta kerja dan Ordinan ialah ,menjadi rujukan dari segi ujian organisasi yang akan dibuat oleh mahkamah terhadap pekerja dan majikan. Dalam hal ini, mahkamah akan menilai peranan individu tersebut dalam organisasi. Melalui ujian ini maka dapat memastikan sama individu tersebut menjalankan fungsi atau tidak. Seterusnya, kepentingannya juga adalah dari semasa ujian pelbagai. Ujian pelbagai ini dikenali sebagai ujian campuran dengan mengambil kira semua keadaan yang terjadi hasil daripada kontrak perkhidmatan yang wujud. Dalam hal ini, menurut Anantaraman, V. (1997), mahkamah akan mengenal pasti relevan terhadap hubungan majikan-pekerja. Ini termasuklah kuasa pemilihan, upah dan ganjaran, penggantungan dan pemecatan serta hak kawalan itu sendiri. Melalui ujian ini, mahkamah akan cuba mengenal pasti pelbagai aspek iaitu dari segi jumlah jam kerja, waktu kerja, tempat kerja, kemahiran, cara pelantikan dan pemecatan, jenis upah, hak milik perkakasan pekerja dan kedudukan cukai. Akhir sekali, kepentingannya ialah semasa ujian komposit. Ujian komposit adalah satu ujian yang akan melihat persetujuan yang sudah pernah dibuat antara pekerja dan majikan. Dalam hal ini, mahkamah akan mempertimbangkan gaji yang ditawarkan secara tersirat atau telah dinyatakan untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab. Melalui ujian ini juga pihak mahkamah akan dapat memastikan peranan dan tanggungjawab pekerja dalam melaksanakan arahan daripada majikan.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 28
MARIANA TORESSA ANAK MANGOI
BA18110367
Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan kepentingan Akta Kerja dan Ordinan Buruh Sabah (Bab 67) terhadap Ujian Kawalan kontrak pekerjaan dengan merujuk kepada akta dan perundangan yang terkandung. Di dalam sesebuah kontrak pekerjaan, perjanjian yang dicapai antara pekerja dan majikan haruslah selaras dengan undang-undang bagi melindungi hak kedua-dua pihak dan menjaminkan keharmonian dalam hubungan industri. Oleh itu, kajian ini akan menjelaskan bagaimana Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah (Bab 67) mempengaruhi dalam Ujian Kawalan Kontrak Pekerjaan dengan memastikan hak pekerja dan majikan dilindungi daripada ditindas.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 29
MARRYLINE SAUL ANAK ENGGONG
BA18110446
Kajian ini mengkaji tentang kepentingan Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah terhadap ujian kawalan kontrak pekerjaan. Sistem perundangan di Malaysia memperuntukkan undang-undang yang merupakan peraturan yang dipersetujui umum kerana ia bertujuan untuk melindungi, mengatur dan memelihara keharmonian persekitaran termasuklah dalam persekitaran tempat kerja. Dalam pada itu, ujian kawalan kontrak pekerjaan digunapakai bagi mewujudkan satu kawalan majikan terhadap pekerja seliaannya. Semua ini mengambil kira cara bagaimana sesuatu kerja-kerja itu dilaksanakan oleh pekerja tersebut sama ada mengikut Prosedur Standard Kerja yang telah ditetapkan oleh majikan. Oleh hal yang demikian, Akta Kerja dan Ordinan Buruh Sabah penting dalam menentukan ujian kawalan kontrak pekerjaan.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 30
MAS ADIRA SYAHIRA BINTI ABDUL YASSIN
BA18161070
Ujian kawalan adalah dengan cara seseorang majikan itu menguji kontrak pekerjaan untuk menentukan siapa atau bukan pekerja di dalam sesebuah syarikat ataupun organisasi. Dalam Mahkamah, sekiranya terdapat pertikaian yang berlaku di antara majikan dan pekerja, pihak mahkamah akan menganggap seseorang pekerja itu adalah pekerja yang dikawal oleh majikannya tentang bagaimana oleh pekerja mereka. Sekiranya, seseorang majikan itu tidak mempunyai kawalan terhadap pekerjanya, maka pekerja tu bukan pekerjanya.
Dalam kes antara Bata Shoe Co (Malaysia) Ltd lawan Lembaga KWSP (1964) MLJ 13, plaintif dalam kes tersebut melantik seorang pengurus untuk mengendalikan syarikat dan telah diberi kuasa untuk melantik pekerjanya. Semua terma dan syarat pekerjaan akan ditetapkan oleh pengurus itu sendiri. Persoalan dalam kes ini adalah sama ada wujudnya hubungan majikan dan pekerja antara plaintif iaitu Bata Shoe Co dengan pekerja-pekerja yang dilantik oleh pengurus itu. Oleh itu, mahkamah telah memutuskan bahawa tiada kewujudan hubungan antara majikan dan pekerja kerana syarikat Bata Shoe Co hanya mempunyai kawalan ke atas pengurus yang merupakan pekerja syarikat tersebut. Plaintif juga tidak mempunyai kawalan ke atas pekerja-pekerja yang telah dilantik oleh pengurus.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 31
MASTURANI BINTI LAMING
BA18110149
Undang-undang pekerjaan di Malaysia memperuntukkan bahawa seseorang pekerja yang bekerja dibawah kontrak pekerjaan dan bentuk kontrak perkhidmatan yang sah akan dilindungi mengikut undang-undang. Pihak Mahkamah akan menggunakan beberapa ujian kawalan bagi memastikan status pekerja tersebut dibawah kontrak pekerjaan. Ujian-ujian tersebut juga akan merujuk kepada Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah dan Sarawak yang telah menetapkan terma dan syarat kontrak pekerjaan atau perkhidmatan. Oleh hal yang demikian adalah penting bagi memastikan kontrak pekerjaan yang diberikan oleh majikan itu bertulis apabila pekerja bekerja lebih daripada sebulan untuk lebih mengesahkan kedudukan pekerja itu dan hak pekerja dapat diperjuangkan apabila berlaku ketidakadilan dalam kontrak pekerjaan. Esei ini akan menjelaskan kepentingan dan menjelaskan beberapa terma dan syarat kontrak pekerjaan yang telah termaktub di dalam Akta kerja dan Ordinan Buruh Sabah terhadap ujian kawalan kontrak pekerjaan.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 32
MAZIANAH BINTI MOHIDDIN
BA18110140
Kajian ini menjelaskan tentang kepentingan Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah terhadap ujian kawalan kontrak pekerjaan. Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah memperuntukkan kontrak perkhidmatan yang perlu dipatuhi oleh majikan dan pekerja yang bertujuan untuk melindungi dan memelihara keharmonian dalam persekitaran ditempat kerja. Ujian kawalan yang digunakan adalah bertujuan untuk menentukan hubungan majikan dan pekerja yang boleh diterima pakai dalam mahkamah untuk menentukan kedudukan status seseorang dalam organisasi sebagai pekerja. Ujian kawalan yang digunakan oleh Mahkamah adalah melalui kontrak perkhidmatan yang mengandungi terma dan syarat pekerjaan yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Oleh yang demikian, apabila berlaku kekaburan atau pertikaian antara majikan dan pekerja, maka kontrak perkhidmatan merupakan elemen utama yang akan dirujuk oleh pihak mahkamah dalam menentukan sesuatu keputusan sama ada berbentuk ganjaran atau hukuman yang akan dikenakan terhadap majikan atau pekerja.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 33
MAZNI BINTI AWANG MAAROF
BA17111119
Kajian ini mengkaji tentang kepentingan Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah terhadap ujian kawalan kontrak pekerjaan. Kepentingan penggubalan akta dan ordinan tersebut dapat menjamin serta memelihara hak-hak dan perlindungan para pekerja di Malaysia yang sangat dominan dalam menghasilkan produktiviti sesuatu organisasi atau syarikat. Akta perusahaan perhubungan 1967 membantu menyelesaikan pertikaian antara pekerja dengan majikan dan memastikan agar pertikaian-pertikaian diselesaikan dengan cepat dan saksama agar kepentingan awam dan negara tidak terjejas. Pekerja adalah orang yang diambil bekerja oleh majikan di bawah suatu kontrak perkhidmatan sama ada secara bertulis atau secara lisan namun demikian takrifan tersebut berbeza mengikut konteks akta-akta yang berkaitan dengan dunia pekerjaan. Dalam menentukan status seseorang pekerja, terdapat dua ujian yang dinyatakan berdasarkan kes award yang dipilih. Ujian penentu pekerjaan perhubungan yang dimaksudkan adalah ujian kawalan dan ujian pelbagai. Oleh itu, ujian-ujian yang dilaksanakan adalah penting untuk menentukan kedudukan sebenar seseorang individu di dalam sesebuah organisasi.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 34
MOHAMAD SHAJEHAN BIN SHAROLY
BA18110107
Kajian ini adalah untuk menjelaskan kepentingan Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah terhadap ujian kawalan kontrak pekerjaan. Akta Kerja 1955 dan juga Ordinan Buruh Sabah mempunyai peruntukan yang lebih kurang sama berkenaan dengan kontrak perkhidmatan. Akta kerja 1955 yang digunakan di semenanjung malaysia dan ordinan buruh sabah yang digunakan untuk di negeri sabah juga adalah masing masing mempunyai peruntukan yang akan memberikan kelebihan dan juga faedah faedah kepada para pekerja dan juga para majikan terutamanya berkenaan dalam penulisan ini yang melibatkan kontrak perkhidmatan. Akta kerja 1955 dan ordinan buruh sabah jelas mempunyai kepentingan terhadap ujian kawalan lebih lagi apabila wujudnya pertikaian antara majikan dan juga pekerja
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 35
MOHAMMAD HISHAMUDDIN BIN ABDUL
BA18161041
Kajian ini adalah untuk menjelaskan kepentingan Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah terhadap ujian kawalan kontrak pekerjaan. Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah banyak memberikan kebaikan kepada semua lapisan masyarakat yang bekerja tidak kira pekerja tersebut adalah tukang sapu atau manager dalam syarikat. Undang-undang tersebut terpakai selagi mereka itu bekerja di Negara Malaysia. Pekerja ataupun majikan berhak dilindungi dengan undang-undang yang digubal bagi memastikan kesejahteraan dalam syarikat sentiasa hormone. Hal ini kerana apabila tiada undang-undang digubal atau dilaksanakan, akan ada pihak tertentu yang cuba untuk mengambil kesempatan dengan menindas pekerja-pekerja yang lemah dan kurang pengetahuan terhadap undang-undang. Oleh itu, setiap masyarakat yang bekerja mestilah mematuhi segala undang-undang yang telah digubal oleh pihak pemerintah agar tidak terjadi masalah yang berat.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 36
MOHD AMIEN BIN ALI
BA18110317
Ujian kawalan merupakan sebuah ujian yang dijalankan di mahkamah untuk menentukan sama ada majikan mempunyai kawalan terhadap pekerjanya. Dalam esei ini akan ditunjukkan kepentingan Akta Kerja 1955 dan juga Ordinan Buruh Sabah (Cap.67) terhadap ujian kawalan yang mana akan menentukan award dan remedy di mahkamah. Definisi pekerja perlulah diterangkan dalam ujian kawalan untuk menentukan bahawa dalam pertikaian yang wujud di antara majikan dan pekerja dalam kontrak perkhidmatan itu adalah memenuhi definisi seseorang bekerja dibawah Akta Kerja 1955 di Semenanjung Malaysia dan Ordinan Buruh Sabah (Cap.67) di Sabah. Sesungguhnya Akta Kerja 1955 dan juga Ordinan Buruh Sabah (Cap.67) mempunyai kepentingan terhadap ujian kawalan.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 37
MOHD ASLAM BIN AMLA
BA18110554
Kajian ini adalah untuk menjelaskan kepentingan Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah terhadap ujian kawalan kontrak pekerjaan. Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah banyak memberikan kesan yang amat positif yang mana ianya sedikit sebanyak memberikan kebaikan dalam konteks alam pekerjaan. Banyak akta yang diperkenalkan seperti Akta Kerja 1955, Akta Perhubungan Perusahaan 1967, Ordinan Buruh Sabah dan Ordinan Buruh Sarawak ianya akan dapat membantu sedikit sebanyak pihak pengurusan dalam menguruskan pekerjaan jika terdapat berlakunya kejadian yang boleh memudaratkan pekerja mahupun organisasi. Oleh yang demikian, dengan adanya peruntukan undang-undang ini ianya akan dapat mengelakkan berlakunya penindasan dalam dunia pekerjaan terutamanya melibatkan pekerja dan juga majikan.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 38
MOHD AZZILAN BIN AKUB
BA18110217
Penulisan esei ini adalah bertujuan untuk menjelaskan kepentingan Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah terhadap ujian kontrak pekerjaan. dalam konteks ini, penulis akan mengenalpasti ujian-ujian kawalan yang sesuai digunakan oleh mahkamah perusahaan dalam membuat keputusan mengenai kes-kes pertikaian pekerjaan termasuk kes pembuangan pekerja yang pernah berlaku di Malaysia. Dengan ini, terdapat tiga kes berkaitan pembuangan kerja yang terpilih dalam penulisan esei ini iaitu kes Najib Bin Othman Lawan Courts (Malaysia) Sdn. Bhd, kes Mohamad Hafeez Bin Mohd Shafi Lawan Projalma Sdn. Bhd., dan kes Muaz Bin Ab Rahman Lawan Lim Yee Teck Realty Sdn Bhd. berdasarkan kepada ketiga-tiga kes ini mahkamah perusahaan menggunakan dua jenis ujian kawalan iaitu Ujian Kawalan dan Ujian Obligasi Bersama yang mana Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah adalah sesuai dijadikan rujukan dan panduan kerana kedua-dua undang-undang pekerjaan ini memperuntukan bahagian ii iaitu Kontrak Perkhidmatan. Dalam Bahagian ii yang termaktub di bawah Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah memainkan peranan yang penting untuk membantu mahkamah perusahaan di Malaysia untuk menyelesaikan kes-kes pertikaian pekerjaan mengenai penamatan kontrak pekerjaan.
Sehubungan dengan itu, dalam penulisan esei ini akan menerangkan kepentingan Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah terhadap ujian kawalan Kontrak Pekerjaan dengan mengaitkan tiga kes pembuangan kerja yang pernah berlaku di Malaysia. bagi menjayakan penulisan esei ini, penulis telah mengambil beberapa sumber rujukan seperti laman web smartv3.ums.edu.my, laman web Mahkamah Perusahaan Malaysia untuk mencari kes yang sesuai, dan juga laman web google untuk mencari maklumat mengenai Ujian penentu hubungan majikan dan pekerja, Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 39
MOHD FAIQ BIN AHMAD
BA18160986
Secara ringkasnya, dalam penulisan esei ini akan menerangkan mengenai kepentingan Akta Kerja 1955 yang hanya terpakai diseluruh wilayah sememenanjung Malaysia dimana akan menjelaskan secara ringkas mengenai kepentingan-kepentingan akta ini dalam ujian kawalan kontrak pekerjaan khususnya jika berada di mahkamah. Penulisan ini juga akan melihatkan sejauh mana Akta Kerja 1955 ini berperanan terhadpa ujian kawalan dan kepentingan-kepentingan yang dimainkan oleh akta ini secara umum. Selain itu, penulisan esei ini juga akan menjelaskan secara terperinci mengenai Ordinan Buruh Sabah yang hanya terpakai di wilayah Sabah sahaja dan kepentingannya terhadap ujian kontrak pekerjaan. Penulisan ini juga akan melihatkan sejauh mana peranan Ordinan Buruh Sabah ini berfungsi dalam memastikan ujian kawalan tersebut dilakukan terutamanya yang melibatkan prosiding-prosiding atau kes-kes yang melibatkan mahkamah industri.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 40
MOHD HASMIRON RAHIMI BIN ZAINAL
BA18110417
Dalam konteks hubungan pekerjaan, kepincangan atau pertikaian antara majikan dan juga pekerja bukanlah hal yang baharu dibincangkan. Tindakan daripada majikan kepada pekerja yang dirasakan tidak adil dalam bentuk layanan dan pemberhentian kerja sering membawa kepada tindakan susulan daripada pekerja untuk mendapatkan keadilan serta hak sebagai seorang pekerja. Oleh yang demikian, wujudnya Mahkamah Perusahaan yang bertindak sebagai orang tengah yang membuat siasatan dan menurunkan keputusan (award) yang bersifat muktamad dan konklusif bagi kepincangan tersebut. Dalam pada itu, terdapat beberapa langkah yang penting yang diaplikasikan oleh Mahkamah Perusahaan dalam proses pembuatan keputusan bagi sesebuah kes. Salah satunya adalah dengan melakukan ujian kawalan yang berfungsi untuk menentusahkan hubungan antara majikan dan juga pekerja. Hal ini merupakan tindakan utama yang penting bagi meneruskan pembicaraan dan memberi liabiliti serta remedi terhadap sesebuah kes. Turut diambil kira adalah kepentingan akta yang berkuatkuasa keatas hubungan pekerjaan dalam sesebuah kawasan, misalnya sama ada Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah. Kedua-dua perundangan ini mempunyai persamaan dan juga perbezaan yang tersendiri daripada segi peruntukan perundangan, oleh itu ia menjadi rujukan penting dalam melakukan ujian kawalan ke atas sesebuah hubungan pekerjaan.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 41
MOHD HAZROY BIN HAMINUDDIN
BA18110912
Di Malaysia, akta merupakan suatu undang-undang yang digubal, dipinda, dibahas dan diwartakan. Akta ini juga adalah sebagai undang-undang yang diguna pakai oleh negara Malaysia dimana ianya dibuat atau diluluskan oleh Dewan Rakyat atau parlimen. Manakala, ordinan pula ialah suatu perintah, peraturan dan statut yang diluluskan oleh pihak berkuasa. Namun, ordinan ini diguna pakai di Sabah dan Sarawak. Dalam erti kata lain, akta dan ordinan ini merupakan undang-undang yang dikuatkuasakan di Malaysia sebagai satu penanda aras untuk mewujudkan keharmonian dalam negara. Akta kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah sememanganya merupakan sebuah perundangan yang amat penting yang menyediakan satu rangka kerja undang-undang yang menyeluruh khususnya dengan apa yang dikaitkan dengan ujian kawalan kontrak pekerjaan. Akta Kerja 1955 terpakai untuk pekerja-pekerja di Semenanjung Malaysia yang mana gajinya adalah sebanyak RM 2,000 dan ke bawah, manakala Ordinan Buruh Sabah adalah terpakai untuk pekerja-pekerja di negeri Sabah yang bergaji sebanyak RM 2,500 dan ke bawah.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 42
MOHD IZWAN BIN ANWAR
BA18110177
Ujian kawalan kontrak pekerjaan adalah suatu cara untuk menentukan status pekerja tersebut dalam sesuatu organisasi. Namun menggunakan ujian kita perlu merujuk kepada perundangan pekerjaan yang terdapat dalam sesebuah negara contoh dalam konteks negara kita Malaysia kita akan akan menggunakan akta kerja 1955 dan ordinan buruh Sabah/Sarawak. Walaubagaimanapun kajian ini hanya berfokus kepada dua perundangan iaitu akta kerja 1955 dan Ordinan buruh Sabah. Oleh itu kajian ini hanya akan menerangkan kepentingan akta kerja 1955 dan ordinan buruh sabah terhadap ujian kawalan kontrak pekerjaan.Penghasilan esei telah dilakukan dengan merujuk kepada kandungan akta kerja 1955 dan ordinan buruh sabah yang berkaitan dengan kontrak perkhidmatan. Selepas itu kandungan dalam perundangan tersebut akan dikaitkan dengan jenis-jenis ujian kontrak pekerjaan yang boleh digunakan
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 43
MOHD JAMRIE BIN ABD MARUP
BA18160977
Dalam ujian kawalan dalam Ordinan Buruh Sabah adalah, berfokuskan dalam menentukan siapa pekerja berdasarkan Ordinan Buruh Sabah Bab 67 dan kaitan dengan pemutusan kontrak pekerjaan. Dalam Ordinan Buruh Sabah 7A yang tertakluk kepada larangan tegas di bawah akta ini atau peraturan, perintah atau undang-undang subsidiary lain yang dibuat di bawahnya, tidak ada perkara dalam seksyen 7 yang akan di tafsirkan sebagai menghalang majikan dan pekerja untuk mensetuhi apa-apa terma atau syarat perkhidmatan dimana pekerja di ambil, atau akan menjadikan tidak sah dengan apa-apa terma dan syarat layanan yang ditetapkan dalam perjanjian kolektif atau mana-mana mahkamah perusahaan yang lebih menguntungkan pekerja daripada ketentuan dalam akta ini atau peraturan, perintah atau perundangan subsidiari lain yang di buat di bawahnya. Menurut Ordinan Buruh Sabah (Bab 67), pekerja dapat didefinisikan sebagai individu, tanpa mengira pekerjaannya, yang telah memasuki atau menandatangani sesuatu kontrak.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 44
MOHD KHAIRUL AQIRA
BA18110561
Kajian ini adalah untuk menerangkan tentang kepentingan Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah dalam Ujian Kawalan Kontrak Pekerjaan. Ujian Kawalan Kontrak Pekerjaan mempunyai empat tahap dan takrifan yang berbeza-beza iaitu Ujian Kawalan, Ujian Organisasi, Ujian Pelbagai dan Ujian Komposit. Keempat-empat jenis ujian ini digunakan dalam menentukan hubungan diantara majikan dan pekerja. Di Samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk menjelaskan atau memberi tumpuan kepada definisi Ujian Kawalan Kontrak Pekerjaan yang mana digunakan untuk menentukan pekerja adalah seorang berstatus kontrak pekerjaan atau kontrak untuk bekerja.
Kata Kunci : Ujian Kawalan, Kontrak Pekerjaan, Akta Kerja 1955. Ordinan Buruh Sabah.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 45
MOHD SAFWAN BIN BIWARI
BA18110611
Esei ini berkenaan tentang Akta Kerja dan Ordinan Buruh Sabah serta kepentingannya terhadap kawalan kontrak pekerjaan di Sabah khususnya. Dalam esei ini juga akan dikemukakan beberapa kepentingan yang perlu difahami oleh pembaca agar tahap pemahaman terhadap kontrak pekerjaan, akta kerja dan ordinen buruh Sabah. Dalam esei ini juga turut dijelaskan tentang kaedah kawalan terhadap kontrak pekerjaan melalui akta kerja dan ordinan buruh Sabah.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 46
MOHD SAHRIL BIN SULAIMAN @ JASNI
BA18161024
Hubungan industri memiliki tujuan bahawa dalam proses interaksi dalam perusahaan tercipta suasana yang saling mendukung antara pekerja serta elemen yang terdapat dalam perusahaan. Hubungan industri pada dasarnya menitikberatkan kepada hak dan kewajiban diantara pekerja dan pengusaha. Hak dan tanggungjawab yang terdapat pada individu kemudian berkembang menjadi hak dan tanggungjawab secara kolektif. Sifat kolektif ini kemudian digunakan sebagai sarana untuk memberikan perlindungan bagi pekerja agar mendapat layanan yang baik dan memperoleh hak-haknya secara wajar di mahkamah. Namun demikian, dalam menuntut hak pekerja, pihak penuntut perlu melalui beberapa ujian terlebih dahulu iaitu ujian yang dinamakan Ujian Kawalan Kontrak Pekerjaan dahulu sebelum pihak mahkamah memutuskan keputusan. Terdapat beberapa ujian yang digunakan oleh mahkamah bagi menentukan kedudukan individu sebagai pekerja atau sebaliknya. Antara ujian yang sering digunakan iaitu ujian kawalan, ujian organisasi, ujian pelbagai dan ujian obligasi bersama. Tambahan pula, setiap ujian itu haruslah dirujuk kepada penguatkuasaan undang-undang terlebih dahulu iaitu Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah (Bab 67) Maka, tujuan esei ini adalah untuk melihat kepentingan Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah (Bab 67) terhadap Ujian Kawalan Kontrak Pekerjaan.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 47
MOHD SAMSUL BIN SUHAIMI
BA18110219
Penulisan dalam esei ini merupakan pengenalan terhadap akta kerja 1955 dan juga akta yang diambil daripada Ordinan Buruh Sabah yang mana kedua akta ini saling berkait dalam suatu pekerjaan tersebut. Definisi pekerja dalam konteks itu berbeza mengikut perspektif yang terkandung dalam perbuatan dan ketetapan. Hal ini kerana, tindakan dan ketetapan itu mempunyai ketentuan mereka tersendiri, yang juga dibezakan oleh faktor-faktor suatu kawasan. Disamping itu, esei ini juga akan menjelaskan terhadap kepentingan Akta kerja dan Ordinan Buruh Sabah terhadap Ujian Kawalan Kontrak Pekerjaan. Hal ini disebabkan untuk memastikan pekerja adalah seorang yang bekerja di organisasi atau syarikat. Selain itu, dalam penggubalan undangundang ini juga ada termaktub bahawa sekiranya pekerja tetap dan juga pekerja kontrak akan mendapatkan hak seperti cuti rehat. Cuti bekerja dan juga pembayaran gaji seseorang pekerja tersebut. Definisi pekerja mempunyai dua iaitu pekerja daripada majikannya yang mana ujian kawalan ini bermaksud daripada segi pembahagian dan perlaksanaan tugas, masa dan waktu bekerja serta yang lain-lain.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 48
MOHD SYAHRULNIZAM
SYAH BIN MAT AZLAN
BA18161025
Kesimpulannya, undang-undang pekerjaan seperti Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah masing-masing mempunyai persamaan dalam mengangkat hak-hak pekerja yang bekerja sama ada di Semenanjung Malaysia dan Sabah. Oleh itu, kegunaan akta-akta ini adalah sangat penting bagi membolehkan pekerja tidak sewenang-wenangnya dieksploitasi oleh pihak majikan. Hal ini dikatakan demikian kerana ia mampu membantu sedikit sebanyak dalam memperkemaskan lagi pengurusan pekerjaan jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini seperti pertikaian dalam industri. Oleh yang demikian itu, dengan melibatkan akta yang telah diperkenalkan ia akan mengelakkan berlakunya penindasan dalam hubungan pekerjaan terutama sekali antara majikan dan pekerja. Selain itu, dengan adanya akta yang diperkenalkan dalam ini, ia turut membolehkan kita untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang hak hak kita sebagai pekerja dan terdapatnya batas di antara majikan dan pekerja tentang sesuatu perkarayang berlaku iaitu para majikan tidak dapat mengambil kesempatan dengan sewenang wenangnya dalam mempengaruhi pekerja dan memonopoli hasil keuntungan mengatasi yang sepatutnya. Selain itu, ujian-ujian tertentu yang diguna pakai di dalam isu penghakiman turut dapat menjelaskan definisi atau lebih tepat lagi status pekerja itu sendiri. Namun yang demikian, dalam keadaan-keadaan tertentu, mahkamah menerima pakai kesemua ujian penentuan. Terdapat juga keadaan yang menunjukkan mahkamah langsung tidak mengambil kira sebarang ujian untuk memberi penghakiman bahawa seseorang itu adalah pekerja atau tidak, sebaliknya memberi penekanan terhadap beberapa faktor lain.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 49
MUHAMAD AD LEAN BIN NASIP
BA18110278
Akta kerja dan ordinan buruh Sabah merupakan undang-undang dalam pekerjaan yang mengandungi peruntukan-peruntukan khas berkaitan pekerjaan. Undang-undang ini sangat memainkan peranan yang penting di dalam ujian kawalan kontrak pekerjaan. Akta kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah juga penting kepada ujian kawalan kontrak pekerjaan kerana dapat memastikan majikan mematuhi kontrak pekerjaan yang ditetapkan. Akta kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah ini juga penting terhadap ujian kawalan kontrak pekerjaan kerana ianya membantu memastikan pekerja dapat bekerja dalam keadaan yang baik dan tiada sebarang penindasan terhadap pekerja oleh majikan. Dalam masa yang sama, akta kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah ini juga berfungsi untuk menjadi panduan kepada mahkamah dalam menentukan setiap remedi pampasan yang perlu diterima oleh setiap pekerja sekiranya mereka menerima atau mengalami penamatan kontrak perkhidmatan oleh majikan. Seterusnya, mahkamah boleh meneliti dan memutuskan setiap perselisihan di antara pekerja dan majikan berkaitan dengan upah atau sebarang pembayaran secara tunai. Akta pekerjaan dan ordinan buruh Sabah ini sangat jelas memberi pengaruh yang besar terhadap ujian kawalan kontrak pekerjaan yang dikendalikan oleh pihak mahkamah dengan adil dan saksama.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 50
MUHAMMAD NURHAIZAL BIN ABDUL GAAI
BA18110658
Kepentingan Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah (Bab 67) memainkan peranan yang penting bagi memberi panduan kepada Mahkamah Perusahaan untuk memutuskan keputusan dalam memilih ujian kawalan kontrak pekerjaan di antara pekerja dan majikan semasa prosiding di jalankan. Bukan itu sahaja, melalui kedua-dua perundangan ini majikan dan pekerja juga turut mendapat kepentingan dan manfaatnya namun bergantung dengan kes yang dibicarakan kerana akan ada satu pihak yang kalah dan akan satu pihak lagi yang menang. Sehubungan dengan itu, keputusan yang dibuat oleh pihak Mahkamah Perusahaan adalah berdasarkan ujian kawalan kontrak perkhidmatan dengan berpandukan Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah (Bab 67). Implikasinya dapat memudahkan Mahkamah menyelesaikan kes-kes buruh berkaitan dengan kontrak perkhidmatan tanpa ada halangan dengan berpandukan kedua-dua undang-undang buruh tersebut.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 51
MUHAMMAD ZULFIKRI BIN MASRI
BA18161105
Esei ini berkenaan tentang undang-undang pekerjaan yang digunakan Semenajung Malaysia dan juga di Sabah. Antara undang-undang yang dimaksudkan adalah Akta Kerja dan Ordinan Buruh Sabah. Selain daripada itu, kita akan mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan ujian kawalan terhadap kontrak pekerjaan yang dilakukan oleh para majikan terhadap pekerja-pekerja mereka di dalam sesebuah organisasi.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 52
NAJIHA BINTI NILO
BA18110452
Akta Kerja dan Ordinan Buruh Sabah memberikan kemudahan dan panduan kepada pihak majikan dan pihak pekerja dalam mewujudkan suasana pekerjaan dalam sesebuah organisasi. Hal ini kerana adanya Akta Kerja dan Ordinan Buruh Sabah kedua belah pihak akan mengetahui hak- hak dan perlindungan pekerjaan yang sewajarnya diperolehi di tempat kerja dalam memeteraikan kontrak pekerjaan. Selain itu, semasa kontrak pekerjaan dipersetujui oleh kedua belah pihak, mereka perlu mematuhi undang-undang yang telah terkandung dalam Akta kerja dan Ordinan Buruh Sabah untuk mengelakkan berlakunya pertikaian antara satu sama lain. Perundangan Akta kerja hanya berkuatkuasa kepada pekerja yang berada di Semenanjung dan w.p Labuan manakala Ordinan Buruh Sabah pula hanya berkuatkuasa kepada pekerja yang berada di negeri Sabah. Walaupun bagaimanapun ianya sama namun terdapat sedikit perbezaan perundangan pekerjaan antara akta-akta tersebut. Selain itu, pihak majikan seharusnya mengutamakan hak-hak dan perlindungan para pekerja walaupun pekerja tersebut dibawah kawalan pihak majikan dalam pengurusan organisasi. Dengan adanya, akta-akta tersebut pihak pekerja akan berhak untuk bersuara dan mengambil tindakan undang-undang jika pihak melanggar peraturan kontrak pekerjaan. Malahan, ujian kawalan kontrak pekerjaan menjadikan para majikan dan pekerja lebih berdisiplin untuk mematuhi kontrak pekerjaan yang telah dipersetujui bersama dengan mengambil tahu kebajikan masing-masing. Oleh sebab itu, Akta kerja dan Ordinan Buruh Sabah menjadikan suasana pekerjaan menjadi teratur dengan adanya garis panduan yang menitikberatkan hak asas dan perlindungan kedua belah pihak.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 53
NAZAM HADEE BIN MOHD ZAINI
BA18110586
Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah yang menjadi panduan umum serta undang-undang yang termasuk dalam kontrak sebuah pekerjaan. Kandungan mengenai isi ujian kawalan yang menjadi titik punca kepada majikan dalam mengawal serta menjaga perlakuan pekerja mereka tanpa menimbulkan apa-apa kerja yang boleh menyebabkan masalah besar boleh timbul dan jika masalah tidak dapat diselesaikan, bermakna majikan tidak mempunyai kawalan tinggi terhadap pekerjanya. Perkaitan dengan penulisan mengenai kontrak pekerjaan yang ditawarkan adalah untuk melihat kontrak perkhidmatan/pekerjaan dan kontrak untuk perkhidmatan. Terma yang berbeza memberikan maksud yang berbeza dalam dunia pekerjaan. Terma dan syarat yang telah ditetapkan juga meliputi segala aspek pekerjaan yang sesuai dalam penggunaan pekerjaan seharian. Membolehkan setiap organisasi merujuk kepada undang-undang yang khas sudah ditetapkan dalam bidang pekerjaan.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 54
NAZHATUL AINA BINTI TAHANG
BA18110426
Akta pekerjaan ordinan Buruh Sabah/ Sarawak memberi perlindungan hak kepada pekerja, dengan itu pekerja akan mendapat gaji dan kemudahan setimpal dengan pekerjaan mereka. Bukan itu sahaja, pekerja-pekerja tersebut akan lebih bekerja bersungguh. Hak pekerja adalah kumpulan hak perundangan dan hak asasi manusia yang didakwa berkenaan hubungan pekerjaan antara pekerja dan majikan. Hak ini selalunya diperoleh melalui undang-undang pekerjaan dan buruh. Hak pekerja juga membolehkan pengawalan dan pengurusan pekerja dan memberikan mereka hak untuk bersuara dalam penentuan keputusan dan dasar. Pergerakan pekerja pada awalnya menumpu pada hak untuk berpersatuan dan perhatian telah beralih ke aspek lain kemudiannya. Dalam Ordinan Buruh Sabah juga, menurut peruntukan Akta Pampasan Pekerja 1952, majikan dikehendaki menghantar pekerja yang cedera kerana ditimpa kemalangan itu dengan segera untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan yang berdekatan. Selain dari itu, majikan juga dikehendaki melaporkan kemalangan tersebut dalam tempoh 10 haru daripada tarikh kemalangan itu berlaku ke Jabatan Tenaga Kerja.
Sehubungan dengan itu, kepentingan Akta Ordinan Buruh Sabah terhadap ujian kawalan kontrak pekerjaan dalam Bab 67, akta untuk mengawal selia standard minima terma dan syarat pekerjaan bagi pekerja dalam sektor swasta, sama ada berkesatuan atau tidak berkesatuan di negeri Sabah. Pertama ia melindungi pekerja dalam perkara seperti bayaran gaji, waktu bekerja, cuti sakit, cuti tahunan, faedah bersalin, dll. Semua majikan hendaklah mengikuti peraturan-peraturan yang dinyatakan. Seorang pekerja di bawah Ordinan ini merujuk kepada mana-mana orang yang tanpa mengira pekerjaannya, telah memasuki suatu kontrak perkhidmatan dengan seorang majikan di mana pendapatannya tidak melebihi RM2,500 sebulan. Mana-mana orang yang tanpa mengira amaun gajinya sebulan telah memasuki suatu kontrak perkhidmatan dengan seorang majikan dimana dia melakukan kerja kasar, melakukan pengendalian atau penyenggaraan apa-apa kenderaan untuk pengangkutan, menyelia atau mengawasi pekerja lain yang menjalankan kerja kasar dan diambil bekerja dalam apa-apa keupayaan dalam mana-mana kapal yang didaftarkan di Malaysia dan ada juga yang diambil bekerja sebagai pembantu rumah.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 55
NORAIN
BA18110218
Dalam konteks Akta Pekerjaan mendefinisikan pekerja sebagai mana-mana individu atau kumpulan orang yang termasuk dalam mana-mana kategori dalam Jadual Pertama atau orang yang diperintah oleh Menteri Sumber Manusia di bawah subseksyen (3) atau seksyen 2A. Manakala pekerja dalam konteks Ordinan Buruh Sabah merujuk kepada mana-mana orang yang tanpa mengira amaun gajinya sebulan telah memasuki sesuatu kontrak perkhidmatan dengan seorang majikan. Oleh itu, pekerja dan majikan di Malaysia adalah terikat dengan undang-undang seperti Akta Kerja 1955, Akta Perhubungan Perusahaan 1967, Ordinan Buruh Sabah dan Ordinan Buruh Sarawak. Akta dan Ordinan ini mempunyai peruntukkan yang berbeza mengikut tempat misalnya Akta Kerja 1955 diguna pakai di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan, Ordinan Buruh Sabah diguna pakai di negeri Sabah manakala Ordinan Buruh Sarawak pula diguna pakai di negeri Sarawak.
Malaysia merupakan satu negara yang demokrasi di mana rakyat mempunyai hak untuk bersuara. Hal ini adalah sama dengan konteks pekerjaan di mana terdapat pelbagai akta dan perundangan yang telah digubal bagi mengawalselia pekerjaan dan bagi menjaga hak serta kebajikan para pekerja. Mana-mana majikan mahupun perlulah mematuhi segala akta dan perundangan yang telah ditetapkan bagi menjaga kepentingan bersama. Hal ini juga mampu untuk menjaga keharmonian dan mengeratkan lagi hubungan antara majikan dan pekerja sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat masing-masing. Selain daripada itu, hal ini juga mampu untuk meningkatkan produktiviti dalam organisasi sekaligus dapat mengekalkan keharmoni industri. Oleh itu, Akta Kerja dan Ordinan Buruh Sabah memberi pelbagai kepentingan terhadap ujian kawalan kontrak pekerjaan.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 56
NORAINAH BINTI UDIN
BA18110874
Akta dan perundangan yang diperuntukkan bertujuan untuk melindungi pekerja-pekerja dalam sesebuah organisasi. Selain itu, undang-undang ini juga menjelaskan tentang aturan-aturan terhadap pekerja dalam hal persyaratan untuk menjadi seorang buruh, pengaturan jam kerja, pemberian upah, kesihatan dan keselamatan pekerja, kebajikan pekerja dan sebagainya. Akta kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah (Bab 67) ini juga menjadi panduan untuk majikan dalam membuat kontrak perkhidmatan. Kontrak perkhidmatan ini penting supaya wujud hubungan antara majikan dan pekerja. Hal ini kerana, hubungan antara majikan dan pekerja hanya wujud dalam perjanjian yang berbentuk kontrak perkhidmatan dan bukannya kontrak untuk perkhidmatan. Sekiranya berlaku permasalahan antara majikan dan pekerja serta kes tersebut melibatkan Mahkamah Perusahaan, ujian penentu atau kawalan akan diguna pakai oleh mahkamah bagi memutuskan status individu sebagai pekerja atau sebaliknya. Ujian yang biasa digunakan oleh mahkamah termasuk ujian kawalan atau tradisional, ujian organisasi, ujian pelbagai dan ujian komposit. Oleh sebab itu, undang undang pekerjaan terhadap hubungan pekerjaan adalah penting untuk mengelakkan kekeliruan, melindungi hak dan tanggungjawab majikan dan pekerja, sebagai skop kawalan perkhidmatan dan sebagai rujukan atau bukti untuk sebarang pertikaian. Hal ini juga sekaligus menjadikan pihak majikan haruslah mengikuti undang-undang yang telah termaktub dalam undang-undang seperti Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah (Bab 67) yang ditetapkan agar tidak berlaku sebarang pertikaian yang tidak diingini di antara pekerja dan pihak majikan
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 57
NORDIN BIN KUDOPUT
BA18110166
Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah merupakan akta dan ordinan undang-undang yang memperuntukkan terma dan syarat minimum dalam pekerjaan sektor swasta sama ada seseorang pekerja itu merupakan pekerja yang berdaftar secara aktif dengan kesatuan sekerja ataupun tidak. Akta ini diwujudkan adalah untuk mengawal hal-hal yang berkaitan dengan upah, hari rehat, jam bekerja dan lain-lain. Pekerja amat penting dalam pekerjaan tanpa pekerja, pekerjaan tidak akan berjalan dan undang-undang serta ujian kawalan tidak akan berfungsi. Pekerja merupakan seseorang yang melakukan sesuatu pekerjaan untuk memperoleh upah. Dapatan mendapati kepentingan Akta Kerja dan Ordinan Buruh Sabah terhadap Ujian Kawalan kontrak pekerjaan ialah menentukan jenis kontrak pekerjaan, menentukan sama ada kontrak pekerjaan seseorang pekerja wujud atau tidak dan penamatan kontrak oleh majikan atas alasan tertentu. Akta Kerja dan Ordinan Buruh Sabah adalah penting kerana tanpanya ujian kawalan kontrak pekerjaan tidak akan berjalan dengan lancar atau sukar untuk dijalankan. Kesimpulannya, Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah memainkan peranan penting dalam mengendalikan dan menyelesaikan isu-isu dan kes yang berkaitan dengan pekerjaan terutamanya yang melibatkan kes-kes kontrak pekerjaan yang meliputi penamatan kontrak, pemecatan dan lain-lain.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 58
NORFAZILA BINTI JEFRI
BA18110132
Ujian kawalan kontrak pekerja merujuk kepada tahap kawalan oleh majikan terhadap pekerjanya. Kawalan majikan terhadap pekerja termasuklah dari segi pembahagian dan pelaksanaan tugas, masa dan tempoh masa bekerja dan sebagainya. Penulisan ini bertujuan untuk mengenal pasti kepentingan Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah terhadap ujian kawalan kontrak pekerjaan. Setelah menjalankan penyelidikan kualitatif melalui rujukan internet, jurnal dan artikel yang berkaitan, penulis mendapati bahawa sebagai rujukan undang-undang dalam penentuan hubungan pekerjaan oleh mahkamah; melindungi dan menegakkan keadilan prinsip asasi pekerja; kayu ukur terhadap hak prerogatif majikan dan batasannya; membantu dalam menyelesaikan isu-isu yang berlaku dalam organisasi seperti isu salah laku pekerja.
Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah mempunyai kepentingan yang signifikan terhadap ujian kawalan kontrak pekerjaan. Rujukan undang-undang dalam penentuan hubungan pekerjaan oleh mahkamah; melindungi dan menegakkan keadilan prinsip asasi pekerja; kayu ukur terhadap hak prerogatif majikan dan batasannya; dan membantu dalam menyelesaikan isu-isu yang berlaku dalam organisasi seperti isu salah laku pekerja merupakan kepentingan Akta Kerja dan Ordinan Buruh Sabah terhadap ujian kawalan kontrak pekerjaan. Sehubungan itu, ada beberapa ujian telah diguna pakai oleh mahkamah bagi menentukan kedudukan individu sebagai pekerja atau sebaliknya. Terdapat empat ujian yang lazimnya digunakan oleh mahkamah iaitu, ujian kawalan, ujian organisasi, ujian pelbagai dan ujian obligasi bersama. Ujian kawalan merujuk kepada tahap kawalan oleh majikan terhadap pekerjanya. Ini merujuk kepada tahap kawalan majikan terhadap pekerjanya, iaitu awalan majikan terhadap pekerja mungkin terdiri dari segi pembahagian dan pelaksanaan tugas, masa dan tempoh masa bekerja dan sebagainya. Mahkamah Malaysia juga mengambil kira elemen lain dalam menentukan hubungan pekerja-majikan iaitu melalui pertimbangan terma nyata dan tersirat kontrak perkhidmatan tersebut, kandungan perjanjian kolektif dan peraturan pekerjaan yang ditetapkan oleh majikan. Tuntasnya, sistem perundangan di Malaysia memperuntukan undang-undang merupakan peraturan yang dipersetujui umum kerana ia bertujuan untuk melindungi, mengatur dan memelihara keharmonian persekitaran termasuklah dalam persekitaran tempat kerja.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 59
NORHAYATI BINTI TAJIM
BA18110148
Akta kerja 1955 merupakan satu perundangan buruh yang amat penting yang mana ia menyediakan satu rangka kerja yang berkaitan dengan undang-undang secara menyeluruh. Dalam hal ini, Akta Kerja ini meliputi tentang pembayaran gaji pekerja, hari rehat, cuti umum, pemberhentian kerja dan sebagainya. Selain itu, dapat dilihat juga bahawa Akta Kerja ini mengandungi peruntukan-peruntukan yang bertujuan untuk melindungi pekerja dari sebarang eksploitasi oleh majikan seterusnya meletakkan faedah-faedah minima yang harus diberikan kepada pekerja yang dilindungi di bawah Akta ini. Seterusnya, Akta Kerja 1955 ini juga merupakan undang-undang buruh utama yang mana ia hanya dikuatkuasakan di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan yang mengawal hubungan antara majikan dan pekerja di sektor swasta. Akta Kerja ini mengandungi peruntukan berkaitan dengan hak-hak pekerja dan standard minimum penggajian. Manakala, Ordinan Buruh Sabah ini hanya terpakai di Sabah sahaja di mana ia juga mengandungi peruntukan-peruntukan yang melindungi hak-hak pekerja dari sebarang eksploitasi oleh majikan. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa Akta Kerja dan Ordinan Buruh Sabah ini adalah penting dalam ujian kawalan kontrak pekerjaan.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 60
NORIBAH BINTI TAJIM
BA18110135
Akta undang-undang pekerjaan ini seperti akta kerja 1955, ordinan buruh sabah dan juga ordinan buruh sarawak ini mempunyai seksyen-seksyen yang tersendiri bagi melindungi para pekerja daripada di diskriminasi oleh majikan mereka, sama ada dari segi gaji, elaun, cuti, pemberhentian kerja, waktu bekerja dan banyak lagi faedah yang lainnya. Kesemua perkara yang telah terkandung di dalam akta ini, sekiranya tidak dinyatakan oleh majikan di dalam kontrak pekerjaan, maka pekerja tersebut boleh mengadukan perkara tersebut kepada mahkamah perusahaan dan seterusnya mana-mana majikan yang telah melakukan kesalahan yang melanggar undang-undang di bawah akta ataupun ordinan yang telah dinyatakan di atas, para majikan tersebut boleh disabitkan kesalahan hukuman penalti ataupun denda, dimana nilainya adalah bergantung kepada kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh majikan itu sebagaimana yang telah diperuntukan oleh undang-undang pekerjaan Malaysia.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 61
NORISYHAM SYED PUTRA BIN ARSAD
BA18161006
Ordinan buruh sabah dan Sarawak merupakan sebuah undang-undang yang sangat penting dalam melindungi hak asasi dan hak yang sepatutnya dimiliki oleh setiap pekerja. Undang-undang yang digubal ini sangat jelas menunjukan kesan yang sangat baik kepada pekerja di dalam sebuah organisasi. Hal ini dikatakan demikian kerana undang-undang ini sangat menitikberatkan hak yang perlu dimiliki oleh setiap pekerja. Hal ini dapat dilihat daripada segi kadar upah yang seharusnya dimiliki oleh pekerja. Sebagai contoh ordinan buruh sabah kini menetapkan bahawa gaji minimum pekerja adalah 1200 dan tidak boleh rendah daripada jumlah tersebut. Hal ini dikatakan demikiran kerana gaji minimum ini bergantung pada keadaan ekonomi semasa dimana kos sara hidup semakin tinggi. Namun begitu, terdapat juga beberapa organisasi yang masih tidak patuh terhadap undang-undang sebegini. Selain itu juga,undang-undang ini juga mengawal kadar waktu bekerja yang sepatutnya dimiliki oleh setiap pekerja. Setiap pekerja tidak hanya boleh bekerja 8 jam sehari dan waktu yang lebih perlu dibayar ikut kadar yang sepatutnya. Akta ini menjadi satu alternatif yang sangat berimpak tinggi dan memang wajar dilaksanakan di dalam negara ini. akta kerja dan ordinan buruh sama mempunyai banyak persamaan dari segi matlamat dan objektif. Namun apa yang menjadi perbezaan adalah akta kerja digunakan di semenanjung Malaysia dan ordinan buruh hanya terpakai di sabah dan Sarawak. Ujian kawalan pula menunjukkan bahawa ianya adalah satu ujian yang baik terhadap pekerja. Hal ini dikatakan demikian kerana ia dapat memberikan pekerja yang masih tidak tetap menjadi tetap (Permanent) didalam sebuah organisasi. Tidak dinafikan bahawa ujian kawalan juga mempunyai kelemahan dari segi kaedah mengukur dalam menentukan individu sebagai pekerja yang efisien masih kurang berkesan dalam industri 4.0 ini.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 62
NORMALA BINTI ABDUL RAHMAN
BA18110441
Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah 1967 ini mempunyai fungsi atau peranan yang sama dalam perundangan pekerjaan di Malaysia untuk melindungi atau menjamin hak pekerja daripada ditindas dan dieksploitasi oleh majikan. Selain itu, Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah 1967 ini penting untuk Ujian Kawalan kontrak pekerjaan kerana terdapat beberapa yang terkandung di dalam akta dan ordinan ini yang berkaitan dan menunjukkan kepentingan Ujian Kawalan ini juga kepada perundangan pekerjaan ini. Ujian Kawalan yang digunakan ini juga penting untuk memudahkan pembuatan keputusan kepada kes yang telah dikemukakan kepada Mahkamah Perusahaan untuk diselesaikan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan. Pengawalan majikan terhadap majikan mereka ini juga penting untuk memantau setiap pelaksanaan tugas pekerja daripada mereka melanggar peraturan atau arahan syarikat yang telah dipersetujui di dalam kontrak pekerjaan di dalam sesebuah syarikat tersebut. Oleh itu, terdapat pelbagai kepentingan dan kelebihan yang diperolehi berdasarkan Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah 1967 ini kepada majikan mahupun pekerja dalam memastikan semua perjanjian sah disisi undang-undang pekerjaan yang telah ditetapkan serta memudahkan pembuatan keputusan dalam Ujian Kawalan yang digunakan untuk memutuskan keputusan seperti memutuskan status seseorang pekerja di dalam syarikat tersebut untuk menerima hak yang dituntut.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 63
NORSYUHADAH BINTI BAJURI
BA18110147
Kepentingan Akta Kerja 1955 dan Ordinal Buruh Sabah (Bab 67) sememangnya mampu menguji kawalan pertikaian yang berlaku dalam terma dan kondisi kontrak pekerjaan yang berlaku di Semenanjung dan di negeri Sabah. Selain itu, ujian penentu yang digunakan oleh pihak mahkamah bagi mengadili kes Mahkamah Perusahaan hampir ke semua dapat diselesaikan berdasarkan Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah (Bab 67). Ekoran daripada itu, jika dari pencarian kes penulis mendapati bahawa terdapat banyak kes yang dicatatkan di Mahkamah Perusahaan berkaitan dengan Akta Kerja 1955 iaitu kawasan Semenanjung Malaysia. Manakala, kes yang diperoleh dari Ordinan Buruh Sabah (Bab 67) dari Mahkamah Perusahaan atau award kes adalah terhad. Hal ini kerana, majoriti pekerja dan majikan di negeri Sabah hanya menggunakan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) di cawangan yang berdekatan dengan kediaman untuk membuat sebarang aduan dan kes diselesaikan secara perundingan bersama pegawai JTK, Pekerja dan pihak majikan khususnya. Pentingnya Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah (Bab 67) boleh dijadikan panduan untuk memilih jenis ujian kawalan yang sesuai untuk sesuatu kes kontrak pekerjaan.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 64
NUR AISYAH BINTI KADIR
BA18110368
Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah 1967 merupakan undang-undang pekerjaan yang wujud di Malaysia dan memperuntukkan beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh pekerja dan majikan. Pada bahagian seterusnya, kajian ini memperjelaskan tentang beberapa kepentingan yang dapat dilihat menerusi Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah 1967 terhadap ujian kawalan kontrak pekerjaan. Bukan itu sahaja, malahan terdapat juga beberapa contoh kes yang digunakan bagi merujuk hal ini. Di akhir bahagian pula, kajian ini memperjelaskan tentang keseluruhan dapatan mengenai kepentingan yang dapat dilihat menerusi Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah 1967 terhadap ujian kawalan kontrak pekerjaan. Dapatlah dilihat bahawa, Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah 1967 sangat penting untuk dijadikan panduan dalam melakukan ujian kawalan terhadap kontrak pekerjaan.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 65
NUR AL ADAWIYAH BINTI RAHIM
BA18161001
Dengan wujudnya beberapa akta dalam pekerjaan ianya sedikit sebanyak dapat memberikan kebaikan dan kelebihan kepada pekerja. Perkara ini dapat membantu dalam pengurusan pekerjaan jika berlaku sebarang konflik atau pertikaian dalam industri. Selain itu, Akta Pekerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah mempunyai persamaan dalam mengangkat hak-hak pekerja yang bekerja sama ada di Semenanjung Malaysia mahu pun di Sabah. Kegunaan akta-akta ini amat penting dalam membolehkan pekerja untuk merujuk jika terdapat sebarang tanda-tanda mereka dieksploitasi oleh pihak majikan sewenang-wenangnya. Manakala kepentingan ujian kawalan pula adalah berupaya untuk meneliti sesuatu kontrak perkhidmatan tersebut.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 66
NUR ANIS ATHIRAH BINTI AZMI
BA18110074
Akta Kerja 1955 (Act 265) (EA 1955) adalah undang-undang asas segala daripada undang-undang buruh yang baharu dikuatkuasakan di Malaysia sehingga kini. Walaubagaimanapun akta ini hanya terpakai di semenanjung Malaysia sahaja tidak termasuk Sabah dan Sarawak. Definisi pekerja di bawah akta ini adalah berbeza dengan Ordinan Buruh Sabah. Hal ini kerana Akta kerja 1955, definisi yang diterangkan di dalam akta ini sekiranya individu itu adalah pekerja apabila beliau diambil bekerja di sektor swasta di bawah satu perkhidmatan, atau dikenali sebagai kontrak perkhidmatan (dipetik oleh, Shazilda, Asrinah & Levindram, 2018). Pekerja yang dilindungi di bawah akta ini hendaklah dikenali sebagai kontrak perkhidmatan (contract of service) bukannya kontrak untuk berkhidmat (contract for service). Selain itu, pekerja juga hendaklah mendapat gaji bulanan tidak melebihi RM1,500 merupakan pekerja dibawah lindungan Akta Kerja 1955. Ordinan Buruh Sabah dan Sarawak hanya terpakai kepada pekerja bukan daripada semenanjung Malaysia. Akta ini bertujuan mengawal selia standard terma dan syarat pekerjaan bagi mereka di sektor swasta, sama ada mempunyai kesatuan atau tidak berkesatuan (Shazilda, Asrinah, Levindram, 2018). Definisi pekerja yang dilindungi di bawah akta ini ialah pekerja yang mempunyai kontrak perkhidmatan dengan majikan dan berpendapatan tidak melebihi RM2500 sebulan.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 67
NUR ATIRAH BINTI SALLEH
BA18161123
Ujian kawalan ini adalah dengan cara seseorang majikan itu menguji kontrak pekerjaan untuk menentukan siapa atau bukan pekerja di dalam sesebuah syarikat ataupun organisasi. Dalam Mahkamah, sekiranya terdapat pertikaian di antara majikan dan pekerja, pihak mahkamah akan menganggap seseorang pekerja itu adalah pekerja yang dikawal oleh majikannya tentang bagaimana oleh pekerja mereka. Sekiranya, seseorang majikan itu tidak mempunyai kawalan terhadap pekerjanya, maka pekerja tu bukan pekerjanya.
Terdapat satu kes di antara Bata Shoe Co (Malaysia) Ltd lawan Lembaga KWSP (1964) MLJ 137, di mana dalam kes ini Plaintif telah melantik seorang pengurus untuk mengendalikan syarikat dan telah diberi kuasa untuk melantik pekerjanya. Semua terma dan syarat pekerjaan akan ditetapkan oleh pengurus itu sendiri. Oleh hal yang demikian, telah timbul satu persoalan yang mana adakah wujud hubungan majikan dan pekerja antara Plaintif (Bata Shoe Co) dengan pekerja-pekerja yang dilantik oleh pengurus itu. Oleh itu, Mahkamah telah memutuskan bahawa tiada kewujudan hubungan antara majikan dan pekerja kerana syarikat (Plaintif) hanya mempunyai kawalan ke atas pengurus (pengurus tersebut adalah pekerja syarikat) tetapi tidak mempunyai kawalan ke atas pekerja-pekerja yang dilantik oleh pengurus.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 68
NUR FARAH HAZWANI BINTI MOHAMAD SALEH
BA18110746
Ringkasan ini bertujuan untuk menghuraikan kepentingan Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah terhadap ujian kawalan kontrak perkhidmatan. Justeru, menjelaskan mengenai maksud atau erti Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah. Oleh itu, peranan undang – undang tersebut merupakan melindungi hak – hak pekerja dan majikan. Namun itu, akta kerja 1955 digunakan di Semenanjung Malaysia manakala Ordinan Buruh Sabah terpakai di Sabah.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 69
NUR HAZIYAH DAHIYAH BINTI HAJI NORDIN
BA18170040
Employment is an important part of the economic, social and environmental development process and procedure of any country in the world. It is also an agreement between an employer and an employee that the employee will provide certain services that will help the organization to produce its product. Even so, employment can be divided into two, such as contract service (contract of service) and contract for employment (contract for service). Both contracts are different in terms of its definition and content. A contract of service refers to an agreement between employer and employee, that includes the terms and conditions of work, which allow the employee to have a position in one organization and it can be written or verbally. Whereas, contract for service is when an employer offers his employment service to an individual or an organization that will provide payment to the employees of the employer after carrying out an assignment project.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 70
NUR IZZATI BINTI AMRAN
BA17161054
Dunia pekerjaan pada masa kini lebih cenderung untuk melakukan pengurusan organisasi yang akan menguntungkan pihak majikan. Oleh hal yang demikian, terdapat beberapa undang-undang yang telah diwujudkan bagi membendung masalah ini. Antaranya ialah Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah. Kedua-duanya memiliki ciri-ciri yang agak sama. Namun demikian, Ordinan Buruh Sabah hanya terpakai di wilayah Sabah. Selain itu, Ordinan Buruh Sabah juga melindungi pekerja yang menerima kadar upah dibawah RM2,500 manakala Akta Kerja 1955 pula hanya melindungi pekerja yang menerima kadar upah di bawah RM1,500. Seterusnya, bagi menentukan status seorang pekerja, sebuah ujian perlu dilaksanakan agar ia boleh dibawa kepada proses yang seterusnya di dalam pertikaian. Ujian yang perlu dilaksanakan adalah ujian kawalan. Terdapat empat jenis ujian kawalan yang boleh ditemui. Antaranya ialah, ujian kawalan itu sendiri atau lebih dikenali sebagai ujian tradisional, ujian organisasi, ujian pelbagai dan ujian komposit. Didalam penulisan ini, penulis akan membincangkan mengenai kepentingan yang wujud di dalam Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah terhadap ujian kawalan. Oleh itu, penulis mendapati terdapat tiga kepentingan yang boleh dilihat di dalam penulisan ini. Pertama ialah sebagai hak pekerja. Kedua, panduan kepada tuntutan dan akhir sekali ialah penentuan didalam ujian kawalan akan mempengaruhi penamatan atau pemecatan, tindakan perusahaan dan perjanjian bersama.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 71
NUR IZZATI BINTI MUSTAPHA
BA18110560
Undang- undang pekerjaan di Malaysia merupakan undang-undang yang disediakan untuk melindungi mereka yang diiktiraf sebagai pekerja. Selain itu, undang- undang yang telah digubal dan dikuatkuasakan telah mewujudkan suatu hubungan antara majikan dan pekerja melalui satu perjanjian yang disebut sebagai kontrak pekerjaan. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk menghuraikan kepentingan Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah (Bab 67) terhadap ujian kawalan kontrak pekerjaaan. Berhubung dengan kedua- dua perundangan pekerjaan tersebut, terdapat banyak ujian yang berbeza untuk menentukan status pekerja. Sebilangan ujian ini terdiri daripada ujian kawalan, ujian organisasi, ujian pelbagai dan ujian kompositi menjadi yang alat seumpamanya untuk menentukan status pekerja di Mahkamah.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 72
NUR ZARINA BINTI JAKARIA
BA18161047
Ujian kawalan kontrak pekerjaan yang mana ianya juga dikenali sebagai ujian tradisional yang merujuk kepada tahap kawalan seseorang individu iaitu majikan terhadap pekerjanya. Dalam ujian kawalan yang dimaksudkan adalah merujuk kepada pelaksanaan tugas, masa dan tempoh masa bekerja. Seterusnya, ujian ini digunapakai bagi mewujudkan satu kawalan majikan kepada seliaanya yang mana ia termasuk mengambil kira cara bagaimana suatu pekerjaan itu dilaksanakan oleh pekerja tersebut sama ada mengikut Prosedur Standard Kerja yang telah pun ditetapkan oleh majikan. Namun begitu, ujian kawalan ini mempunyai kelemahan kerana ramai pekerja kini sudah memiliki kemahiran yang tidak dapat dikawal oleh majikan ( Anantaraman, 1997).
Dalam kes di antara Bata Shoe Co (Malaysia) Ltd lawan Lembaga KWSP (1967) MLJ 137, di mana dalam kes ini plaintif telah melantik seorang pengurus untuk mengendalikan syarikat dan telah diberi kuasa untuk melantik pekerjanya. Semua terma dan syarat pekerjaan akan ditetapkan oleh pengurus itu sendiri. Maka persoalannya disini, sama ada wujud hubungan di antara majikan dan pekerjanya antara plaintif (Bata Shoe Co) dengan pekerja yang dilantik oleh pengurus itu. Oleh itu, mahkamah telah memutuskan bahawa tiada kewujudan hubungan antara majikan pekerja kerana pekerja itu syarikat (plaintif) hanya mempunyai kawalan ke atas pengurus (pengurus tersebut adalah pekerja dalam syarikat) akan tetapi tidak mempunyai kawalan ke atas pekerja-pekerja yang dilantik oleh pengurus.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 73
NUR ZARIQ SOFIA BINTI RUSLEE
BA18110185
Artikel ini disediakan adalah untuk menjelaskan kepentingan Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah terhadap ujian kawalan kontrak pekerjaan. Ujian kawalan ini terdiri daripada 4 bahagian iaitu dikenali sebagai ujian kawalan atau tradisional, ujian organisasi atau integrasi, ujian pelbagai atau campuran dan yang terakhir iaitu ujian komposit. Setiap ujian ini mempunyai tahap penentuan yang berbeza yang akhirnya akan membantu untuk menyelesaikan masalah yang berlaku terutama sekali yang melibatkan pertikaian antara pihak majikan dan pekerja mengenai sesuatu kontrak perkhidmatan atau pekerjaan. Sehubungan dengan itu, setiap ujian yang dilaksanakan ini adalah berpandukan kepada Akta Kerja 1955 bagi kes yang berlaku di Semenanjung Malaysia dan juga Ordinan Buruh Sabah Bab 67 bagi kes yang berlaku di Sabah. Kedua-dua akta ini mempunyai persamaan dan perbezaan yang boleh dilihat berdasarkan seksyen-seksyen yang diperuntukan di dalam akta tersebut. Lantaran itu, penulis telah memilih beberapa kes yang sesuai untuk melihat apakah kepentingan akta akta ini kepada ujian kawalan kontrak pekerjaan. Hal ini demikian kerana, majikan dan pekerja ini mempunyai tanggungjawab masing-masing berdasarkan undang-undang apabila kedua belah pihak membuat kontrak pekerjaan. Penulis juga akan menggunakan ujian penentuan atau kawalan yang tertentu sahaja berdasarkan keputusan pihak mahkamah dengan melihat kepada kes yang berlaku. Perbincangan lanjut akan diteruskan pada perenggan yang seterusnya.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 74
NURAINI BINTI HAMID
BA18161122
Peruntukan Akta Kerja 1955 ini memberi kepentingan dengan ujian kawalan kerana ia menjadi panduan kepada sesuatu kes penamatan kontrak yang berlaku yang mana ia akan melindungi pekerja atau sebaliknya. Dalam hal ini, ia boleh memberi kepentingan dengan ujian kawalan pelbagai. Sekiranya seseorang pekerja ditamatkan kontraknya disebabkan sesuatu perkara atau tidak dibayar upah dan berasa tidak adil, dan pekerja ini berusaha untuk melakukan tuntutan kepada pihak majikan maka pihak majikan boleh menggunakan ujian pelbagai. Hal ini demikian kerana, jenis ujian ini merangkumi ujian campur yang merangkumi beberapa keadaan yang berlaku disebabkan kontrak perkhidmatan, selalunya ia mengambil berat dalam pelbagai faktor yang relevan dengan hubungan antara majikan dan pekerja, berkaitan dengan hak kawalan, penggantungan, pemecatan, upah dan kuasa pemilihan. Disebabkan ujian mempertimbangan pelbagai aspek dalam kontrak perkhidmatan maka ia akan memudahkan mahkamah untuk membuat keputusan dan boleh merujuk kepada Akta 1955 dengan peruntukan seksyen tersebut.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 75
NURHAFIZAH BINTI SALLEH
BA18110592
Terdapat pelbagai undang-undang di negara Malaysia ini yang berkuat kuasa dalam mengatur hubungan pekerjaan bagi pekerja-pekerja di negara ini. Akta merupakan suatu undang-undang yang digubal, dipinda serta diwartakan dan juga berfungsi sebagai undang- undang yang diguna pakai oleh Malaysia. Antara contoh-contoh akta ialah Akta Kerja 1955, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan lain-lain lagi. Akta Kerja 1955 hanya terpakai di Semenanjung Malaysia manakala Akta Perhubungan Perusahaan 1967 pula terpakai di seluruh Malaysia. Ordinan pula bermaksud suatu perintah, peraturan dan statut yang diluluskan oleh pihak yang berkuasa. Ordinan pula hanya diguna pakai di Sabah dan Sarawak iaitu Ordinan Buruh Sabah dan Ordinan Buruh Sarawak. Oleh itu, Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah ini penting kepada penentuan ujian kawalan kontrak pekerjaan. Ujian kawalan ini pula merupakan salah satu ujian bagi menentukan hubungan majikan dengan pekerja. Antara ujian-ujian lain yang menentukan hubungan majikan dengan pekerja ialah ujian organisasi, ujian pelbagai dan juga ujian obligasi bersama. Ujian ini diguna pakai oleh mahkamah bagi menentukan kedudukan individu sebagai pekerja atau sebaliknya. Ujian kawalan atau juga dikenali sebagai ujian tradisional merujuk kepada tahap kawalan oleh majikan terhadap pekerjanya. Maksud kawalan oleh majikan adalah dari segi pembahagian dan pelaksanaan tugas, masa dan waktu bekerja dan lain-lain lagi.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 76
NURHANISAH BINTI MOHD TANG
BA18110478
Artikel ini bertujuan untuk memberi kefahaman mengenai kepentingan Akta Kerja dan Ordinan Buruh Sabah terhadap ujian kawalan kontrak pekerjaan. Undang-undang pekerjaan iaitu Akta Kerja 1955 atau Ordinan Buruh Sabah dan Sarawak ini, masing-masing mempunyai persamaan dalam mengangkat hak-hak pekerja yang bekerja sama ada di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Berdasarkan penulisan esei ini, terdapat empat jenis ujian kawalan iaitu ujian kawalan atau juga dikenali sebagai ujian tradisional, ujian organisasi, ujian pelbagai dan ujian komposit. Keempat-empat jenis ujian ini penting merupakan prinsip atau ujian yang telah diguna pakai oleh mahkamah bagi menentukan kedudukan individu sebagai pekerja atau sebaliknya seperti dalam kontrak pekerjaan. Hal ini demikian kerana, kontrak pekerjaan merupakan suatu dokumen penting yang perlu wujudkan dan ianya hasil perbincangan daripada pekerja dan pihak majikan dimana kontrak pekerjaan boleh dilakukan secara lisan atau bertulis dan mengandungi berkaitan dengan terma dan syarat pekerjaan. Namun, terma dan syarat yang dihasilkan tersebut perlulah merujuk kepada Akta Kerja atau Ordinan Buruh Sabah dan Sarawak dimana ketiga-tiga undang-undang pekerjaan ini penting jika berlakunya sebarang pertikaian. Oleh itu, penulisan esei akan menjelaskan kepentingan Akta Kerja dan Ordinan Buruh Sabah terhadap ujian kawalan kontrak pekerjaan
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 77
NUREEN FASSIHAH BINTI AHMED
BA18110152
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 78
NURSYIFA SYAHIRA BINTI KAMARUDDIN
BA18110205
Artikel ini bertujuan untuk memberi kefahaman mengenai kepentingan Akta Kerja dan Ordinan Buruh Sabah terhadap ujian kawalan kontrak pekerjaan. Undang-undang pekerjaan iaitu Akta Kerja 1955 atau Ordinan Buruh Sabah dan Sarawak ini, masing-masing mempunyai persamaan dalam mengangkat hak-hak pekerja yang bekerja sama ada di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Berdasarkan penulisan esei ini, terdapat empat jenis ujian kawalan iaitu ujian kawalan atau juga dikenali sebagai ujian tradisional, ujian organisasi, ujian pelbagai dan ujian komposit. Keempat-empat jenis ujian ini penting merupakan prinsip atau ujian yang telah diguna pakai oleh mahkamah bagi menentukan kedudukan individu sebagai pekerja atau sebaliknya seperti dalam kontrak pekerjaan. Hal ini demikian kerana, kontrak pekerjaan merupakan suatu dokumen penting yang perlu wujudkan dan ianya hasil perbincangan daripada pekerja dan pihak majikan dimana kontrak pekerjaan boleh dilakukan secara lisan atau bertulis dan mengandungi berkaitan dengan terma dan syarat pekerjaan. Namun, terma dan syarat yang dihasilkan tersebut perlulah merujuk kepada Akta Kerja atau Ordinan Buruh Sabah dan Sarawak dimana ketiga-tiga undang-undang pekerjaan ini penting jika berlakunya sebarang pertikaian. Oleh itu, penulisan esei akan menjelaskan kepentingan Akta Kerja dan Ordinan Buruh Sabah terhadap ujian kawalan kontrak pekerjaan.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 79
NURUL ASHIKIN BINTI LASATU
BA18110231
Penulisan esei ilmiah ini bertujuan adalah untuk menerangkan mengenai kepentingan Akta Kerja dan Ordinan Buruh Sabah terhadap ujian kawalan kontrak pekerjaan. Ujian kawalan kontrak pekerjaan ini dilakukan ada untuk menentukan hubungan antara majikan dan juga pekerja serta diterima pakai dalam mahkamah bagi tujuan untuk menentukan kelayakan seseorang itu sama ada mempunyai kedudukan status sebagai seorang pekerja ataupun sebaliknya. Ujian kawalan yang boleh dilaksanakan adalah ujian kawalan yang juga dikenali sebagai ujian tradisional, ujian organisasi, ujian pelbagai dan juga ujian komposit. Kesemua ujian kawalan ini mempunyai perbezaan yang tersendiri yang dapat digunapakai mengikut kesesuaian mengikut kes dan juga konflik yang berlaku dalam organisasi tersebut.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 80
NURUL AZIZAH HUSNA BINTI AMIN
BA18161027
Penulisan esei ini adalah untuk menerangkan berkenaan dengan kepentingan Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah terhadap ujian kawalan kontrak perkhidmatan. Ianya juga menerangkan berkenaan definisi undang-undang perburuhan seperti Akta Kerja, Ordinan Buruh Sabah, Ujian Kawalan serta Kontrak Perkhidmatan bagi menjelaskan lagi dengan lebih mendalam berkaitan dengan kepentingan konteks-konteks tersebut terhadap perhubungan di antara pihak majikan dan juga pihak pekerja. Ini kerana, akta dan ordinan tersebut mempunyai peruntukannya yang tersendiri yang dibezakan oleh factor sesuatu kawasan. Disamping itu, penulisan ini juga bertujuan untuk menjelaskan atau memberi tumpuan terhadap bagaimana mendefinisikan terma-terma dan syarat pekerja menurut ujian kawalan kontrak perkhidmatan sebagai penentuan hubungan antara pihak majikan dan juga pihak pekerja. Hal ini adalah untuk mengenal pasti pekerja tersebut merupakan seseorang yang bekerja dalam sesuatu organisasi atau syarikat serta berada dibawah kawalan pihak majikan untuk melaksanakan tugasan yang diberikan berdasarkan kepada kontrak perkhidmatan yang telah diguna pakai. Ujian Kawalan juga diperjelaskan lagi melalui beberapa contoh kajian kes berkenaan dengan perselisihan perhubungan di antara pihak majikan dan juga pekerja.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 81
NURUL HAFIZA BINTI LABIN
BA18110659
Secara umumnya, kontrak pekerjaan menjadi indikator terpenting dalam pekerjaan. Hal ini disebabkan ianya jelas menunjukkan status ‘pekerja’ di bawah peruntukan akta pekerjaan misalnya Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah (Bab 67), sama ada tertakluk dalam kontrak perkhidmatan atau kontrak untuk perkhidmatan. Namun begitu, kadang kala sukar menentukan sama ada pekerja adalah di bawah kontrak perkhidmatan atau untuk perkhidmatan dalam sesetengah kes. Sehubungan dengan itu, ujian kawalan kontrak pekerjaan akan dilaksanakan bagi menentukan hubungan majikan dan pekerja. Ujian tersebut terdiri daripada ujian kawalan, ujian organisasi, ujian pelbagai, dan ujian komposit. Oleh itu, esei ini akan menjelaskan mengenai kepentingan Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah terhadap ujian kawalan kontrak pekerjaan.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 82
NURUL HIDAYU BINTI SAINUDDIN
BA18161034
Artikel untuk menjelaskan berkaitan dengan definisi pekerja dalam konteks Akta Pekerjaan, Ordinan Buruh Sabah, dan Ordinan Buruh Sarawak berdasarkan ujian-ujian yang terdapat dalam sebuah organisasi pekerjaan yang terdapat di Malaysia. Dalam tulisan ini juga akan menjelaskan berkaitan tentang isu-isu award dalam sesebuah organisasi untuk mengenal pasti permasalahan serta meningkatkan produktiviti pekerja dalam organisasi. Artikel ini juga menjelaskan berkaitan tentang cara untuk mengatasi masalah yang berlaku antara hubungan majikan dan pekerja.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 83
NURUL IZZAH BINTI MATNOR
BA18110636
Esei ini merangkumi pengenalan, isi dan kesimpulan yang mana keseluruhannya membincangkan mengenai kepentingan Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah dalam penentuan ujian kawalan hubungan pekerjaan. Esei ini turut menjelaskan latar belakang kedua undang-undang buruh yang telah menjadi fokus utama iaitu Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah. Seterusnya, esei ini turut menghuraikan kepentingan kedua-dua akta dalam ujian kawalan iaitu menjadi penentu kepada siapa pekerja dan mempunyai perkaitan dalam penamatan pekerjaan. Maka dengan itu, esei ini menjelaskan peruntukan-peruntukan yang terdapat dalam Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah untuk menjelaskan perkaitannya dengan ujian kawalan. Disamping itu, esei ini juga memasukkan beberapa contoh kes yang berhubungan dengan undang-undang buruh serta ujian kawalan dalam kontrak pekerjaan yang digunakan.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 84
NURUL NURFITRIANA SHAHIRA BINTI ABDUL
BA17110695
Esei ini bertujuan untuk menerangkan kepentingan Akta Kerja dan Ordinan Buruh Sabah terhadap Ujian Kawalan kontrak pekerjaan. Dalam esei ini memaparkan beberapa elemen tertentu yang perlu ada dalam esei ini, antaranya ialah Pengenalan, Isi, Penutup dan Rujukan. Dalam esei ini juga akan menjelaskan secara padat dan tepat mengenai Akta Kerja dan Ordinan Buruh Sabah serta perkaitannya dengan Ujian Kawalan kontrak pekerjaan. Tambahan lagi beberapa perkaitan antara soalan dengan kajian kes (Award Kes). Kontrak pekerjaan adalah perjanjian kerja bertulis yang mendokumenkan hak dan tanggungjawab bersama antara syarikat anda dan W-2 atau 1099 pekerja kontrak. Ia biasanya digunakan apabila membawa pekerja pengurusan peringkat tinggi, pekerja kontrak jangka pendek, atau freelancers. Sebagai dokumen yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak, kontrak pekerjaan boleh dikuatkuasakan di mahkamah undang-undang.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 85
PG MOHD ZULHAJIZIE BIN ABDUL KARIM
BA18110293
Kontrak pekerjaan banyak dipengaruhi daripada Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah yang berkaitan dengan hubungan antara majikan dan pekerja. Ini termasuklah perkara asas dalam kontrak pekerjaan dan berbagai ketentuan undang-undang. Undang-undang pekerjaan atau buruh mengatur hubungan antara majikan dan pekerja. Dalam konteks Malaysia terdapat beberapa undang-undang yang mengatur hubungan pekerjaan dan buruh. Walau bagaimanapun, dua perundangan terpenting yang mengatur kontrak pekerjaan individu di Malaysia adalah Akta Kerja, 1955 dan Akta Perhubungan Perusahaan, 1967. Selain dua undang-undang ini terdapat juga undang-undang lain yang mengatur hubungan antara majikan dan pekerja iaitu Ordinan Buruh Sabah dan Ordinan Buruh Sarawak. Oleh itu dapat dilihat Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah amat penting terhadap ujian kawalan dalam menentukan status perkhidmatan seseorang pekerja.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 86
RAMLAH BINTI MANDU
BA18110424
Tujuan penulisan ini adalah untuk menjelaskan kepentingan Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah (Sabah Cap. 67) terhadap ujian kawalan kontrak pekerjaan dengan mengemukakan satu kes yang berkaitan. Dalam konteks ini, terdapat beberapa kepentingan Akta Kerja dan Ordinan Buruh Sabah terhadap ujian kawalan yang dilaksanakan sebagai ujian penentuan perhubungan pekerjaan. Ujian ini dilaksanakan untuk menentukan kelayakan seorang individu tersebut sama ada ianya mempunyai kedudukan status sebagai pekerja atau sebaliknya dalam sesebuah organisasi. Terdapat empat ujian penentuan perhubungan pekerjaan seperti ujian kawalan, ujian organisasi, ujian pelbagai dan ujian komposit. Ujian-ujian ini penting dilaksanakan bagi melihat dan menentukan perhubungan pekerjaan pekerja dengan majikan mereka sekiranya timbulnya pertikaian melalui kontrak pekerjaan yang ditandatangani oleh seseorang individu dalam organisasi yang berkenaan. Oleh hal yang demikian, penulisan ini akan tertumpu kepada kepentingan perundangan pekerjaan iaitu Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah terhadap ujian kawalan kontrak pekerjaan.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 87
RASIDIH BIN RAHMAN
BA18110932
Dalam kes ini, pihak menuntut yang telah selesai ditemuduga kemudian secara langsung terus diarahkan untuk menjalankan latihan sambil bekerja selama dua hari selepas pihak menuntut tersebut selesai menjalankan sesi temuduga di syarikat pihak responden. Pihak responden juga telah bersetuju untuk mengeluarkan surat tawaran kepada pihak menuntut semasa dalam tempoh latihan sambil bekerja. Namun sebaliknya telah berlaku apabila pihak responden menerusi pegawai pengurusan sumber manusia mereka telah memberitahu kepada pihak menuntut bahawa beliau telah diberhentikan secara serta merta ekoran pekerja lama telah menarik semula perletakan jawatannya di syarikat tersebut, bukan itu sahaja alasan daripada pihak responden juga memberhentikan pihak menuntut adalah disebabkan oleh pihak menuntut yang telah menolak tawaran bekerja yang dibuat oleh pihak responden di syarikat yang dengan jawatan yang berbeza iaitu hanya sekadar “kerani” sedangkan jawatan yang telah ditawarkan kepada beliau di syarikat yang sebelumnya adalah sebagai “shipping assistant”. Akibat dari itu, pihak menuntut telah membuat laporan kepada polis tentang hal yang berlaku terhadapnya yang mana beliau telah menganggap pemberhentian terhadap dirinya itu adalah salah satu bentuk penganiayaan kerana pihak responden membuat pemberhentian secara konstruktif. Setelah siasatan telah dibuat, pihak mahkamah mendapati bahawa pihak responden bersalah dalam hal ini, kerana pihak mahkamah mengetahui bahawa berlaku pemberhentian secara konstruktif dalam situasi ini. Pada mulanya pihak responden tidak ingin mengaku yang mana pihak menuntut adalah pekerja mereka sedangkan setelah dipanggil ke mahkamah, pihak menuntut telah menyatakan bahawa pihak responden telah bersetuju untuk memberikan beliau gaji sebanyak RM1700.00 sebulan dan juga waktu kerja beliau telah ditetapkan bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 5.00 petang, bukan itu sahaja pihak responden juga berjanji untuk mengeluarkan dan memberikan surat tawaran kepada pihak menuntut. Jelas didapati bersalah apabila pihak responden telah menyatakan hal yang sama kepada pihak mahkamah setelah mereka dipanggil untuk sesi perbicaraan.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 88
ROSENIEBIYANA BATANG
BA18110453
Ujian kawalan yang juga dikenali sebagai ujian tradisional adalah merujuk kepada tahap kawalan majikan terhadap pekerjanya. Kawalan ini merujuk kepada pelaksanaan tugas, masa dan tempoh masa bekerja yang dilakukan oleh pekerja. Ujian ini digunapakai bagi mewujudkan satu kawalan majikan terhadap pekerja di bawah penyeliaannya. Semua perkara ini dilihat dan mengambil kira tentang cara bagaimana sesuatu kerja-kerja itu dilaksanakan oleh pekerja tersebut sama ada mengikat Prosedur Standard Kerja yang telah ditetapkan oleh majikan. Jadi, semakin rigid sesuatu pekerjaan itu maka semakin tinggi kesahan seseorang pekerja itu bekerja di bawah majikannya. sangat penting bagi pihak mahkamah untuk mengenalpasti kewujudan perhubungan antara majikan dan pekerjanya melalui ujian penentu kawalan. Dengan adanya ujian penentu kawalan ini majikan akan mudah untuk membuat keputusan sekiranya berlaku masalah seperti pemecatan dan sebagainya dalam sesebuah organisasi.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 89
SAIFUL ADLI BIN HARRIS
BA18161056
Esei ini merupakan pengenalan terhadap akta kerja 1955 dan juga akta yang diambil daripada ordinan buruh sabah yang mana kedua akta ini saling berkait dalam suatu pekerjaan tersebut. Dalam undang-undang pekerjaan akan mempunyai perbalahan diantara suatu pekerjaan tersebut dan undang-undang ini digubal untuk menegakkan hak kepada seseorang pekerja itu yang merasa dirinya ditindas oleh majikan. Selain itu dalam penggubalan undang-undang ini juga ada termaktub bahawa sekiranya pekerja tetap dan juga pekerja kontrak akan mendapatkan hak seperti seperti cuti rehat, cuti bekerja, dan juga daripada pembayaran gaji seseorang pekerja tersebut. Definisi pekerja mempunyai dua iaitu kontrak untuk perkhidmatan dan kontrak perkhidmatan. Ujian kawalan akan diberikan terhadap pekerja daripada majikannya yang mana ujian kawalan ini bermaksud daripada segi pembahagian dan perlaksanaan tugas, masa dan waktu bekerja dan sebagainya.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 90
SALMA BINTI SAPILIN
BA18110819
Kontrak pekerjaan didefinisikan sebagai perjanjian pekerja yang berbentuk dokumen bertulis mengenai syarat-syarat tawaran pekerjaan dari majikan kepada bakal pekerja. Hal ini turut merangkumi semua syarat hubungan kerja baru yang akan wujud antara kedua-dua pihak. Kebiasaannya, dokumen-dokumen ini memerlukan tandatangan dari pekerja dan wakil syarikat yang akan dia kerjakan. undang-undang pekerjaan seperti Akta Perusahaan 1967, Akta Kerja 1955, Ordinan Buruh Sabah dan Sarawak masing-masing mempunyai persamaan dalam mengangkat hak-hak pekerja yang bekerja sama ada di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Oleh itu, kegunaan akta-akta ini adalah sangat penting bagi membolehkan pekerja tidak sewenang-wenangnya dieksploitasi oleh pihak majikan.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 91
SITI AISHAH BINTI ABDUL MALIK
BA18110213
Semua negara mempunyai akta mahupun undang-undang yang berkaitan dengan pekerjaan. Kebanyakan negara Asia Tenggara juga iaitu seperti Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia pada dasarnya mempunyai takrifan serta keadaan undang-undang pekerjaan yang telah ditetapkan bagi negara tersebut. Meskipun undang-undang pekerjaan ini berbeza-beza mengikut negara namun, objektif utama undang-undang kerja ini adalah sama sahaja yakni melindungi para pekerja daripada dieksploitasi oleh pihak majikan yang tidak patuh kepada kontrak pekerjaan dan sebagainya. Justeru itu, kandungan esei ini akan membincangkan dua undang-undang bertulis khususnya di Malaysia iaitu Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah. Daripada perbincangan ini ianya akan memfokuskan kepada kepentingan kedua-dua Undang-Undang Pekerjaan ini terhadap ujian kawalan kontrak pekerjaan dan bagaimana kedua Undang-Undang Pekerjaan ini mampu melindungi pekerja di Malaysia.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 92
SITI HAJAR HAZIRAH BINTI SHAHARUDIN
BA18110091
Dalam hubungan antara pekerja dan majikan ini ada kalanya wujud perselisihan atau pertikaian di antara mereka. Pengurusan pertikaian antara majikan dan pekerja yang berkesan adalah sangat penting bagi memastikan kerja-kerja dapat diuruskan dan dilaksanakan dalam mencapai objektif sesebuah organisasi. Oleh yang demikian, terdapat beberapa undang-undang yang mengawal perhubungan antara majikan dan pekerja termasuk Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Selain itu juga, hubungan pekerja dengan majikan juga berlaku melalui forum kesatuan sekerja yang mewakili pekerja-pekerja. Kesatuan sekerja pekerja ini didaftarkan dan kawal selia di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959. Kewujudan kesatuan sekerja bagi mewakili pekerjapekerja menambahkan lagi keunikan perhubungan antara pekerja dan majikan. Pihak industri yang terdiri dari wakil-wakil majikan dan pihak pekerja yang diwakili oleh kesatuan sekerja juga telah bersepakat dan bersetuju untuk mengariskan amalanamalan perhubungan antara majikan serta pekerja dan ianya dinamakan Tatacara Keharmonian Perusahaan (Code of Conduct For Industrial Harmony). Tatacara ini antara lain memberi penekanan kepada perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh majikan dan pekerja sepanjang kontrak pekerjaan bermula dari pengambilan pekerja hinggalah seseorang pekerja hendak ditamatkan serta mengiktiraf hak-hak majikan dalam menjalankan perniagaan.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 93
SITI HIJRIANA SAMSUL
BA18110221
Penulisan esei ini berfokuskan kepada kepentingan yang didapati daripada Akta Kerja 1955 yang terpakai kepada pekerja di Semenanjung Malaysia dan Ordinan Buruh Sabah yang digunakan oleh pekerja di negeri sabah terhadap Ujian Kawalan Kontrak perkhidmatan. Kewujudan Akta dan Ordinan tersebut adalah bagi membantu perundangan bagi menyediakan satu rangka kerja terhadap undang-undang yang menyeluruh merangkumi perihal pembayaran gaji pekerja, hari rehat, cuti umum, penamatan kontrak kerja dan sebagainya. Terutama dalam Ujian kawalan yang disebut sebagai satu tahap kawalan majikan terhadap pekerjanya. Selain itu, kawalan ini merujuk kepada pelaksanaan tugas, masa dan tempoh masa bekerja. Ujian ini diguna pakai bagi mewujudkan satu kawalan selia terhadap pekerja seliaanya dan seterusnya perkara ini mengambil kira cara bagaimana suatu perjnajian dilaksanakan oleh pekerja-pekerja tersebut. Oleh itu, bergerak seiring dengan peruntukan-peruntukan yang terdapat dapat Akta Kerja 1955 serta Ordinan Buruh Sabah, penulisan esei ini akan menjelaskan beberapa kepentingannya terhadap ujian kawalan kontrak perkhidmatan terutama kepada pekerja dan kesan kepada majikan. Diharapkan ulasan dan contoh kes yang diberikan dapat menjawab persoalan berkenaan Akta Kerja 1995, Ordinan Buruh Sabah serta Ujian Kawalan Kontrak Perkhidmatan.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 94
SITI NUR ASILA ASWANI BINTI ASMUWI
BA18161125
Employees are human resources that use their abilities to gain money or benefits. In other words, employees may be described as people who are willing to perform tasks in order to offer services or products to their employers. The job is undertaken to satisfy the desires and needs of a single person. Job is also an active task that humans participate in.
Employees are also the largest capital that consists of the general community's growth for the greater good. The Employment Act, the Industrial Relations Act, and the Labor Ordinances of Sabah and Sarawak all provide definitions of "employee." As a result, work is split into two types: service contracts (Contracts of Service) and employment contracts (Contracts of Employment) (Contract for Service). An person who would have a job as an employee of a company is referred to as a contract of service. Meanwhile, when a contractor sells his work services to an agency that pays the employee's employer, this is known as a contract for employment.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 95
SITI NURAISYAH BINTI ASIS
BA18110909
Pekerja merupakan salah satu aspek yang penting dalam sesebuah organisasi kerana pekerja merupakan salah satu penggerak sesebuah organisasi selepas majikan. Dalam hal ini kumpulan penyelidik memilih definisi dalam Akta Pekerja 1955. Di mana semua pekerja ekesekutif dan bukan eksekutif dilindungi bawah satu akta yang sama. Selain itu Akta Kerja 1955 hanya diterima semenanjung Malaysia sahaja. Akta Kerja 1955 adalah akta yang memperuntukkan terma dan syarat minimum pekerjaan yang sememangnya keperluan bagi setiap pekerja sama ada bagi sektor pekerja swasta yang merupakan ahli kesatuan sekerja ataupun tidak mengikuti kesatuan sekerja. Akta ini di wujudkan untuk pekerja sebagai mengawal hal berkaitan upah, hari rehat, jam bekerja, kerja lebih masa hari kelepasan, cuti tahunan, cuti sakit, pengambilan pekerja wanita dan perlindungan bersalin.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 96
SITI NURCHAYA BINTI ABDULANI
BA18110285
Akta kerja dan ordinan buruh Sabah merupakan undang-undang dalam pekerjaan yang mengandungi peruntukan-peruntukan khas berkaitan pekerjaan. Akta dan Ordinan Buruh Sabah ini sangat memainkan peranan yang penting di dalam ujian kawalan kontrak pekerjaan. Dimana, akta dan ordinan buruh Sabah ini dapat membantu pihak mahkamah untuk menentukan status majikan dan pekerja dalam ujian kawalan kontrak pekerjaan. Selain itu, Akta kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah juga penting kepada ujian kawalan kontrak pekerjaan kerana dapat memastikan majikan mematuhi kontrak pekerjaan yang ditetapkan. Akta kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah ini juga penting terhadap ujian kawalan kontrak pekerjaan kerana dapat memastikan pekerja dapat bekerja dalam keadaan yang baik dan tidak berlaku sebarang penindasan terhadap pekerja oleh majikan. Dalam masa yang sama, akta kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah ini juga berfungsi untuk menjadi panduan kepada mahkamah dalam menentukan setiap remedi pampasan yang perlu diterima oleh setiap pekerja sekiranya mereka menerima atau mengalami penamatan kontrak perkhidmatan oleh majikan dan yang terakhir mahkamah boleh meneliti dan memutuskan setiap perselisihan di antara pekerja dan majikan berkaitan dengan upah atau sebarang pembayaran secara tunai. Akta dan ordinan buruh Sabah ini jelas sangat memberi pengaruh yang besar terhadap ujian kawalan kontrak pekerjaan yang dikendalikan oleh pihak mahkamah dengan adil dan saksama.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 97
SITI RAFEAH BINTI BAHARIN
BA18110512
Penulisan ini adalah untuk menerangkan perkaitan Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah terhadap ujian kawalan kontrak pekerjaan. Kontrak pekerjaan merupakan sebuah perjanjian diantara majikan dan pekerja sama ada secara bertulis atau secara lisan. Kontrak pekerjaan menunjukkan bahawa majikan bersedia mengambil pekerja untuk bekerja dan pekerja juga bersedia untuk bekerja dan berkhidmat kepada majikannya. Tambahan pula, penulisan ini adalah untuk menjelaskan ujian penentu hubungan antara pekerja dan majikan. Terdapat empat jenis ujian penentu iaitu ujian kawalan, ujian organisasi, ujian pelbagai dan ujian komposit. Ujian penentu merupakan prinsip yang digunakan untuk menentukan status seorang pekerja dan ianya diterima pakai dalam mahkamah bagi menentukan kelayakan seseorang itu sama ada mempunyai kedudukan status sebagai seorang pekerja atau sebaliknya. Selain itu, Akta Kerja dan Ordinan Buruh Sabah sangat penting dalam ujian kawalan kontrak pekerjaan bagi memastikan pekerja mendapat hak mereka.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 98
SITI SELIHAH BINTI AHMAD
BA18110945
Dalam kes antara Bata Shoe Co (Malaysia) Ltd lawan Lembaga KWSP (1964) MLJ 13, plaintif dalam kes tersebut melantik seorang pengurus untuk mengendalikan syarikat dan telah diberi kuasa untuk melantik pekerjanya. Semua terma dan syarat pekerjaan akan ditetapkan oleh pengurus itu sendiri. Persoalan dalam kes ini adalah sama ada wujudnya hubungan majikan dan pekerja antara plaintif iaitu Bata Shoe Co dengan pekerja-pekerja yang dilantik oleh pengurus itu. Oleh itu, mahkamah telah memutuskan bahawa tiada kewujudan hubungan antara majikan dan pekerja kerana syarikat Bata Shoe Co hanya mempunyai kawalan ke atas pengurus yang merupakan pekerja syarikat tersebut. Plaintif juga tidak mempunyai kawalan ke atas pekerja-pekerja yang telah dilantik oleh pengurus.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 100
SUZAN SAIB
BA18110204
Kajian ini adalah untuk menerangkan kepentingan Akta Kerja 1955 dengan Ordinan Buruh Sabah terhadap Ujian Kawalan kontrak pekerjaan. Takrifan Pekerja terhadap setiap konteks tersebut adalah berbeza-beza mengikut perspektif yang terkandung dalam akta dan juga ordinan yang telah digubal oleh kerajaan. Hal ini demikian kerana, kedua-duanya akta dan ordinan mempunyai peruntukan kandungan yang tersendiri dan sudah semestinya adalah berbeza dari segi faktor sesuatu kawasan. Oleh itu, kajian ini juga bertujuan bagi menjelaskan atau memberikan tumpuan terhadap kepentingan Akta Kerja dan Ordinan Buruh Sabah terhadap Ujian-Ujian penentuan hubungan antara majikan dan juga pekerja dalam sesebuah organisasi. Hal ini adalah untuk mengenal pasti kontrak pekerjaan seseorang pekerja itu dalam sesebuah organisasi di mana mereka mempunyai statut pekerja ataupun tiada dalam kontrak pekerjaan.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 101
TAI JHE ZACK
BA18110242
Dalam dunia pekerjaan pada masa kini, pertikaian mengenai sebarang perkara berkaitan dengan kerja adlaah tidak dinafikan akan sering berlaku di antara kedua-dua pihak pekerja dan juga pihak majikan. Hal ini turut boleh berlaku disebabkan oleh ketidakfahaman kedua-dua pihak majikan dan pekerja mengenai erti pekerja. Umum mengetahui bahawa pekerja adalah merupakan aset penting untuk mengerakkan sebarang kerja dan bagi membolehkan pihak majikan untuk beroleh keuntungan. Oleh hal yang sedemikian, sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa pekerja di dalam sesebuah organisasi adalah penting.Dalam menjaga kepentingan pekerja, jabatan kerajaan dan pihak badan berkanun perlu memainkan peranan penting dengan menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan pekerjaan. hal ini adalah supaya kebajikan pihak pekerja dapat dijaga.
Seterusnya, berbalik kepada undang-undang mengenai pekerja, Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah mempunyai kepentingan yang tersendiri dalam menjaga kebajikan pekerja. Selain daripada Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah yang dijadikan sebagai perundangan dalam melindungi dan mempertahankan pekerja daripada dieksploitasikan oleh majikan, Ujian Kawalan Kontrak Perkhidmatan turut penting dalam melindungi pekerja. Hal ini bermakna bahawa Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah mempunyai perkaitan dengan Ujian Kawalan Kontrak Pekerjaan. Oleh hal yang demikian, esei ini akan menerangkan dengan lebih jelas mengenai apakah kepentingan Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah terhadap Ujian Kawalan Kontrak Pekerjaan.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 102
VELLENNESS ALLORA GUMIGING
BA18110824
Ujian kawalan, atau lebih dikenali sebagai ujian tradisional, merujuk kepada tahap kawalan yang dimiliki oleh majikan terhadap pekerjanya. Kawalan di sini merujuk kepada pelaksanaan tugas, masa dan jangka masa kerja. Ujian ini digunakan untuk mewujudkan kawalan majikan terhadap pekerjanya yang diawasi. Semua ini mengambil kira cara pekerja bekerja mengikut prosedur kerja standard yang ditetapkan oleh majikan. Di mahkamah di mana mahkamah menyelesaikan pertikaian buruh, mahkamah mesti memperlakukan pekerja sebagai individu yang dikendalikan oleh majikannya untuk memahami apa jenis pekerjaan yang dilakukan oleh pekerjanya dan bagaimana mereka melaksanakan pekerjaan tersebut. Sekiranya majikan tidak dapat mengawal tanggungjawab individu secara langsung, individu tersebut dianggap bukan pekerja. Selain itu, akta kerja 1955 penting terhadap ujian kawalan kerana ia dapat digunakan dalam menentukan status seseorang pekerja dalam sesebuah organisasi terutamanya jika ada berlakunya kes dimana ia melibatkan penentuan sama ada seseorang pekerja itu adalah di bawah kontrak pekerjaan dengan majikannya manakala Ordinan Buruh Sabah pula penting kepada ujian kawalan kerana ia mampu menentukan identiti seseorang itu sama ada sesseorng itu pekerja berdasarkan kontak pekerjaan ataupu kontrak perkhidmatan.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 103
WILMAH BINTI MOHD SALLEH
BA18110845
Dalam kes pembuangan kerja serta merta Nita Azilah Binti Azmi lwn Labuan Shipyard & Engineering Sdn Bhd dibawah rujukan kes Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 mendapati penafian daripada pihak syarikat dan menyatakan bahawa yang menuntut telahpun dibuang kerja secara adil dan sah. Daripada kes ini, syarikat telah memanggil dua orang saksi dengan mengemukakan dokumen sebagai bukti yang sahih. Pihak Mahkamah memberikan masa selama sebulan untuk syarikat dan tertuduh menafikan hujah masing-masing. Dalam kes ini pihak syarikat telah gagal menyatakan hujah mereka dengan itu Mahkamah memutusakan tuntutan yang dibuat atas pembunagan kerja secara tidak sah, tanpa sebab dan tidak adil. Dalam kes ini jugam penuntut berjaya membuktikan bahawa pemberhentian yang dikenakan adalah tidak sah dengan bukti bukti jelas melaui email, dan SMS serta bukti daripada saksi yang hadir. Dalam konteks ini jelas menunjukkan sebarang perbicaraan, samada secara lisan atau bukan lisan perlu disimpan sebagai bahan bukti sekiranya berlaku penindasan pekerja oleh syarikat.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 104
YENNY YESSTIKA EDMUND
BA18160996
Penulisan esei ini bertujuan untuk menerangkan berkaitan dengan kepentingan Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah (OBS) terhadap ujian kawalan kontrak pekerjaan. Dimana di dalam pengenalan esei akan menrangkan berkaitan dengan definisi-definisi pekerja dan majikan, kontrak pekerjaan dan juga kontrak pekerjaan. Dimana undang-undang ini akan membantu melindungi seseorang yang berstatus pekerja. Seterusnya menerangkan Akta Kerja 1955 berkaitan peruntukkan hak-hak pekerja dan faedah-faedah minima yang diterima pekerja yang dilindungi dibawah Akta ini. Ordinan Buruh Sabah iaitu Akta ini adalah untuk mengawal selia standard minima terma dan syarat pekerjaan bagi pekerja. Di dalam esei ini juga menerangkan berkaitan ujian kawalan kontrak pekerjaan ini telah dijalankan untuk mengetahui status seseorang samada pekerja atau tidak untuk memastikan individu yang berstatus pekerja itu mendapatkakn hak-hak, faedah serta perlindungan yang diperuntukkan berdasarkan Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah dan seseorang yang berstatus kontraktor kerja tidak termasuk di dalam peruntukan tersebut. Kepentingan Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah terhadap Ujian Kawalan Kontrak Pekerjaan iaitu kepentingan undang-undang pekerjaan iaitu dimana ianya mewujudkan satu kontrak perkhidmatan atau pekerjaan. Dimana wujudnya hubungan pekerja dan majikan dan seseorang itu mempunyai status pekerja.
KEPENTINGAN AKTA KERJA DAN ORDINAN BURUH SABAH TERHADAP UJIAN KAWALAN KONTRAK PEKERJAAN
Ringkasan Esei 105
ZULIKAH BINTI LAJA BESAR
BA18110279
Penulisan ini bertujuan untuk menjelaskan tentang kepentingan yang terdapat dalam Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah terhadap ujian kawalan kontrak perkerjaan. Selain itu, dalam penulisan ini juga menerangkan tentang kandungan-kandungan yang terdapat dalam undang-undang seperti waktu jam bekerja, pembayaran upah kerja lebih masa dan faeda-faedah yang sepatutnya diperolehi oleh pekerja. Tambahan pula, dalam penulisan ini juga turut menerangkan definisi pekerja mengikut undang-undang yang difokuskan iaitu Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah. Secara keseluruhannya, penulis akan menjelaskan dengan lebih terperinci tentang kepentingan Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah terhadap ujian kawalan kontrak pekerjaan dengan merujuk beberapa kajian kes yang pernah berlaku di antara majikan dan pekerja.
Penulisan ini akan membincangkan berkenaan sebuah award di mana ianya melibatkan berkenaan isu pemindahan tempat kerja. Oleh itu, kami sebagai satu kumpulan bersetuju untuk melakukan penilaian contoh kes award ini dengan mengaitkannya terhadap undang undang ordinan buruh sabah (OBS). Hasil dapatan penilaian yang kami lakukan terhadap kajian kes award yang kami pilih ini adalah terdapat beberapa isu yang wujud sepanjang perbicaraan kes award ini seperti isu pemberhentian pekerja, isu pemindahan kerja dan juga isu perlanggaran hak prerogatif majikan. Semuanya bermula apabila organisasi tersebut mengambil keputusan untuk memindahkan pekerjanya iaitu pihak penuntut yang bekerja sebagai pemuzik di organisasi tersebut, perkara ini berlaku kerana faktor kekangan organisasi yang sukar untuk mendapat kunjungan para pelanggan mereka. Oleh itu pihak organisasi berpendapat utuk memberi tawaran memindahkan pekerjanya ke cawangan yang baru. Akan tetapi terdapat perselisihan faham secara halus antara pihak penuntut dan pihak organisasi, disebabkan perkara ini berlakulah isu perlanggaran hak prerogatif majikan, isu pemberhentian kerja serta isu pemindahan kerja. Walau bagaimanapun perkara ini dapat diselesaikan setelah kes ini dibawa ke perbicaraan mahkamah perusahaan di mana pihak majikan organisasi dan pihak penuntut telah mendapat keputusan berkenaan dengan penuntutan hak masing masing.
TOPIK 1- PENGAMBILAN DAN PENEMPATAN PEKERJA
KUMPULAN 4-B
Norain (BA18110218)
Siti Nuraisyah Binti Asis (BA18110909)
Mohd Samsul Bin Suhaimi (BA18110219)
Abstrak
Pengambilan adalah proses menarik minat seberapa ramai calon untuk memohon pekerjaan dalam organisasi (Flynn, 1994; Farnham & Stevens, 2000; Min & Kleiner, 2001; Scholarios et al., 2003; Fish & Macklin, 2004). Pengambilan pada hari ini semakin mencabar kerana terdapat ramai calon yang berkelayakan memohon sesuatu kekosongan jawatan. Pada kebiasaannya proses pengambilan bermula apabila seseorang pengurus mengisi borang khas untuk memohon pekerja. Ia adalah satu dokumen lengkap yang mengandungi nama jawatan, jabatan yang memohon, tarikh pekerja diperlukan dan pengesahan daripada pengurus besar syarikat. Berdasarkan maklumat tersebut, seseorang pengurus sumber manusia akan merujuk kepada diskripsi tugas untuk mengenal pasti kelayakan yang diperlukan bagi memenuhi keperluan pengambilan organisasi. Penempatan adalah proses penugasan atau pengisian jawatan atau pengisian jawatan atau penugasan semula pekerja ke tugas atau jawatan baru atau kedudukan yang berbeza. Tugasan ini boleh berupa penugasan pertama untuk pekerja yang baru direkrut, tetapi juga boleh dilakukan melalui kenaikan pangkat, pertukaran, dan penurunan pangkat dan bahkan pemberhentian kerja (Hariandja: 2002)
TOPIK 1- PENGAMBILAN DAN PENEMPATAN PEKERJA
KUMPULAN 5-C
Nur Haziyah Dahiyah Binti Haji Nordin (BA18170040)
Nur Zariq Sofia Binti Ruslee (BA18110185)
Suzan Saib (BA18110204)
Abstrak
Perbincangan ini berkaitan dengan diskriminasi gender dalam proses pengambilan pekerja.Oleh itu, kumpulan kami telah menilai satu contoh kes dengan mengaitkan dengan Akta Kerjaatau Ordinan Buruh Sabah serta turut mengaitkan dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan memandangkan kajian kes yang dipilih berlaku di sektor awam. Kami juga telah menilai kesan diskriminasi gender ini terhadap hubungan pekerjaan dalam sesebuah organisasi. Hasil perbincangan ini menunjukkan bahawa diskriminasi di tempat kerja bukan sahaja berkemungkinan berlaku semasa seorang pegawai itu sudah mula bekerja, tetapi mungkin juga dihadapi oleh calon-calon yang memohon untuk pekerjaan tertentu. Antara wanita dan lelaki,terdapat kemungkinan bahawa pengalaman untuk mendapatkan pekerjaan itu berbeza daripadasegi soalan yang ditanya semasa temuduga dan juga jangkaan terhadap calon atas dasar gender.Sekiranya terdapat perbezaan, ini adalah kerana pihak majikan mempunyai persepsi yangberbeza tentang kemahiran dan komitmen bakal pegawai berlandaskan kepada gender mereka.Fenomena ini jelas menunjukkan adanya kesan negatif terhadap pencari pekerjaan dan kepada pengurus yang mengambil pekerja sekaligus imej organisasi juga akan terjejas.Kesimpulannya, setiap pihak yang berkepentingan seharusnya mengambil pekerja secara adil tanpa adanya diskriminasi gender agar setiap pihak akan merasa organisasi tersebut mempunyai keadilan.
Kata kunci: Pengambilan pekerja, pekerjaan, dan majikan.
TOPIK 1- PENGAMBILAN DAN PENEMPATAN PEKERJA
KUMPULAN 6-A
Zulikah Binti Laja Besar (BA18110279)
Ifniatul Saimah Binti Imansah (BA18110624)
Stephanie Soon Jia Sin (BA18110184)
Abstrak
Di Malaysia bahawa hak untuk memindahkan pekerja adalah hak pengurusan yang jarang dilanggar oleh Mahkamah Perusahaan. Namun, ada faktor yang boleh mempengaruhi kemampuan majikan untuk memindahkan pekerja tanpa persetujuan, termasuk yang berikut. Sama ada pertukaran antara peranan atau jabatan yang berlainan di lokasi yang sama, atau dari satu cawangan atau lokasi ke lokasi yang lain, atau antara syarikat yang berlainan dalam Kumpulan yang sama. Pada tahun 2005, Petaling Garden Hotel Sdn Bhd ditubuhkan di dalam Petaling Garden Berhad Kumpulan Syarikat, dan dimiliki Hotel Sri Petaling Kuala Lumpur (HSPKL). Pada Februari 2009, Majikan dan Petaling Garden Hotel Sdn Bhd menjadi anak syarikat milik penuh PNB Commercial Sdn Bhd (PNBC). Pada 6 Disember 2010, Ketua Pegawai Eksekutif PNBC mengeluarkan surat pindah kepada pekerja, yang memaklumkan kepadanya mengenai pertukarannya mulai 13 Disember 2010 ke HSPKL dan pelantikan semula dari jawatan Pengurus Harta Wisma Nusantara kepada Penjualan dan Pengurus Harta di Menara Aik Hua. Setelah Majikan gagal menangani keluhannya dan berkeras untuk meneruskan pemindahan, pekerja mengeluarkan surat pada 16 Disember 2010 yang memperlakukan dirinya sebagai diberhentikan secara konstruktif.
TOPIK 1- PENGAMBILAN DAN PENEMPATAN PEKERJA
KUMPULAN 7-A
Mas Adira Syahira Binti Abdul Yassin (BA18161070)
Nur Atirah Binti Salleh (BA18161123)
Nur Zarina Binti Jakaria (BA18161047)
Abstrak
Pengambilan dan penempatan pekerja di tempat kerja ini adalah merupakan aspek yang amat penting dalam memastikan kemajuan sesebuah organisasi itu. Pihak pengurusan organisasi atau majikan mestilah memastikan pengambilan pekerja ini memenuhi aspek atau ciri-ciri yang dimahukan organisasi. Hal ini kerana, dengan pengambilan pekerja yang tidak menepati syarat yang diinginkan organisasi akan memberi kesan yang buruk terhadap prestasi organisasi.
TOPIK 1- PENGAMBILAN DAN PENEMPATAN PEKERJA
KUMPULAN 8-A
Mohd Azzilan Bin Akub (BA18110217)
Mohd Sahril Bin Sulaiman@Jasni (BA18116024)
Pg Mohd Zulhajizie Bin Abdul Karim (BA18110293)
Muhammad Nurhaizal Bin Abdul Gaai (BA18110658)
Abstrak
Pengambilan pekerja merupakan sesuatu proses kepada strategi organisasi dalam bersaing khususnya untuk mencapai matlamat organisasi tersebut. Manakala, Penempatan pekerja adalah proses penugasan pekerja baru ke jawatan dalam bidang kuasa di mana pekerja akan mempunyai peluang yang munasabah untuk berjaya. Tugasan ini akan mengaitkan kajian kes yang telah dibuat Hwok-Aun Lee dan Muhammed Abdul Khalid (2016) yang bertajuk “Discrimination of High Degrees: Race and Graduate Hiring in Malaysia”. Hasil dapatan kajian ini, dimana pengkaji mendapati bahawa terdapat empat bentuk diskriminasi pengambilan pekerja terhadap lepasan ijazah di Malaysia iaitu keserasian budaya dan kesamaan Bahasa, persepsi dan penilaian yang kurang baik, tindakan terhadap graduan, wujud dari perspektif majikan terhadap dasar awam dan peluang relatif. Manakala, bentuk diskriminasi dalam penempatan yang berlaku di Malaysia adalah diskriminasi antara pekerja asing dan pekerja tempatan dan berkaitan dengan pangkat pekerja wanita. Oleh itu, berdasarkan contoh-contoh kes yang berkaitan diskriminasi pengambilan dan penempatan pekerja tersebut menunjukkan bahawa ia telah memberi kesan kepada hubungan pekerjaan di Malaysia dan peranan undang-undang pekerjaan sangat penting terumatanya Akta Kerja 1955 dalam memberi perlindungan daripada diskriminasi proses pengambilan dan penempatan pekerja yang mana Akta ini dapat mewujudkan hubungan pekerjaan yang harmoni.
TOPIK 2 - PEMINDAHAN, PENEMPATAN SEMULA, DAN PERUBAHAN PEMILIKAN
KUMPULAN 1-B
Mohammad Hishamuddin Bin Abdul Rahim (BA18161041)
Nordin Bin Kudoput (BA18110166)
Siti Nur Asila Aswani Binti Asmuwi (BA18161125)
Abstrak
Akta kerja 1955 adalah merupakan undang-undang yang terpakai di semenanjung Malaysia sahaja. Akta kerja 1955 memperuntukkan terma dan syarat minimum pekerjaan yang standard bagi sector swasta, sama ada pekerja tersebut ahli kesatuan ataupun tidak. Dalam akta ini terkandung mengenai undang-undang pekerjaan yang menyeluruh berkaitan upah, hari rehat, jam bekerja, hari kelepasan, cuti tahunan, cuti sakit perlindungan bersalin dan lain-lain. Akta ini menggariskan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh majikan dan pekerja.
Manakala Ordinan Buruh Sabah adalah satu undang-undang yang digunakan oleh pihak kerajaan negeri Sabah untuk mengawal selia perkara yang melibatkan hal-hal perburuh di negeri tersebut. Ordinan Buruh Sabah ini hanya terpakai dalam negeri Sabah sahaja kerana ianya digubal untuk pekerja-pekerja yang bekerja di negeri Sabah sahaja. Mana-mana pekerja yang bekerja di negeri Sabah mestilah mengikuti undang-undang yang telah digunakan di negeri tersebut iaitu Ordinan Buruh Sabah kecuali rakyat Sabah yang telah bekerja di semenanjung mestilah mengikuti undang-undang yang telah digunakan di semenanjung seperti Akta Kerja 1955. Contoh kes yang digunakan adalah kes di antara Beatrice A/P At Fernandez menentang Sistem Penerbangan Malaysia & ORS.
TOPIK 2 - PEMINDAHAN, PENEMPATAN SEMULA, DAN PERUBAHAN PEMILIKAN
KUMPULAN 2-A
Ai Pell A/P Riam (BA18110398)
Bernadette Augustin (BA18110828
Catherine Duling Anak Britten@Dana (BA18110207)
Jessica Anak Ribun (BA18110469)
Abstrak
Dalam kuliah Topik 8 telah menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan Pemindahan, Penempatan Semula, dan Perubahan Pemilikan. Secara umumnya, berkaitan dengan Pemindahan ianya boleh berlaku dalam situasi seperti berikut iaitu: i)apabila seseorang pekerja dipindahkan dari satu kerja ke kerja yang lain, ii)apabila seseorang pekerja dipindahkan dari satu jabatan ke jabatan yang lain, iii)apabila seseorang pekerja dipindahkan dari satu syarikat kepada syarikat yang lain di dalam kumpulan syarikat yang sama, ataupun iv)apabila seseorang pekerja dipindahkan dari satu cawangan ke cawangan yang lain di lokasi yang berbeza.
Secara ringkasnya, pemindahan itu melibatkan pergerakan pekerja dalam organisasi itu sendiri. Manakala, penempatan semula akan berlaku apabila majikan berpindah ke lokasi yang lain. Dalam situasi pandemik Covid-19 masa kini, ianya telah melibatkan pekerja yang diberhentikan seketika ataupun “lay off”. Seterusnya, penukaran pemilikan merujuk kepada struktur kepemilikan yang berubah yang boleh menyebabkan berlakunya lebihan pekerja atau pertindihan pekerja. Ianya juga berkaitan dengan perubahan struktur sama ada bergabung, berpisah atau sebagainya.
TOPIK 2 - PEMINDAHAN, PENEMPATAN SEMULA, DAN PERUBAHAN PEMILIKAN
KUMPULAN 3-D
Intan Syahirah Binti Mohd Johari (Ba18110581)
Nurhafizah Binti Salleh (BA18110592)
Nurul Hidayu Binti Sainuddin (BA18161034)
Abstrak
Pemindahan, penempatan semula dan juga perubahan milikan merupakan suatu perlindungan kepada pekerja. Pemindahan, penempatan semula dan juga perubahan milikan ini merupakan perlindungan kepada pekerja jika berlakunya perubahan kedudukan seseorang pekerja. Pemindahan, penempatan semula dan juga perubahan milikan akan menyebabkan perubahan pekerja dalam dua keadaan iaitu, perubahan pekerja tetapi tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan dan perubahan pekerja tersebut menyebabkan kehilangan pekerjaan tetapi bersifat sementara. Dalam konteks perhubungan majikan dan pekerja, prerogatif bermaksud majikan mempunyai hak dan pengurusan terhadap pekerjanya. Majikan mempunyai hak untuk membuat keputusan dalam pelbagai perkara. Segala keputusan yang dibuat tidak boleh dicabar jika dilakukan dengan adil dan telah mematuhi undang-undang. Pekerja pula mempunyai hak dimana mereka bebas untuk menyertai kesatuan sekerja, menikmati kenaikan pangkat dan arahan perpindahan mengikut tatacara yang sepatutnya. Perubahan yang berlaku di tempat kerja merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan demi kelangsungan organisasi kesan perubahan persekitaran. Pihak majikan diberikan hak prerogatif untuk melakukan penstrukturan tersebut. Untuk itu, peruntukan perundangan adalah bagi memastikan bahawa apa yang dilakukan adalah memberi kebaikan kepada kedua belah pihak. Perkara ini dapat dilihat daripada kajian kes pembuangan kerja secara tidak adil terhadap Nazri bin Musa oleh Syarikat K-Langat Construction Sdn.Bhd pada 31.12.2018. kes ini telah dirujuk oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia pada 23/07.2019.
TOPIK 2 - PEMINDAHAN, PENEMPATAN SEMULA, DAN PERUBAHAN PEMILIKAN
KUMPULAN 4-C
Nazam Hadee Bin Mohd Zaini (BA18110586)
Norisyham Syed Putra Bin Arsad (BA18160006)
Mohd Syahrulnizam Shah Bin Mat Azlan (BA18161025)
Abstrak
Topik kuliah 8 telah membincangkan perkara mengenai Pemindahan, Penempatan Semula dan Perubahan Pemilikan. Ringkasnya, majikan mempunyai budi bicara yang luas untuk memindahkan pekerjanya, kecuali pemindahan itu bertentangan dengan syarat kontrak pekerja atau di mana ia digerakkan oleh motif yang tidak akan disetujui oleh mahkamah. Pembentangan pada kali ini adalah berkaitan dengan kajian kes guru di Sabah dan Sarawak mengenai isu penempatan semula pekerja dan pertukaran guru. Isu ini adalah dalam menentukan tahap kompetensi dan tanggungan tugas guru di sekolah di dua buah negeri berkenaan, iaitu negeri yang mempunyai isu sekolah kurang murid (SKM) yang banyak di kawasan pedalaman dan isu kualiti sekolah yang daif. Faktor utama penempatan semula adalah mengenai kepakaran dalam opsyen mata pelajaran dalam membangun kualiti pendidikan di Sabah dan Sarawak. Selain itu faktor keluarga, kesihatan dan memenuhi syarat penempatan semula menjadi pertimbangan dalam penempatan guru sekolah. Penempatan semula guru ini adalah untuk meningkatkan tahap pendidikan di negeri Sabah dan Sarawak, melihat kepada infrastruktur, kemudahan sumber pendidikan, faktor kepakaran, kebajikan guru dan lain-lain. Kajian kes ini menceritakan bahawa kekerapan penempatan guru ke Sabah dan Sarawak mula meningkatkan tahap pembelajaran di Sabah dan Sarawak. Rata-rata penempatan semula yang berlaku mendapat respon terbaik daripada guru dalam mempertingkatkan kualiti pembelajaran.
TOPIK 2 - PEMINDAHAN, PENEMPATAN SEMULA, DAN PERUBAHAN PEMILIKAN
KUMPULAN 5-A
Azizah Binti Bahman (BA18110287)
Siti Hajar Hazirah Binti Shaharudin (BA18110091)
Vellenness Allora Gumiging (BA18110824)
Abstrak
Majikan secara umumnya, difahamkan mempunyai hak pengurusan untuk memindahkan,menempatkan semula dan merubah pemilikan pekerjanya. Ketika hak prerogatif dilaksanakan,kebiasaannya adalah untuk alasan yang berkaitan dengan keberkesanan perniagaan. Pada waktu yang sama kadang kala dapat dilaksanakan sebagai bentuk hukuman tatatertib untuk salah laku. Punca hak ini tidak semestinya berasal dari kontrak kerana hak itu dapat diwujudkan dan ia merupakan hak tersirat yang jarang diganggu oleh mahkamah kecuali jika ada kontrak yang sebaliknya. Setelah itu, terdapat batasan bagaimana majikan dapat menggunakan hak untuk memindahkan pekerja dan sekatan tersebut telah dijelaskan oleh mahkamah seperti, tidak ada yang sebaliknya dari segi pekerjaan, pihak pengurusan telah bertindak baik dan itu adalah demi kepentingan perniagaannya, pengurusan tidak digerakkan oleh motif tidak langsung atau sebaliknya, pemindahan tidak dibuat untuk tujuan mengganggu atau mengorbankan pekerja dan pemindahan tidak melibatkan perubahan dalam syarat perkhidmatan.
Kata kunci: Pemilikan, pekerja, dan pindahan.
TOPIK 2 - PEMINDAHAN, PENEMPATAN SEMULA, DAN PERUBAHAN PEMILIKAN
KUMPULAN 6-B
Nur Aisyah Binti Kadir (BA18110368)
Effa Farahani Izzati Binti Abdul Razak (BA18161069)
Nur Al Adawiyah Binti Rahim (BA18161001)
Aznil Bin Jeral (BA18161052)
Abstrak
Terdapat beberapa isu pekerjaan yang boleh dialami oleh sesebuah organisasi seperti pemindahan, penempatan semula dan perubahan pemilikan. Pemindahan adalah bertujuan untuk melihat kebaikan pada syarikat dan untuk mengadaptasi terhadap perubahan, maka ia akan menghendaki pekerja untuk dipindahkan. Penempatan semula pula adalah keadaan di mana ia melibatkan pekerja yang telah diberhentikan sementara atau pekerja dikurangkan disebabkan oleh faktor ekonomi atau faktor persekitaran lain. Malah ia juga boleh berlaku apabila sesebuah organisasi mempunyai langkah untuk meletakkan pekerja dalam sektor yang sama sesuai dengan kemahiran pekerja. Penukaran pemilikan iaitu perubahan struktur sama ada bergabung atau berpisah. Hal ini memperjelaskan bahawa organisasi yang bersifat pemilikan tunggal boleh berubah kepada perkongsian. Namun, ia mampu membawa kesan buruk iaitu mewujudkan situasi redundansi. Redundansi berlaku apabila pekerja tidak lagi diperlukan untuk bekerja. Redundasi seperti ini dapat dilihat dalam situasi di mana kontrak pekerjaan boleh mengalami perubahan yang tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, apabila melakukan redundansi ini majikan bukan sahaja seharusnya memiliki alasan yang baik untuk melakukannya, tetapi undang-undang juga juga jelas menetapkan bahawa majikan diharuskan untuk melaksanakannya dengan adil. Sehubungan dengan itu bagi memahami konteks ini dengan lebih mendalam, terdapat satu kes yang boleh digunapakai iaitu kes antara Mohd Zakir Bin Yusoff dan Telarix (M) Sdn. Bhd.
TOPIK 2 - PEMINDAHAN, PENEMPATAN SEMULA, DAN PERUBAHAN PEMILIKAN
KUMPULAN 7-B
Nuraini Binti Hamid (Ba18161122)
Siti Selihah Binti Ahmad Hasral (Ba18110945)
Faranina Sharziane Binti Muhammad Jaafar (Ba18161122)
ABSTRAK
Kes syarikat Nestle Produk Sdn Bhd melawan Meera Hussain P.M Sharul Hamid adalah merupakan sebuah kes yang melibatkan pemindahan pekerja ke cawangan yang lain. Kes ini adalah permohonan untuk semakan kehakiman yang dimulakan oleh syarikat Nestle Produk Sdn Bhd mengenai pertikaian yang wujud antara pemohon dengan responden mengenai pemecatannya yang berkaitan dengan isu pemindahan. Sehubungan dengan itu, dalam Akta kerja 1955, bahagian penamatan kontrak perkhidmatan pekerja. Kontrak perkhidmatan pekerjaan boleh ditamatkan oleh pihak organisasi apabila pekerja tersebut telah melanggar atau tidak mengikuti kontrak perkhidmatan kerja yang dibuat oleh majikan dan memberi alasan yang tidak munasabah untuk tidak mengikuti syarat yang ditetapkan dalam organisasi tersebut. Justeru itu, memindahkan pekerja tanpa mematuhi dasar atau norma boleh menyebabkan hubungan industri merosot dan ia juga menyebabkan keharmonian pekerjaan mengalami konflik. Secara umumnya, Ia bukan sahaja memberi kesan kepada pekerja atau pihak majikan bahkan ia membabitkan produktiviti sesebuah organisasi sekiranya tidak dititikberatkan. Sehubungan dengan itu, pemindahan seseorang pekerja bukanlah sesuatu yang mudah dan perlu dilakukan tanpa merugikan pekerja dan tidak bersifat tidak adil.
TOPIK 2 - PEMINDAHAN, PENEMPATAN SEMULA, DAN PERUBAHAN PEMILIKAN
KUMPULAN 8-B
Nurreen Fassihah Binti Ahmed (BA18110152)
Norfazila Binti Jefri (BA18110132)
Aisyah Binti Mohd Yassin (BA18161012)
Mohd Faiq Bin Ahmad (BA18160986)
Abstrak
Secara umumnya, majikan mempunyai hak prerogatif untuk memindahkan, menempatkan semula dan perubahan pemilikan di tempat kerja. Sistem perhubungan perusahaan di negara ini beroperasi dalam rangka perundangan Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 dan Peraturan-Peraturan Perhubungan Perusahaan 1980 yang terpakai seluruh Malaysia. Menurut Hassan (2004), dalam konteks perhubungan majikan-pekerja, prerogatif bermaksud majikan mempunyai hak pengurusan ke atas pekerjanya. Majikan berhak untuk membuat keputusan dalam pelbagai perkara dan apabila keputusan telah dibuat, ia tidak boleh lagi dicabar jika ia telah dibuat secara adil dan mematuhi undang- undang. isu pemindahan, penempatan semula dan perubahan pemilikan berdasarkan award Nurul Zuwaibah Binti Ahmad melawan Panorama Langkawi Sdn Bhd ini, remedi yang diberikan oleh pihak mahkamah perusahaan merupakan jalan terbaik terutama kepada pihak menuntut kerana Responden bertindak telah sengaja untuk melanggar kontrak perkhidmatan pekerja sehingga mengheret ke arah pemecatan kerja secara konstruktif. akta-akta yang termaktub dalam Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kerja 1955 membantu pihak pekerja yang terpaksa berdepan dengan pemecatan konstruktif terutama dalam isu berkaitan pemindahan dan penempatan semula pekerja oleh pihak majikan.
TOPIK 3 - SALAHLAKU DAN TINDAKAN DISIPLIN
KUMPULAN 1-D
Siti Nurchaya binti Abdulani (BA18110285)
Nur Farah Hazwani binti Mohamad Saleh (BA18110746)
Najiha binti Nilo (BA18110452)
Yenny Yesstika Edmund (BA18160996)
Abstrak
Pekerja merupakan aset penting dalam sesebuah organisasi yang memainkan peranan penting dalam memastikan agar misi dan visi serta matlamat organisasi dapat dicapai. Namun terdapat sebahagian daripada pekerja melakukan salah laku yang memberikan kesan kepada prestasi kerja dalam organisasi. Di dalam Akta Perhubungan Perusahaan 1967, undang-undang tidak memberikan definisi yang khusus terhadap apa yang dimaksudkan sebagai Salahlaku (misconduct). Namun definisi salahlaku telah diteliti dengan mendalam oleh pelbagai kes-kes di Mahkamah Perusahaan. Secara lazimnya, salah laku pekerja bermaksud apa-apa perbuatan yang melanggar terma-terma tersurat atau tersirat (express or implied) sesuatu kontrak perkhidmatan secara khusus. Ianya juga boleh difahami sebagai suatu kelakuan atau perbuatan pekerja yang secara amnya dianggap sebagai merosakan reputasi atau kepentingan majikannya. Dalam pertimbangan keadaan keingkaran, adalah secara tersirat dalam kontrak perkhidmatan di mana seseorang pekerja akan mematuhi arahan-arahan akan tetapi ini tidak bermakna menurut secara membuta tanpa mempersoalkannya dalam semua keadaan. Kelewatan boleh menjadi isu di mana ianya jarang dilihat sebagai sebab yang wajar atau adil dalam pemberhentian seseorang pekerja. Ianya hanya wajar jika perkara itu berterusan atau selepas amaran telah diberi. Walau bagaimanapun, Akta Kerja tidak mentakrifkan makna salahlaku. Maka dengan itu sukar untuk dibuat satu prinsip yang khusus bagi menentukan sama ada seseorang pekerja itu telah melakukan salahlaku atau tidak. Setiap kes perlu diteliti faktanya (Khairul, 2014).
TOPIK 3 - SALAHLAKU DAN TINDAKAN DISIPLIN
KUMPULAN 2-D
Mariana Toressa Anak Mangoi (BA18110367)
Clarice Gamin (BA18161035)
Gillberth Bundan Anak Incham (BA18110540)
Abstrak
Salahlaku dan Tindakan Disiplin merupakan sesuatu yang berlaku melibatkan pekerja yang bermasalah. Menurut Ivancevich (2001), pekerja bermasalah boleh dikelaskan kepada empat kategori utama iaitu seorang pekerja yang kerjanya tidak memuaskan dari segi kualiti dan kuantiti kerana kurangnya latihan, motivasi dan keupayaan. Selain itu, pekerja yang mempunyai masalah peribadi menjejaskan produktiviti dan tumpuan kerjanya. Sebagai contoh, masalah keluarga, alkohol dan ketagihan dadah. Seterusnya, pekerja yang bermasalah juga merupakan seorang pekerja yang melanggar undang-undang di tempat kerja seperti mencuri harta syarikat dan cubaan menyerang pekerja lain seperti pergaduhan. Tindakan disiplin boleh diambil terhadap pekerja, namun begitu, hak pekerja untuk didengari sebelum dikenakan tindakan disiplin haruslah dilakukan terlebih dahulu. Oleh itu, siasatan dalaman merupakan tindakan awal yang perlu dilakukan oleh pihak atasan sesebuah organisasi sebelum melakukan sebarang tindakan terhadap pekerja. Siasatan dalaman ini bertujuan untuk memastikan tuduhan bagi sesuatu salah laku yang dilakukan oleh pekerja tersebut benar-benar dilakukan oleh pekerja ataupun majikan dengan bukti-bukti yang kukuh akan dapat dikenal pasti. Melalui siasatan dalaman yang adil ini, tindakan disiplin yang sesuai dapat ditetapkan terhadap pekerja atau majikan. Kajian kes yang telah dikaji adalah antara Ahmad Khalil Husairi Bin Abd Rahman dan dua orang perayu lain dan HICOM Automotive Manufacturers (Malaysia) Sdn. Bhd. (Kes No. 13/4-1236/2013) iaitu satu kes berkaitan salahlaku pekerja.
TOPIK 3 - SALAHLAKU DAN TINDAKAN DISIPLIN
KUMPULAN 3-C
Elda Evana Binti Waymi (BA18110654)
Farah Dania Binti Eric @ Imran Roshadi (BA18110455)
Mazni Binti Awang Maarof (BA17111119)
Nazhatul Aina Binti Tahang (BA18110426)
Abstrak
Salah laku pekerja bermaksud apa-apa perbuatan yang melanggar terma-terma tersurat atau tersirat (express or implied) sesuatu kontrak perkhidmatan secara khusus (Ariffin dan Ahmad, 2017). Dalam Akta Perhubungan Perusahaan 1967, undang-undang tidak memberikan definisi yang khusus terhadap apa yang dimaksudkan sebagai salahlaku (misconduct). Pelanggaran syarat-syarat perkhidmatan yang nyata seperti yang terkandung dalam Akta Pekerjaan juga memberi hak kepada majikan untuk mengambil tindakan untuk salah laku. Tindakan disiplin atau dibuang kerja tidak terkandung dalam mana-mana Akta, dimana bermaksud untuk memastikan hak ini, ianya harus dimasukkan ke dalam perjanjian kerja atau CBA di antara majikan dan kesatuan. Jika masalah yang dipersepsikan itu ringan, maka tindakan pengurus adalah ringan dan jika masalah yang dipersepsikan itu berat, maka tindakan pengurus adalah berat. Berdasarkan kes no: 11(12)/4-1162/16 salah laku berat perlu diambil tindakan yang sewajarnya, misalnya PYM didapati mengambil wang syarikat kemudian mengembalikan wang yang telah diambilnya tanpa kebenaran. Walaupun begitu ia tetap salah dan ia tidak mempengaruhi keputusan mahkamah untuk pembuangan oleh pihak syarikat.
TOPIK 3 - SALAHLAKU DAN TINDAKAN DISIPLIN
KUMPULAN 4-C
Farhan Bin Abdul Latip (BA18161063)
Mohd Aslam Bin Amla (BA18110554)
Siti Hijriana Binti Samsul (BA18110221)
Abstrak
Salah laku mengikut kamus Oxford Fajar Edisi Ketiga membawa maksud “kelakuan yang tidak sopan atau kelakuan buruk” atau “menguruskan sesuatu dengan tidak cekap”. Maksud yang kedua adalah diberikan khusus kepada salah laku yang berlaku dalam organisasi. Dalam organisasi tindakan salah laku oleh pekerja adalah dianggap suatu perkara yang serius dan perlulah di hukum sama ada dengan hukuman yang berat atau ringan, bergantung kepada jenis kesalahan yang dilakukan. Menurut Maimunah Aminuddin “Employee’s ingenuity in finding ways to break company rules and behave improperly...” adalah dikatakan telah melakukan suatu salah laku atau “misconduct”.
Setiap organisasi perlu membina prosedur dan asas disiplin yang dapat membantu pihak berkuasa yang berkaitan bagi mengambil tindakan disiplin dan menjaga hak-hak pekerja. Majikan boleh menentukan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan tindakan pekerja semasa waktu kerja tetapi tidak boleh melampaui Akta Pekerjaan 1955. Akta ini merupakan asas kepada mengekalkan kecekapan sistem disiplin dan digunakan bagi mengawal tindakan-tindakan pekerja mengikut peraturan-peraturan syarikat. Pada pembentangan kali ini, kumpulan saya telah memilih kajian kes antara Kesatuan Pekerja-Pekerja Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad dan Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (Case No: 26 (1)/1-1496/07) di mana ianya berkaitan kes award antara Rozilah binti Abdul Rashid (Pihak Yang Menuntut (PYM) dan Tenaga Nasional Berhad. Pemecatan terhadap PYM yang dilakukan oleh Tenaga Nasional Berhad.
TOPIK 3 - SALAHLAKU DAN TINDAKAN DISIPLIN
KUMPULAN 5-B
Mazianah Binti Mohiddin (BA18110140)
Norainah Binti Udin (BA18110874)
Norsyuhadah Binti Bajuri (BA18110147)
Abstrak
Pembentangan ini membincangkan tentang salah laku dan tindakan disiplin. Oleh yang demikian, kumpulan kami diminta untuk menilai satu contoh kes dengan mengaitkannya dengan peraturan salah laku dan tindakan disiplin di peringkat sektor awam dan kami juga diminta untuk membuat penilaian mengenai kesan terhadap hubungan pekerjaan. Hasil perbincangan yang dilakukan oleh kumpulan kami adalah menunjukan bahawa salah laku merupakan tingkah laku pekerja yang bertentangan dengan perlanggaran kewajipan sama ada nyata atau tersirat. Proses salah laku dan tindakan disiplin dalam sektor awam mempunyai perbezaan yang ketara dengan sektor swasta dari beberapa aspek seperti proses siasatan salah laku yang dilakukan oleh Lembaga Siasatan. Sehubungan dengan itu, salah laku yang dilakukan oleh pekerja akanmenyebabkan syarikat mula hilang kepercayaan kepada pekerja untuk melakukan sesuatupekerjaan. Hal ini kerana, pekerja tidak bermoral akan merosakan sesuaru profesyen pekerjaanyang boleh mempengaruhi psikologi pekerja terutama dari aspek emosi. Oleh yang demikian,semua pihak dalam organisasi perlu memainkan peranan penting untuk memastikan salah lakutidak dilakukan secara berterusan dan menekankan serta mengamalkan penggunaan peraturan-peraturan yang sedia ada dalam organisasi.
Kata kunci: Salah Laku, Tindakan Disiplin, Sektor Awam.
TOPIK 3 - SALAHLAKU DAN TINDAKAN DISIPLIN
KUMPULAN 6-C
Airna binti Muhamad (BA18110316)
Nur Izzati binti Mustapha (BA18110560)
Ramlah binti Mandu (BA18110424)
Abstrak
Seorang pekerja yang sengaja melanggar peraturan disiplin di tempat kerja adalah melakukan kesalahan dan ini disebut sebagai salah laku. Berdasarkan Pusat Sumber Etika (2005) mengenai terma salah laku dapat dijelaskan sebagai setiap tingkah laku yang melanggar undang-undang atau standard etika organisasi (Ermongkonchai, 2010). Dalam perundangan, istilah salah laku tidak diberikan takrifan yang spesifik dalam mana-mana akta yang berkaitan dengan undang-undang pekerjaan. Walau bagaimanapun, dibawah peruntukan Seksyen 14(1) berdasarkan Akta Kerja 1955 menyatakan seperti yang berikut "Majikan boleh, atas alasan salah laku yang menyalahi sebarang syarat pekerjaan sama ada syarat nyata atau syarat tersirat dalam perkhidmatannya,selepas siasatan dalaman: a) memecat pekerja tanpa tempoh notis; b) menurunkan pangkat pekerja; atau; c) menjatuhkan hukuman lain yang lebih rendah sebagaimana yang difikirkannya adil dan sesuai, dan jika hukuman penggantungan tanpa upah dikenakan, hukuman tersebut tidak boleh melebihi dua minggu. "Oleh itu, salah laku adalah persoalan yang objektif yang mesti diputuskan berdasarkan keseluruhan fakta kes. Antara contoh kes yang dapat dikaitkan dengan pemecatan salah laku adalah mengenai kes Rozilah binti Abdul Rashid dan Tenaga Nasional Berhad (No Kes 11(12)/4-1162/16).
TOPIK 3 - SALAHLAKU DAN TINDAKAN DISIPLIN
KUMPULAN 7-C
Mohd Hasmiron Rahimi bin Zainal (BA18110417)
Rasidih bin Rahman (BA18110932)
Muhammad Zulfikri bin Masri (BA18161105)
Abstrak
Kes salah laku dalam tempat kerja adalah isu yang agak kerap timbul dalam dimensi dunia pekerjaan dimana pekerja yang mempunyai prestasi yang buruk cenderung untuk melanggar undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan di tempat kerja. Walaupun wujudnya peraturan yang berfungsi sebagai garis panduan untuk membentuk disiplin diri, namun terdapat juga pekerja yang menunjukkan ketidakpatuhan terhadap peraturan tersebut dan kemudiannya menjadi sebuah kes salah laku di tempat kerja. Dalam pada itu, bagi membendung kes salah laku di tempat kerja wujudnya beberapa prosedur tindakan disiplin yang berfungsi sebagai sebuah medium bagi pekerja menyatakan hujah sebagai hak pekerja untuk didengari sebelum pihak yang menuduh membuat apa-apa bentuk keputusan yang mempengaruhi kedudukan pekerja tersebut. Sebagai contoh, siasatan dalaman boleh dilakukan ke atas pekerja yang mempunyai masalah disiplin sebagai sebuah proses tindakan. Dalam proses ini juga, pekerja berpeluang untuk membela diri dan menjawab pertuduhan yang dikenakan ke atasnya. Jika pekerja beranggapan bahawa hasil keputusan siasatan dalaman tersebut tidak berlaku adil, maka pekerja tersebut boleh membawa perkara tersebut ke mahkamah perusahaan untuk tindakan dan prosedur yang lebih lanjut. Dalam tugasan ini, kumpulan kami telah mengemukakan sebuah kes award yang berkaitan dengan salah laku dan tindakan disiplin yang berlaku di negeri Sabah dimana secara tidak langsung perundangan yang terpakai adalah Ordinan Buruh Sabah Bab 67, yang akan dikupas dengan lebih lanjut dalam bahagian seterusnya.
TOPIK 3 - SALAHLAKU DAN TINDAKAN DISIPLIN
KUMPULAN 8-C
Masturani Binti Laming (BA18110149)
Nurhanisah Binti Mohd Tang (BA18110478)
Nursyifa Syahira Binti Kamaruddin (BA18110205)
Abstrak
Akta Perhubungan Perusahaan 1967 tidak memberikan definisi yang khusus mengenai salah laku (misconduct) namun Seksyen 14 (1) Akta Kerja 1955 menyatakan bahawa majikan boleh atas alasan salah laku yang menyalahi sebarang syarat pekerjaan sama ada syarat nyata atau syarat tersirat dalam perkhidmatannya, selepas siasatan dalaman, memecat pekerja tanpa tempoh notis, menurunkan pangkat pekerja ataupun mengenakan hukuman yang lebih ringan yang sesuai dan berpatutan. Salah satu daripada prerogatif majikan ialah untuk mendisiplinkan pekerja. Bagi menguatkuasakannya, majikan boleh menggariskan beberapa peraturan, tatacara, garis panduan atau etika yang mesti dipatuhi oleh pekerja selain daripada yang diperuntukkan oleh undang-undang. Kes yang dipilih dalam topik ini merupakan kes antara Ramesh A/L Kannayah dan Toyochem Specialty Chemical Sdn Bhd tahun 2018 (No. 1518). Kes ini merupakan kes salah laku dimana Pihak Menuntut telah dibuang kerja akibat salah laku gangguan seksual terhadap salah seorang pekerja dalam Pihak Syarikat. Kewujudan undang-undang seperti Akta Perhubungan Perusahaan 1967, Akta Kerja 1955, Ordinan Buruh Sabah dan Sarawak serta mekanisme perhubungan seperti Badan Perundingan Bersama, Kesatuan Sekerja dan lain-lain dapat membantu perhubungan yang harmoni di antara majikan dan pekerja. Keputusan pemberhentian perkhidmatan yang menuntut oleh pihak syarikat dapat membuka mata semua pekerja untuk tidak melakukan kesalahan yang sama atau menimbulkan pertikaian kerana segala perkara akan disiasat dengan lebih teliti dan diadili dengan undang-undang yang telah ditetapkan.
TOPIK 4 - PEMECATAN SECARA TIDAK ADIL
KUMPULAN 1-C
Freddila Ika Binti Talam (BA18110307)
Salma Binti Sapilin (BA18110819)
Siti Aishah Binti Abdul Malik (BA18110213)
Abstrak
Menurut Duston Ayadurai (1996), pemecatan pekerja didefinisikan sebagai pemberhentian kerja yang dilakukan oleh majikan kepada pekerja. Terdapat dua jenis pemecatan asas iaitu pengurangan berkuatkuasa (RIF), yang disebut sebagai pemberhentian kerja atau pengurangan syarikat dan penamatan yang berkaitan dengan tingkah laku. Pada masa yang sama, pemecatan pekerja juga dianggap sebagai salah satu hak prerogatif pengurusan majikan yang diiktiraf undang-undang bagi menguruskan organisasi dan pekerja secara lebih teratur dan berkesan (Duston Ayadurai, 1996). Dalam hal ini, walaupun majikan mempunyai hak prerogatif dan boleh memberhentikan pekerja tanpa alasan apa pun di bawah doktrin pekerjaan, namun risiko undang-undang menjadikan pemecatan seperti itu menjadi sukar. Tambahan pula, terdapat beberapa negeri yang telah menggunakan dasar pekerjaan yang adil yang membatasi hak majikan untuk memecat pekerja sesuka hati tanpa alasan yang baik. Maka dengan itu, majikan perlu melaksanakan proses pemecatan ini mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh undang-undang iaitu mengadakan siasatan dalaman (SD) terlebih dahulu. Pelbagai undang-undang negeri dan persekutuan juga telah ditubuhkan bagi mengatur pemecatan pekerja. Undang-undang yang ditubuhkan ini jelas melarang majikan memberhentikan pekerja atas faktor umur, jantina, etnik dan sebagainya.
TOPIK 4 - PEMECATAN SECARA TIDAK ADIL
KUMPULAN 2-C
Kelwin Kelindos (BA18110064)
Kenddyn Nakolas (BA18110298
Mohd Amien Bin Ali BA1811031)
Abstrak
Isu pemecatan pekerja secara tidak adil bukanlah fenomena baharu yang melanda negara. Isu ini semakin meraih perhatian masyarakat apabila rekod tahunan pemecatan kerja melibatkan jumlah angka yang besar. Isu pemecatan kerja ini secara tidak langsung memberikan impak kepada kehidupan. Isu pemecatan kerja ini secara tidak langsung memberikan impak kepada kehidupan. Untuk menjamin keharmonian serta bagi mengurangkan pemecatan kerja secara tidak adil, kerajaan memperkenalkan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (selepas ini dirujuk sebagai APP 1967). Akta ini digubal untuk mempromosikan dan memelihara keharmonian perindustrian antara pekerja dan majikan. Akta ini dengan jelas menggariskan beberapa garis panduan dalam penyediaan kaedah penyelesaian antara majikan dan pekerja mengenai sebarang pertikaian perdagangan. Akta ini juga dilaksanakan dan diperkenalkan dengan Hasrat untuk melindungi kepentingan majikan dan pekerja di tempat kerja. Akta ini mengawal selia hubungan antara majikan dan pekerja dan menyelesaikan pertikaian perdagangan dengan mewujudkan mekanisme yang diperlukan. Sebagai contoh, Akta ini mempunyai garis panduan berkenaan prosedur untuk memohon remedi bagi kes pemecatan kerja secara tidak adil. Kajian kes yang telah dikaji adalah antara Mazlan Bin Md Nor dengan Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd (Kes NO. 6(5)/4-356/15) iaitu satu kes berkaitan pemecatan secara tidak adil. Di bawah seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan mengenai pemecatan kerja Mazlan Bin Md Nor (“Pihak Menuntut”) oleh Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (“Pihak Responden”) pada 13 Jun 2014. Kes ini telah dirujuk oleh YB Menteri Sumber Manusia pada 26 Mac 2015 dan diterima oleh Mahkamah Perusahaan pada 11 May 2015 untuk diadili.
TOPIK 4 - PEMECATAN SECARA TIDAK ADIL
KUMPULAN 3-B
Nurul Ashikin Binti Lasatu (BA18110231)
Nur Izzati Binti Amran (BA17161054)
Nurul Nurfitriana Shahira Binti Abdul Husen (BA17110695)
Abstrak
Marcapada kini, dunia pekerjaan telah berhadapan dengan pelbagai isu perburuhan. Antara isu yang timbul diantara majikan dan pekerja ialah pemecatan secara tidak adil. Pemecatan secara tidak adil ini meliputi banyak situasi dan tindakan pemecatan yang menyebabkan pekerja sukar untuk mengetahui punca dirinya dipecat. Tindakan pemecatan tidak adil ini dilihat bukanlah sesuatu perkara yang asing dikalangan pekerja di Malaysia pada masa kimi. Kita dapat melihat banyak kes berkaitan pemecatan tidak adil sedang berlaku didalam negara ini. Seperti yang diketahui umum, sekiranya majikan ingin memberhentikan pekerja, pihak majikan perlu mengenalpasti kesalahan yang telah dilakukan ataupun kekurangan yang terdapat didalam syarikat. Pemecatan yang dilakukan haruslah tidak melanggar undang-undang yang ditetapkan. Sehubungan dengan itu, topik pemecatan tidak adil ini akan dibincangkan dengan menggunakan kes yang telah berlangsung diantara Nazri bin musa iaitu selaku pihak yang menuntut dan K-Langat Construction Sdn. Bhd. iaitu selaku pihak responden. Isu didalam kes ini adalah pihak yang menuntut merasa dirinya diberhentikan kerja secara tidak adil kerana alasan yang diberikan oleh majikannya adalah tidak berasas. Majikannya selaku pihak responden menyatakan bahawa pihak yang menuntut diberhentikan kerja kerana kedudukan pihak yang menuntut didalam organisasi itu telah menjadi tenaga kerja yang berlebihan ataupun redundant. Pada mulanya, pihak menuntut telah diberikan notis tentang penamatan perkhidmatan atas alasan “Restructuring company” dengan penutupan jabatan kontrak.
TOPIK 4 - PEMECATAN SECARA TIDAK ADIL
KUMPULAN 4-D
Mohd Jamrie Bin Abd Marup (BA18160977)
Mohd Khairul Aqira (BA18110561)
Saiful Adli Bin Harris (BA18161056)
Wilmah Binti Mohd Salleh (BA18110845)
Abstrak
Penulisan esei kumpulan kami memfokuskan kepada topik 10 kuliah 11 iaitu berkaitan tentang Pemecatan Tidak Adil. Pemecatan yang tidak adil meliputi banyak keadaan dan tindakan pemecatan. Pada kebiasaannya ia sangat sukar bagi pekerja untuk mengetahui sama ada dia mempunyai kes terhadap bekas majikannya. Pemecatan yang tidak adil adalah penting apabila majikan memecat pekerja atas alasan seperti diskriminasi, Sebagai contoh, pelanggaran dasar awam, pemecatan itu akan menjadi balasan bagi pengecualian penyelewengan. Pemecatan pekerja merupakan salah satu hak prerogratif majikan yang diiktiraf Indang-undang bagi menguruskan organisasi dan pekerja secara lebih teratur dan berkesan (Dunston Ayadurai, 1996). Walaubagaimanapun, majikan perlu melaksanakan proses pemecatan ini menurut peraturan yang telah ditetapkan oleh undang-undang iaitu menagdakan siasatan dalaman terlebih dahulu. Peruntukan berkaitan dengan prosedur pemecatan terkandung di dalam seksyen 14 Akta Kerja 1955 (AK1955) dan seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (APP 1967). Peruntukan seksyen 20 APP 1967 membenarkan mana-mana pekerja yang menganggap dirinya telah dipecat tanpa alasan yang munasabah untuk membuat representasi bertulis kepada Menteri untuk mendapatkan semula pekerjaannya. Sementara peruntukan seksyen 14 AK 1955 pula memberi kuasa kepada majikan untuk memecat pekerja yang melakukan salah laku dengan syarat pemecatan tersebut dibuat atas alasan yang adil semata-mata dan suatu siasatan dalaman terhadap perbuatan salahlaku tersebut telahpun diadakan terlebih dahulu.
TOPIK 4 - PEMECATAN SECARA TIDAK ADIL
KUMPULAN 5-D
Nur Anis Athirah binti Azmi (BA18110074)
Nurul Azizah Husna binti Amin (BA18161027)
Nurul Izzah binti Matnor (BA18110636)
Nurul Hafiza binti Labin (BA18110659)
Abstrak
Pemecatan tidak adil merupakan isu yang wajar dititikberatkan dalam alam pekerjaan. Hal ini kerana isu pemecatan kerja secara tidak adil ini jelas menunjukkan majikan telah melanggari hak pekerja seperti mana yang tertakluk dalam kontrak pekerjaan. Maka dengan itu, dalam kajian ini pengkaji akan mengkaji sebuah kes pemecatan tidak adil melibatkan pihak plaintif iaitu Mat Gaffar Baba lawan Ketua Polis & Anor. Berdasarkan kes ini, Mat Gaffarmenganggap dirinya telah diberhentikan secara tidak adil kerana beliau dipecat keranadijatuhkan hukuman atas kesalahan pelanggaran hak dan tatatertib di bawah Perintah Am, tanpa diberi peluang untuk didengar dan menyoal balas saksi dan bukti-bukti. Setelah melalui perbicaraan, didapati bahawa prosiding pemcatan beliau berkenaan salah laku tatatertib adalah tidak sah dan Matt Gaffar telah dikembalikan jawatannya semula. Perkaitan kesdengan Perintah Am, setiap anggota kakitangan awam termasuklah polis tidak boleh diberhentikan kerja secara suka hati tanpa mengikut prosedur yang benar. Oleh itu, setiap pemberhentian kerja yang dilakukan kepada penjawat awam perlu merujuk kepada Perintah Am yang mana turut memperuntukkan konsep keadilan selari dengan Perkara 135(2) dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia berkenaan dengan “natural justice”. Apabila berlakunya kes pemecatan tidak adil ini, secara tidak langsung ianya mampu memberi impak kepadahubungan pekerjaan. Hal ini dikatakan demikian kerana, akan wujud konflik sehingga menyebabkan kesalahfahaman yang serius terhadap anggota yang dituduh, hubungan yang tegang antara pekerja dan majikan, dan lain-lain lagi. Oleh itu, sistem perundangan yang adil dan saksama penting untuk mewujudkan suasana harmoni dalam pekerjaan dengan menitikberatkan segala isu yang dibawa ke mahkamah dapat diselesaikan secara adil.
Kata kunci : Pemecatan tidak adil, Polis, Kerajaan, dan Perintah Am.
TOPIK 4 - PEMECATAN SECARA TIDAK ADIL
KUMPULAN 6-D
Normala Binti Abdul Rahman (BA18110441)
Dewiy Binti Zulkipli (BA18110530)
Afiqah Hazirah Binti Azman (BA18110090)
Abstrak
Peningkatan kepada isu pembuangan pekerja secara tidak adil semakin meningkat kini. Rekod tahunan pembuangan kerja di Malaysia telah menunjukkan jumlah angka yang besar. Menurut Mahkamah Perusahaan Malaysia, sepanjang tahun 2010 sehingga Jun 2018 sahaja telah mencatatkan sebanyak 1700 kes pembuangan kerja. Isu pembuangan kerja secara tidak adil ini akan memberikan kesan kepada kehidupan seharian pekerja terutamanya kos sara hidup pekerja tersebut akan terjejas kerana tidak mempunyai sumber pendapatan yang tetap. Namun pekerja yang dibuang kerja secara tidak adil akan diberikan kemudahan dari segi undang-undang untuk menerima remedi yang berpatutan dengan alasan yang munasabah (Siti Fazilah et al, 2019). Oleh itu, kerajaan telah memperkenalkan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (selepas dirujuk sebagai APP 1967). Tujuan akta ini digubal adalah untuk memelihara keharmonian industri antara pihak majikan dan pekerja atas isu-isu yang berlaku. Selain itu, akta ini juga dilaksanakan untuk melindungi kepentingan majikan dan pekerja di tempat kerja dengan cara mengawal selia hubungan antara majikan dan pekerja dan menyelesaikan pertikaian perdagangan. Akta ini juga disertakan dengan kaedah penyelesaian yang boleh dilaksanakan antara majikan dan pekerja mengenai sebarang pertikaian perdagangan yang berlaku. Pengembalian semula kerja merupakan remedi utama dalam isu pembuangan kerja secara tidak adil yang telah termaktub dalam APP 1967. Dalam APP 1967 seksyen 20 (1) menyatakan pekerja yang terlibat dalam kes pemecatan pekerja secara tidak adil, pekerja tersebut boleh menuntut pengembalian semula kerja di Jabatan Perhubungan Perusahaan. Contoh kes yang dapat dikaitkan dengan pemecatan secara tidak adil ini adalah kes Thilagavathy A/P Arunasalam dan Maxis Mobile Services Sdn. Bhd (NO. 29(7)/4-224/16).
TOPIK 4 - PEMECATAN SECARA TIDAK ADIL
KUMPULAN 7-D
Celine Vivien Chong (BA18110429)
Jemaida bin Muhamadia (BA18110619)
Mohd Safwan bin Biwari (BA18110611)
Siti Rafeah binti Baharin (BA18110512)
Abstrak
Pemecatan tidak adil dimana pekerja telah diberhentikan kerja tanpa sebab atau alasan yang munasabah. Pemecatan yang tidak adil membolehkan pekerja membuat tuntutan di Mahkamah Perusahaan. Bukan itu sahaja, dalam Akta Kerja 1955 juga menyentuh berkaitan penamatan kontrak perkhidmatan. Antara contoh kes dalam pemecatan tidak adil di sektor swasta ialah KES NO: 6(15)/4-483/20 ANTARA MOHAMMAD IRSHADUDDIN BIN MOHD KHIR DAN JSAE RESOURCES SDN.BHD. Kes ini telah dibicarakan di mahkamah perusahaan Kuala Lumpur. Dalam kes ini, Pihak Penuntut telah diberhentikan kerja serta merta secara lisan tanpa ada sebarang notis. Walaubagaimanapun, pemecatan tidak adil telah memberi kesan kepada hubungan pekerjaan. Pemecatan tidak adil telah memberi kesan yang berpanjangan kepada pekerja, contohnya dari segi emosi pekerja. Bukan itu sahaja, pemecatan tidak adil boleh menjejaskan keharmonian perusahaan.
TOPIK 4 - PEMECATAN SECARA TIDAK ADIL
KUMPULAN 8-A
Noribah Binti Tajim (BA18110135)
Norhayati Binti Dim (BA18110148)
Chong Ken Leong (BA18110433)
Abstrak
Pemecatan tidak adil ini meliputi banyak keadaan dan juga tindakan penamatan pekerjaan yang telah dibuat tanpa alasan yang baik mahupun bertentangan dengan undang-undang pekerjaan dalam sesebuah negara itu. Selain itu, dapat ditakrifkan pemecatan tidak adil ini adalah meliputi penamatan kontrak pekerjaan dimana majikan menamatkan kontrak perkhidmatan pekerjanya tanpa sebab yang munasabah. Dalam tugasan ini, isu pemecatan yang pernah berlaku adalah seorang ibu tunggal melaporkan kepada syarikat Grab apabila dia dipecat atau dibuang kerja dengan keadaan yang tidak adil dimana ibu tunggal ini bekerja sebagai pemandu Grab atau e-hailing. Pekerja yang telah ditamatkan perkhidmatannya oleh majikannya dengan tidak adil dan tanpa alasan yang munasabah, pekerja tersebut tidak seharusnya berdiam diri, dimana pekerja tersebut haruslah menuntut tuntutan pemecatan yang dilaksanakan terhadap dirinya. Para pekerja seperti yang tertakluk didalam undang-undang buruh, dan pekerja tersebut layak untuk mendapatkan pampasan daripada pihak organisasi kerana pemecatan yang tidak adil dilakukan terhadap dirinya. Tugasan ini telah mengaitkan kajian kes pemecatan tidak adil dalam kes award no:588 tahun 2020, no kes: 20/4-1529/19, dimana kes antara Megat Mumtazuddin bin Megat Radzuan dan juga Azam Hias (KL) Sdn. Bhd.
TUGASAN BERKUMPULAN (SEMESTER 5)
AH32503 UNDANG-UNDANG PERHUBUNGAN PERUSAHAAN
KUMPULAN A
Abstrak
Award Mahkamah Perusahaan merupakan suatu dokumen yang mengandungi pelbagai perkara berkaitan sesuatu kes yang telah selesai dibicarakan. Berdasarkan award tersebut, lakonan ini telah dilakukan dengan mengambilkira pendekatan kaedah ‘drama radio’ bagi menyesuaikan dengan keadaan semasa iaitu Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia. Award yang telah dipilih ialah berkaitan tentang kes pemecatan konstruktif bernombor 161 dan telah dikeluarkan pada tahun 2016. Kes ini melibatkan kes pemecatan konstruktif disebabkan oleh salahlaku yang Tertuduh atau Pihak Yang Menuntut (Lau Kok Poh) berdasarkan dua pertuduhan semasa melakukan kerja bagi Pihak Syarikat (Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad). Proses perbicaraan di Mahkamah telah mengemukakan lima orang saksi dan kes menyebelahi Pihak Syarikat. Sehubungan dengan itu, dapat dikatakan bahawa proses pembuktian telah dilakukan dengan merujuk prosedur yang sepatutnya iaitu rujukan oleh Menteri kepada Mahkamah Perusahaan. Akhir sekali, pihak Mahkamah mendapati tiada apa-apa pelanggaran terhadap syarat perkhidmatan yang dilakukan oleh Pihak Syarikat kepada Pihak Yang Menuntut dan tuntutan Pihak Yang Menuntut ditolak.
Kata Kunci: Mahkamah Perusahaan, Pemecatan Konstruktif
KUMPULAN B
Abstrak
Award mahkamah perusahaan merupakan suatu dokumen yang mengandungi pelbagai perkara yang berkaitan dengan kes yang telah selesai dibicarakan. Berdasarkan award tersebut lakonan ini telah dilakukan dengan mengambil pendekatan kaedah “drama radio” bagi menyesuaikan dengan keadaan semasa iaitu Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia. Award yang telah dipilih ialah berkaitan kes pembuangan pekerja iaitu award bernombor 2529 dan telah dikeluarkan pada tahun 2019. Kes ini melibatkan kes pembuangan pekerja disebabkan oleh salah laku yang serius kepada yang tertuduh dan dilakukan semasa tempoh berkhidmat. proses pembicaraan telah mengambil masa selama setahun dengan mengemukakan beberapa orang saksi dan kes menyebelahi pihak hospital. Sehubungan dengan itu, dapat dikatakan bahawa proses pembuktian telah dilakukan dengan prosedur yang sepatutnya iaitu melakukan rujukan oleh Menteri kepada mahkamah perusahaan.
Kata kunci: mahkamah perusahaan, pembuangan pekerja, pertikaian perusahaan
KUMPULAN C
Abstrak
Award Mahkamah Perusahaan merupakan suatu dokumen yang mengandungi pelbagai perkara berkaitan sesuatu kes yang telah selesai dibicarakan. Berdasarkan award tersebut, lakonan ini telah dilakukan dengan mengambil pendekatan kaedah ‘Drama Audio’ bagi menyesuaikan dengan keadaan semasa iaitu penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia. Award yang telah dipilih ialah berkaitan kes pemberhentian pekerja iaitu award bernombor 1034 dan telah dikeluarkan pada tahun 2017. Kes ini melibatkan penamatan perkhidmatan terhadap Pihak Menuntut kerana salah laku yang dilakukannya. Proses perbicaraan ini telah mengambil masa selama 3 tahun dengan mengemukakan 3 orang saksi dan kes menyebelahi pihak syarikat. Sehubungan dengan itu, dapat ditunjukkan dengan prosedur yang sepatutnya iaitu melakukan rujukan oleh Menteri kepada Mahkamah Perusahaan.
Kata Kunci: Penamatan perkhidmatan, salah laku, Mahkamah Perusahaan
KUMPULAN G
Abstrak
Artikel ini bertujuan untuk menerangkan dengan lebih lanjut tentang pertikaian kes di antara Sarimah Binti Abdullah dengan Sadira Enterprise. Kes ini bernombor 11(12)/4-1265/16. Selain itu, isu pertikaian ini telah dibicarakan di Pejabat Tenaga Kerja Kuala Terengganu. Disamping itu, tarikh perbicaraan kes ini pada 25 julai 2017 di hadapan Dato’ Mohd Dusuki bin Moktar. Beliau merupakan pengerusi pejabat tenaga kerja Terengganu. Tambahan lagi, Cik Sarimah Binti Abdullah hadir sendiri sebagai penuntut manakala Puan Wan Salmah binti Wan Muda pula mewakili syarikat Sadira Enterprise. Terdapat akta yang digunakan sebagai rujukan kes ini iaitu Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Ia merujuk kepada undang-undang di bawah seksyen 20 (3) mengenai pembuangan kerja Sarimah binti Abdullah ataupun penuntut oleh Sadira Enterprise ataupun pihak syarikat. Tindakan pihak syarikat ke atas pemberhentian kerja terhadap pihak menuntut dilakukan tanpa sebab atau alasan yang adil.
Kata Kunci: Award, Pertikaian Industri, Prosedur Pemberhentian Pekerja, Seksyen 20 APP 1967.
KUMPULAN H
Abstrak
Award Mahkamah Perusahaan merupakan suatu dokumen yang mengandungi pelbagai perkara yang berkaitan sesuatu kes yang telah selesai dibicarakan. Berdasarkan award tersebut, lakonan ini telah dilakukan dengan menggunakan pendekatan kaedah iaitu drama radio. Tujuan menggunakan kaedah ini untuk menyesuaikan dengan keadaan semasa iaitu penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia yang sedikit sebanyak telah menghadkan pergerakan masyarakat semasa ingin menjalankan kerja-kerja harian. Selain itu, award yang telah dipilih ialah berkaitan dengan kes salah laku di mana merokok di tempat terlarang iaitu award yang bernombor 496 dan telah dikeluarkan pada tahun 2015. Kes ini melibatkan kes pemberhentian terhadap dua orang tertuduh kerana merokok di tempat yang tidak dibenarkan merokok.
Proses perbicaraan telah mengambil masa selama setahun dengan mengemukakan beberapa orang saksi dan kes tersebut telah menyebelahi kepada pihak syarikat sewaktu siasatan dalaman dilaksanakan. Di samping itu, dapat dikatakan bahawa proses pembuktikan telah dilakukan dengan mengikut prosedur yang sepatutnya iaitu melakukan rujukan oleh Menteri kepada Mahkamah Perusahaan.
Kata kunci: Mahkamah Perusahaan, pemberhentian kerja, pertikaian perusahaan.
KUMPULAN I
Abstrak
Artikel ini bertujuan untuk membincangkan tentang pemecatan konstruktif dalam kes Puan Rozilah Binti Abdul Rashid dan Tenaga Nasional Berhad. Hal ini kerana Pihak Yang Penuntut tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah dilakukan ke atas pemecatan beliau. Dengan itu, dalam perbincangan award kes ini terdapat jalan penyelesaian yang telah dilaksanakan dan keputusan tersebut mendapati bahawa aduan Pihak Yang Menuntut telah ditolak oleh Mahkamah setelah mengambil kira keterangan yang dikemukakan dan mengambil kira dengan peruntukan Akta Kerja 1955.
Kata Kunci : Pemecatan Konstruktif, Award Kes, Akta Kerja.
KUMPULAN J
Abstrak
Award Mahkamah Perusahaan adalah merupakan suatu dokumen yang mengandungi pelbagai perkara berkaitan kes yang telah selesai dibicarakan. Award yang telah dipilih ialah berkaitan kes pemecatan pekerja dalam organisasi iaitu award bernombor 3081 dan telah dikeluarkan pada tahun 2018. Kes ini melibatkan kes pemecatan disebabkan prestasi pekerja yang tidak baik secara berterusan. Proses perbicaraan kes ini telah mengemukakan beberapa orang saksi. Proses pembuktian telah dilakukan dengan mengikut prosedur yang sepatutnya iaitu melalui rujukan Menteri kepada Mahkamah Perusahaan.
Kata Kunci : Mahkamah Perusahaan, Kes Pemecatan, Prestasi Pekerja, Proses Pembuktian
KUMPULAN K
Abstrak
Award mahkamah perusahaan merupakan suatu dokumen yang mengandungi pelbagai perkara berkaitan sesuatu kes yang telah selesai dibicarakan. Berdasarkan award tersebut, lakonan ini telah dilakukan dengan mengambil pendekatan kaedah 'drama radio' bagi menyesuaikan dengan keadaan semasa iaitu penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia. Award yang telah dipilih ialah berkaitan kes pemecatan konstruktif iaitu award bernombor 1391 dan telah dikeluarkan pada tahun 2018. Kes ini melibatkan kes pemecatan disebabkan salahlaku kecuaian yang tertuduh dan dilakukan di tempat pekerjaan semasa melakukan kerja bagi pihak syarikat. Proses perbicaraan telah mengambil masa selama tiga tahun dengan mengemukakan beberapa orang saksi dan kes menyebelahi pihak majikan. Sehubungan dengan itu, dapat dikatakan bahawa proses pembuktian telah dilakukan dengan prosedur yang sepatutnya iaitu melakukan rujukan oleh Menteri kepada Mahkamah Perusahaan.
Kata Kunci: Mahkamah Perusahaan, Pemecatan Konstruktif, Pertikaian Perusahaan
KUMPULAN L
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk membicarakan isu yang berkaitan mengenai pembuangan kerja yang mana isu berkaitan pembuangan kerja ini hangat diperkatakan. Pengkaji telah mengambil isu pembuangan kerja Harif bin Daud dan Keretapi Tanah Melayu Berhad. Pengkaji akan menjelaskan mengenai award mahkamah perusahaan dalam isu pembuangan kerja Harif bin Daud dan Keretapi Tanah Melayu Berhad. Sebagai Award pilihan yang diambil pengkaji, pengkaji akan menjelaskan serba sedikit bagaimana proses pemilihan kes ini. Dalam kajian ini juga, pengkaji menceritakan serba sedikit mengenai ringkasan kes pembuangan kerja. Dan seterusnya, pengkaji akan menjelaskan bagaimana proses penghakiman berlaku dalam kes ini.
Kata Kunci: Pembuangan kerja, Award Mahkamah Perusahaan, Proses Penghakiman
TUGASAN LAPORAN PEMBENTANGAN TUTORIAL (SEMESTER 5)
SOALAN 5: JELASKAN PROSEDUR PEMBERHENTIAN PEKERJA SEPERTI YANG TERKANDUNG DALAM SEKSYEN 20 AKTA PERHUBUNGAN PERUSAHAAN DENGAN MENGEMUKAKAN SATU KES YANG BERKAITAN.
KUMPULAN D2
FARAH DANIA BINTI ERIC @ IMRAN ROSHADI (BA18110455)
JESSICA ANAK RIBUN (BA18110469)
MOHD SAMSUL BIN SUHAIMI (BA18110219)
NORIBAH BINTI TAJIM (BA18110135)
NURUL HIDAYU BINTI SAINUDDIN (BA18161034)
ABSTRAK
Pemberhentian kerja adalah tindakan oleh seseorang majikan untuk memberhentikan kontrak perkhidmatan pekerja secara sepihak dan tanpa persetujuan pihak yang lainnya iaitu pekerja. Dalam kajian ini kami telah mengambil salah satu contoh kes pemberhentian kerja, iaitu berkenaan kes Encik Heizri bin Arifin bersama dengan Bank Rakyat. Berdasarkan kes tersebut, pihak yang menuntut telah diberhentikan dari pekerjaannya disebabkan kesalahan yang tidak munasabah. Menurut responden kesalahannya itu adalah kesalahan yang melanggar kod etika Bank Rakyat, manakala menurut hujah pihak yang menuntut, kesalahannya itu adalah sama sekali tidak ada kaitan dengan pekerjaannya kerana kesalahan yang telah dilakukan olehnya adalah diluar waktu bekerja iaitu pada hari cuti umum. Maka dengan rasa puas hati pihak yang menuntut telahpun menuntut kesnya untuk dibicarakan semula. Oleh itu dalam kajian ini, kami akan mengulastentang seksyen 20 akta Perhubungan Perusahaan 1967 berkenaan prosedur pemberhentian kerja dan cara penyelesaian masalah pekerja yang telah diberhentikan. Kajian ini turut membahaskan hak untuk melindungi pekerja yang telah diberhentikan untuk mendapat keadilan bagi diri pekerja yang teraniaya.
Kata kunci: Pemberhentian kerja, prosedur, pampasan dan pemulihan semula.
SOALAN 6: JELASKAN PROSEDUR YANG PERLU DIPATUHI BAGI MEMULAKAN PERUNDINGAN KOLEKTIF DENGAN MERUJUK KEPADA PERUNTUKAN DALAM SEKSYEN 13 1RA 1967.
KUMPULAN C(2)
MOHD ASLAM BIN AMLA (BA18110554)
FARHAN BIN ABD LATIP (BA18161063)
NURAINI BINTI HAMID (BA18161122)
CLARICE GAMIN (BA18161035)
ABSTRAK
Perundingan kolektif merupakan salah satu cara dalam menyelesaikan konflik atau masalah yang terjadi dalam dunia pekerjaan. Perundingan kolektif biasanya akan melibatkan pihak-pihak yang ada dalam organisasi antaranya adalah pekerja, majikan dan pihak kesatuan sekerja. Bagi memastikan tuntutan yang diminta oleh pekerja dapat di tunaikan pihak kesatuan sekerja akan menjadi wakil bagi pihak pekerja dalam membincangkan hal-hal yang dibangkitkan. Namun demikian, sebelum pihak kesatuan sekerja melakukan rundingan bersama pihak majikan, mereka perlu mematuhi prosedur-prosedur yang telah di tetapkan dengan cara merujuk kepada peruntukan dalam Seksyen 13 IRA 1967. Tujuan penulisan ini di tulis adalah bertujuan untuk melihat prosedurprosedur yang telah ditetapkan sebelum memulakan perundingan kolektif dan kesannya terhadap kejayaan proses perundingan kolektif. Hasilnya dapat dilihat bahawa pihak kesatuan sekerja sememangnya perlu mematuhi prosedur-prosedur yang telah ditetapkan bagi memastikan perundingan itu berjaya dan menjadi sah seterusnya mendatangkan kebaikan kepada pihak yang terlibat.
Kata kunci: Perundingan kolektif, pekerja, majikan, dan prosedur.
KUMPULAN I (1)
NORSYUHADAH BINTI BAJURI (BA18110147)
AI PELL A/P RIAM (BA18110398)
MOHAMMAD HISHAMUDDIN BIN ABDUL RAHIM ( BA18161041) NAZAM HADEE BIN MOHD ZAINI (BA18110586)
ABSTRAK
Tajuk penulisan kali ini ialah membincangkan tentang prosedur yang perlu dipatuhi bagi memulakan sesebuah perundingan kolektif dengan merujuk peruntukan dalam seksyen 13 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan menganalisis kesannya terhadap kejayaan proses perundingan kolektif. Oleh itu, bersedia untuk melakukan pengiktirafan Kesatuan Sekerja (Seksyen 13(1), mengadakan perbincangan cadangan untuk tawar-menawar dilaksanakan mengikut seksyen, 13(2), 2a,(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967, memberikan maklum balas kepada penerima, mengadakan perundingan, perbincangan bersama Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan Malaysia, dan perbincangan bersama Kementerian Sumber Manusia. Berikut merupakan prosedur perundingan kolektif yang telah disebut di dalam peruntukan Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Seterusnya, antara kesan terhadap kejayaan proses perundingan kolektif ialah mencegah dari berlakunya sebaran konflik antara majikan dengan pekerja, kecekapan dan kemahiran seseorang, produktiviti organisasi dapat disusun dengan baik, dan kerjasama pekerja dalam menyusun atur organisasi.
Kata kunci: Prosedur perundingan kolektif, Pekerja, Majikan, dan Kesan perundingan Kolektif
SOALAN 7: DENGAN MERUJUK ARTIKEL BETAJUK “UNION RECOGNITION ” OLEH ANANTARAMAN (2007), ANALISISKAN PROSEDUR BAGI MENDAPATKAN PENGIKTIRAFAN KESATUAN SEKERJA (SEKSYEN 9) DAN PERKAITAN DENGAN ISU YANG DINYATAKAN DALAM ARTIKEL TERSEBUT.
KUMPULAN D1
NUR IZZATI BINTI MUSTAPHA (BA18110560)
TAI JHE ZACK (BA18110242)
FREDDILLA IKA BINTI TALAM (BA18110307)
FRANCESCA USUN ROBIN (BA18161029)
ABSTRAK
Pengiktirafan kesatuan dibawah peruntukan seksyen 9, dalam Akta Perhubungan Perusahaan 1967 sebelum menjadi kesatuan yang mewakili pekerja dalam perundingan bersama majikan mengenai terma dan kondisi pekerjaa. Tujuan laporan ini adalah untuk menganalisis prosedur pengiktirafan kesatuan sekerja dibawah seksyen 9 dan membincangkan perkaitannya dengan isu-isu yang dinyatakan oleh Anantaraman (2007) merujuk kepada artikel Union Recognition. Hasilnya, terdapat beberapa isu yang timbul sebelum menjadi sebuah kesatuan yang dapat mewakili pekerja dalam perundingan bersama majikan, iaitu dari segi kelayakan, kecekapan dan keahlian yang juga merupakan asas kepada pengiktirafan kesatuan sekerja seperti yang dijelaskan oleh Anantaraman (2007) dan perkaitannya dengan Akta Perhubungan Perusahaan 1967, dibawah seksyen 9 di Malaysia mengenai prosedur pengiktirafan kesatuan.
Kata kunci: Kesatuan sekerja, pekerja, dan majikan.
SOALAN 8: MOGOK DIBENARKAN DI MALAYSIA TETAPI MUSTAHIL UNTUK DILAKUKAN. ANALISISKAN KENYATAAN TERSEBUT BERDASARKAN SEKATAN DAN PERUNDANGAN DALAM AKTA PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967.
KUMPULAN C1
NORMALA ABDUL RAHMAN BA18110441
PG MOHD ZULHAJIZIE BIN ABDUL KARIM BA18110293
MOHD AMIEN BIN ALI BA18110317
EFFA FARAHANIIZZATI BINTI ABDUL RAZAK BA18161069
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk menganalisis kenyataan “mogok dibenarkan di Malaysia tetapi mustahil untuk dilakukan” berdasarkan sekatan & perundangan dalam Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Pertikaian perusahaan dan tindakan indsutri yang berlaku adalah disebabkan beberapa konflik antara majikan dan pekerja seperti pengurusan organisasi, pembayaran upah, pengurusan cuti pekerja, dan banyak lagi. Konflik yang timbul ini akan menyebabkan mogok berlaku di dalam sesebuah organisasi. Oleh itu, kajian ini akan menjelaskan berkenaan prosedur untuk menjalankan mogok, larangan untuk mogok, hukuman bagi mogok, sekatan dan perundangan mogok dalam Akata Perhubungan Perusahaan 1967. Penjelasan ini akan menerangkan dengan jelas kenyataan mengapa mogok dibenarkan di Malaysia namun mustahil untuk dilakukan.
Kata kunci: Pertikaian industri, tindakan industri, mogok, sekatan dan perundangan
KUMPULAN L1
KENDDYN NAKOLAS (BA18110298)
MUHAMMAD ZULFIKRI BIN MASRI (BA18161105)
MARIANA TORESSA ANAK MANGOI (BA18110367)
NUR ZARINA BINTI JAKARIA ( BA18161047)
ABSTRAK
Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk menjelaskan mengenai sekatan dan perundangan mogok berdasarkan Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Dalam konteks ini, terdapat beberapa faktor mogok yang menjelaskan untuk mengetahui sebab berlakunya mogok di dalam sesebuah organisasi. Seterusnya, dalam kajian ini juga menjelaskan mengenai prosedur mogok yang termaktub dalam Akta Perhubungan Perusahaan 1967 Seksyen 43(1)(a) dan Seksyen 43(3). Oleh itu, hasil daripada kajian menjelaskan banyak larangan semasa mogok dan ini merupakan hal yang terkandung dalam prosedur mogok yang termaktub dalam Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959.
Kata kunci: Sekatan dan Perundangan, Mogok, Akta Perhubungan Perusahaan 1967.
SOALAN 7: DENGAN MERUJUK ARTIKEL BETAJUK “UNION RECOGNITION ” OLEH ANANTARAMAN (2007), ANALISISKAN PROSEDUR BAGI MENDAPATKAN PENGIKTIRAFAN KESATUAN SEKERJA (SEKSYEN 9) DAN PERKAITAN DENGAN ISU YANG DINYATAKAN DALAM ARTIKEL TERSEBUT.
KUMPULAN L2
BLAISE GAILLE ANAK BANJI ( BA18110395)
MOHD SAFWAN BIN BIWARI (BA18110611)
MARRYLINE SAUL ANAK ENGGONG (BA18110446)
STEPHANIE SOON JIA SIN (BA18110184)
FARANINA SHARZIANE ( BA18161030)
ABSTRAK
Berdasarkan artikel bertajuk “Union Recognition” oleh Anantaraman (2007), terdapat beberapa jenis prosedur bagi mendapatkan pengikhtirafan bagi kesatuan sekerja. Bentuk dan prosedur untuk mendapatkan pengikhtirafan tersebut juga berbeza mengikut situasi dan keadaan pekerja yang ingin mendapatkan status pengikhtirafan kesatuan sekerja itu sendiri. Di dalam artikel yang ditulis oleh Anantraman (2007) tersebut, terdapat beberapa kes yang dapat dijadikan rujukan untuk mengetahui perkara lebih lanjut tentang prosedur dan tatacara untuk mendapatkan pengikhtirafan kesatuan sekerja daripada majikan.
BAHAGIAN 2
TUGASAN BERKUMPULAN ( SEMESTER 3)
AH20203 UNDANG-UNDANG PERBURUHAN
AKTA KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA SENDIRI 2017
Aisyah Binti Mohd Yassin (BA18161012)
Noribah Binti Tajim (BA18110135)
Norhayati Binti Dim (BA18110148)
Nurul Azizah Husna Binti Amin (BA18161027)
Wilmah Binti Mohd Salleh (BA18110845)
Yenny Yesstika Edmund (BA18160996)
ABSTRAK
PERKESO bermula di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 sebagai sebuah jabatan Kerajaan pada 1 tahun 1971 di bawah Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat. Dalam pertubuhan ini, PERKESO telah diamanahkan untuk mentadbir dua skim keselamatan. Skim yang pertama iaitu, Skim Bencana Pekerjaan adalah untuk memberi perlindungan kepada pekerja sekiranya berlaku sebarang kejadian diluar jangka oleh pekerja sendiri seperti, ditimpa penyakit ataupun terlibat dengan kemalangan semasa perjalanan untuk pergi dan balik dari tempat kerja. Manakala, Skim Keilatan adalah merupakan perlindungan yang sentiasa dibeikan kepada pekerja selama 24 jam seperti kematian yang berpunca daripada apa-apa sebab. PERKESO memiliki beberapa objektif utama dalam penubuhan mereka terutamanya, untuk menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada semua golongan pekerja dan tanggungan mereka menerusi skim keselamatan sosial yang berasaskan konsep masyarakat penyayang dan selaras dengan Dasar Pembangunan Negara dan Wawasan 2020.
PERKESO sentiasa komited untuk memikul visi nasional mereka dan seterusnya menyampaikan perkhidmatan yang terbaik demi untuk mendukung konsep prihatan mendekatai rakyat. Tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan yang lebih proaktif akan banyak membantu kepada kumpulan-kumpulan yang memerlukan memperkemaskan sistem untuk penyampaian kepada semua agensi dan mengoptimumkan penggunaan sumber awam seterusnya mempergiat intervensi yang lebih bersepadu melalui kerjasama dan penyertaan semua pihak berkepentingan seperti, sektor awam, sektor swasta mahupun NGO. Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab tinggi dan berkepentingan seharusnya bersama-sama membina kesepaduan dalam masyarakat seperti yang diidamkan dan dihasratkan oleh pemimpin negara seperusya mendaji impian kedapa generasi kita masa hadapan.
Terdapat 3 teras prinsip yang diamalkan oleh PERKESO dalam melaksanakan tanggungjawab mereka pertama, Solidarity Fund. Pada awalnya caruman yang dibayar kepada pihak PERKESO adalah caruman kepada solidarity fund. Jumlah gaji yang diterima oleh pekerja pada bulan tertentu adalah hasil daripada penentuan jumlah caruman bulanan. Melalui caruman ini, semua pekerja yang mencarum adalah berkongsi risiko yang salam antara satu sama lain tanpa mengira jenis risiko mereka hadapi walaupun berbeza mengikut industri. Berkongsi risiko dalam konteks ini bermaksud, semua pencarum adalah rela hati untuk membenarkan pihak PERKESO menggunakan wang yang terdapat dalam “solidarity fund” untuk membayar faedah kepada pekerja lain yang ditimpa kemalangan seperti hilang upaya atau keilatan. Seterusnya, wang “solidarity fund” juga digunakan sebagai pencen kepada orang tanggungan sekiranya mereka telah meninggal dunia.
Prinsip yang kedua, Replacement of Income. Penentuan jumlah faedah adalah digunapakai dalam prinsip ini. jumlah caruman adalah berbeza bagi setiap pekerjaa mengikut jumlah hasil gaji pekerja. Pendekatan konsep ini adalah untuk memberi kejelaskan kepada pekerja untuk memahami bahawa apabila mereka tidak berupaya untuk bekerja lagi, atau keilatan mahupun kematian, pendapatan keluarga mereka tidak akan terjejasdan wang yang diberikan adalah menghampiri pendapatan nilai yang sebenar. Sekiranya, berlaku sebarang bencana kepada pekerja, pihak tanggungan akan menerima wang pencen bulanan tersebut.
Prinsip yang ketiga, kesaksamaan. Akta peraturan ada menyelaskan mengenai kesaksamaan yang perlu siterima oleh pekerja. Melalui konsep kesaksamaan pencegahan terhadap berlakunya kemalangan “kemalangan sifar” membantu pekerja untuk sentiasa berjaga-jaga dengan keselamatan dan nyawa mereka. Pengamalan budaya hidup yang sihat perku dilaksanakan agar selaras dengan definisi keselamatan sosial pekerja iaitu mengekalkan pekerja untuk tetap berada di alam pekerjaan sehingga tamat tempoh persaraannya. Jika keselamatan pekerja terjaga pendapatan sebenar pekerja akan bertambah dan lebih setara dengan model baharu ekonomi iaitu, rakyat berpendapatan tinggi. Bagi pekerja yang mempunyai motivasi dan nilai yang tinggi untuk bekerja semulakonsep ini banyak memberikan peluang kepada mereka seterusnya konsep ini banyak membantu untuk pemulihan semula kepada pekerja yang hilang upaya atau keilatan. Seterusnya, pembayaran faedah kepada pekerja atau orang tanggungan yang layak perlu melihat kepada Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971 bertujuan untuk memberikan kesaksamaan kepada pekerja yang menyumbang caruman mereka di dalam “solidarity fund”
Objektif PERKESO memiliki 5 tujuan utama yang terkandung dalam Sistem Insurans Pekerjaan pertama, Penyediaan Insurans Pekerjaan dengan memproses dan membuat permohonan faedah kemudian meyediakan bantuan kewangan segera kepada pencarum yang telah hilang pekerjaan. Kedua, membantu pencarum yang telah kehilangan pekerjaan untuk mendapat pekerjaan baru agar tidak menggangur dalam kadar yang lama melalui Program Penempatan Semula Pekerjaan melalui Penyedian Perkhidmatan Pekerjaan. Ketiga, berfungsi sebagai broker pekerjaan dengan memadankan pencarian kerja jawatan kosong berdasarkan kemahiran dan potensi seseorang individu. Keempat, latihan yang bersesuaian dengan keperluan pekerjaan diberikan untuk meningkatkan kemahiran pekerjaan seterusnya merapatkan jurang yang ada. Kelima, penyedian malumat pasaran buruh (LMI) yang bertujuan untuk mengumpul dan menganalisis data pasaran buruh yang bertujuan untuk pembangunan dasar.
Antara salah satu daripada akta yang terkandung dalam Undang-undang Malaysia ialah, Akta Keselmatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789) akta ini berkuat kuasa pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan akta ini juga turut terpakai kepada mana-mana warganegara atau permastautin tetap Malaysia samaada menjalankan sesuatu aktiviti pekerjaan sendiri seperti yang termaktub dalam jadual pertama. Akta ini mengandungi 11 seperti, permulaan, pentadbiran skim keselamatan sosial pekerjaan sendiri, jawatan kuasa, pelaksanaa, pendaftaran san caruman, faedah, penentuan, semakan semula dan rayuan, peruntukan kewangan, tribunal keselamatan sosial, penguatkuasaan dan penyiasatan, kesalahan dan penalty, terakhir am.
Sebagai permulaan skim in diwajibkan keatas pemandu teksi, e-hailing (perkhidmatan penangkutan penumpang) dan pemandu bas dibawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789) yang berkuat kuasa mulai 1 jun 2017. PERKESO telah diamanakan untuk melaksanakan serta menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan peraturan-peraturan (Am) Sosial Pekerja 1971, Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789) dan akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800).
AKTA ANTIPEMERDAGANGAN DAN ANTI PENYELUNDUPAN MIGRAN (ANTIPSOM) OLEH JABATAN PERKHIDMATAN KEBAJIKAN AM SABAH
Chong Ken Leong (BA18110433
Masturani Binti Laming (BA18110149)
Mohd Faiq Bin Ahmad (BA18160986)
Nurhanisah Binti Mohd Tang (BA18110478)
Norfazila Binti Jefri (BA18110132)
Nursyifa Syahira Binti Kamaruddin (BA18110205)
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah ditubuhkan pada bulan April 1946. Jabatan ini adalah sebuah agensi perkhidmatan awam yang menyediakan perkhidmatan kebajikan dan pembangunan masyarakat kepada individu, keluarga, kelompok, komuniti. Perkhidmatan yang diberikan adalah untuk menangani masalah sosial yang bagi mewujudkan masyarakat yang sejahtera. Sepanjang 72 tahun penubuhan, JKM telah mengalami evolusi atau perubahan dalam memenuhi peranannya di dalam pembangunan negara. Bermula dengan sebuah Jabatan yang kecil yang dibangunkan dan terus aktif dalam penglibatan menangani pelbagai masalah yang timbul akibat Perang Dunia Kedua dan buruh paksa keretapi Thailand-Burma, peranan dan fungsi Jabatan ini telah berkembang kepada perkhidmatan pencegahan dan pemulihan dalam isu-isu sosial serta pembangunan masyarakat dan selaras dengan keperluan semasa kumpulan sasar. Menjelang kemerdekaan pada tahun 1957, hasil daripada Reid Commission Report 1957, perkhidmatan kebajikan telah disenaraikan di bawah Senarai Bersama, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan berdasar kepada saranan Reid Comission.
Sebagai salah satu agensi kerajaan yang memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial, ia telah ditempatkan di bawah beberapa kementerian, iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaya (1946-1951), Jabatan Perusahaan dan Pehubungan Sosial (1952-1955), Jabatan Kesihatan dan Kebajikan Sosial (1956-1957), Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Sosial (1957-1958), Kementerian Buruh dan Kebajikan Masyarakat (1958 1959), Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat (1960-1962), Kementerian Buruh dan Kebajikan Masyarakat (1963-1964), Kementerian Kebajikan Am (1964-1982), Kementerian Kebajikan Masyarakat Malaysia (1982-1990), Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat (1990-2004) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (2004- kini).
Jabatan Kebajikan juga telah menjangkaui tujuh dekad semenjak penubuhannya dan pelbagai transformasi dan perubahan yang telah dicapai dari tahun 1946 sehingga kini. Bermula pada tahun 1946-1956, penubuhan JKM hanya memfokuskan kepada isu-isu kesihatan, perusahaan dan perhubungan sosial dan pada dekad kedua pula iaitu pada tahun 1957-1967, menyaksikan tumpuan diberikan kepada aspek kebajikan am, kesihatan dan buruh. Setelah itu sekitar tahun 1968-1978, dekad ini kerajaan memberi tumpuan penuh kepada perkhidmatan kebajikan kerana JKM dinaiktaraf sebagai Kementerian Kebajikan Am. Selain itu tumpuan Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak lagi menjurus kepada isu kesihatan tetapi lebih terfokus kepada kebajikan am dan buruh. Pada dekad keempat iaitu pada tahun 1979-1989, Kementerian Kebajikan Am dinaiktaraf kepada Kementerian Kebajikan Masyarakat. Dalam hal ini, menyaksikan evolusi perkhidmatan berasaskan komuniti dengan wujudnya Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Batu Rakit pada tahun 1983. Namun demikian, JKM kembali menjadi sebuah Jabatan yang diletakkan di bawah payung perpaduan negara dan pembangunan masyarakat pada tahun 1990-2000. Dasar Kebajikan Masyarakat Negara diperkenalkan pada tahun 1990 dengan tumpuan kepada falsafah “Kebajikan Tanggungjawab Bersama”. Pada tahun 2001-2010, pelaksanaan MS ISO 9002:1994 dan MS ISO 9001:2000 dan penubuhan Jabatan Pembangunan OKU. Program Perintah Khidmat Masyarakat diwujudkan pada 2 Februari 2007. Selain itu, cabinet juga telah meluluskan penggubalan dan pelaksanaan Piawaian Kompetensi Kerja Sosial dan RUU pekerja sosial pada 2010. Oleh itu, JKM telah diletakkan sebagai Jabatan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Dekad ketujuh iaitu pada tahun 2011 sehingga kini, Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016 diluluskan di Parlimen. Akta ini memberi penekanan kepada hak kanak-kanak dengan lebih komprehensif. Selain itu, pengiktirafan OKU dalam perlembagaan melalui pewujudan AOKU 2008 dengan pelbagai inisiatif menjadi titik utama kepada kemunculannya wira-wira negara yang luar biasa yang telah memenangi Pingat Emas Paralimpik RIO 2016.
Selain itu, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah telah ditubuhkan pada tahun 1967. Penubuhan ini adalah hasil daripada satu laporan yang dikenali dengan nama Laporan Suruhanjaya Antara Kerajaan (Inter Governmental Committee) yang antara lain memperuntukkan pembahagian tanggungjawab di antara Kerajaan-Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Jabatan yang ditubuhkan atas dasar ‘concurrent list’ yang mana Pengarahnya bertanggungjawab kepada Kementerian Pembangunan Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah dan juga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan.
ORDINAN BURUH SABAH (SABAH BAB 67) : JABATAN TENAGA KERJA (JTK) SABAH
Afiqah Hazirah Binti Azman (BA18110090)
Dewiy Binti Zulkipli (BA18110530)
Normala Binti Abdul Rahman (BA18110441)
Nur Aisyah Binti Kadir (BA18110368)
Nur Izzati Binti Mustapha (BA18110560)
Ramlah Binti Mandu (BA18110424)
ABSTRAK
Di Malaysia, semua pekerja tempatan mahupun pekerja asing yang bekerja di Malaysia melalui kontrak kerja yang sah antara pekerja dengan Malaysia terikat dengan ketentuan dalam Akta Perkerjaan 1955 bagi kawasan Semenanjung Malaysia, manakala di Sabah ialah Ordinan Buruh Sabah dan di Sarawak ialah Ordinan Buruh Sarawak. Perjanjian antara pekerja dan majikan melalui agen berkaitan dengan masa kerja, upah, serta hak dan kewajiban pekerja dan majikan, negara Malaysia berupa perjanjian government to government yang selama ini lebih berpihak kepada majikan (Dedi Pahroji & Holyness N Singadimedja, 2012). Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah sering mengendalikan kes-kes yang berkaitan dengan Ordinan Buruh Sabah (Bab 67). Kes buruh yang sering dikendalikan oleh Ibu Pejabat Jabatan Tenaga Kerja Sabah terbahagi kepada dua jenis iaitu aduan dan tuntutan. JTK Sabah sering menerima aduan daripada pekerja sama ada pekerja tempatan mahupun pekerja asing. Pihak JTK Sabah menganalisis aduan yang diterima daripada pekerja sama ada aduan tersebut adalah aduan berasas atau aduan tidak berasas. Bagi kes buruh mengenai tuntutan pekerja terhadap majikan dalam organisasi mereka, terdapat beberapa jenis tuntutan yang dituntut oleh pekerja tempatan dan pekerja asing. Antaranya ialah baki gaji, baki gaji minimum, elaun atau faedah bersalin, faedah faedah penamatan dan pemberhentian kerja, gaji cuti am, gaji cuti sakit, gaji cuti tahunan, gaji ganti notis, gaji kerja cuti am, gaji kerja hari rehat mingguan, gaji kerja lebih masa pada cuti am, gaji kerja lebih masa pada hari biasa, gaji kerja lebih masa pada hari cuti rehat mingguan, komisen dan tuntutan-tuntutan lain.
KAJIAN AKTA KESATUAN SEKERJA 1959 DI JABATAN HAL EHWAL KESATUAN SEKERJA, SABAH (JHEKS)
Aiman Bin Osman (BA17271099)
Airna Binti Muhamad (BA18110316)
Mohd Hasmiron Rahimi Bin Zainal (BA18110417)
Mohd Safwan Bin Biwari (BA18110611)
Norainah Binti Udin (BA18110874)
Rasidih Bin Rahman (BA18110932)
Vallenness Allora Gumiging (BA18110824)
ABSTRAK
Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja di Sabah bertanggungjawab untuk mengawal seliapergerakan kesatuan sekerja bagi menjamin keharmonian perhubungan perusahaan di Sabah khususnya. Selain itu, jabatan ini juga mempunyai fungsi tertentu bagi mengekalkan keharmonian industri di Sabah seperti menguatkuasakan Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan peraturan-peraturan yang terkandung di dalamnya. Begitu juga dengan melakukan penyeliaan, menimbangkan permohonan pendaftaran, dan menjadi penasihat kepada pegawai ahli kesatuan sekerja mengenai aspek pentadbiran dan perundangan kesatuan sekerja. Peranan penting kesatuan sekerja dalam menjaga kebajikan dan memberikan hak yang sepatutnya diperoleh oleh seorang pekerja menjadi sebuah pergerakan yang mampu mengubah penindasan kepada keadilan bagi membentuk suasana harmoni majikan dan pekerja di tempat kerja. Adapun, kesatuan sekerja merupakan suatu komponen yang dilihat sangat penting dalam sesebuah organisasi yang memainkan peranan dalam mewakili kepentingan pekerja khususnya mencapai objektifnya. Oleh itu Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja di Sabah menjadi medium utama dalam menubuhkan kesatuan sekerja dengan menggariskan panduan yang telus dalamberkesatuan. Dengan melakukan pemantauan terhadap kesatuan-kesatuan sekerja yang rasmi ditubuhkan, Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Sabah menjadi wadah perantaraan antara majikan dan pekerja bagi memastikan keharmonian sentiasa wujud dalam setiap organisasi yang terdiri daripada kesatuan. Sebagaimana menjadi visi bagi Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja di Sabah Adalah untuk menjadi agensi yang unggul dan berkesan dalam pembangunan pergerakan kesatuan sekerja, dengan itu jabatan ini berusaha untuk menjadi badan pemantau dan penguatkuasa undang-undang dalam hal ehwal kesatuan sekerja di negeri Sabah khususnya.
PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG DAN PENYELESAIAN KES BERKENAAN BAB 11 : PERUNTUKAN KHAS BERKAITAN DENGAN PEKERJAAN KANA-KANAK DAN ORANG MUDA, SABAH LABOUR ORDINANCE (SLO) DI JABATAN TENAGA KERJA, KOTA KINABALU
Muhamad Ad Lean Bin Nasip (BA18110278)
Mohammad Hishamuddin Bin Abdul Rahim (BA18161041)
Mohamad Shajehan Bin Sharoly (BA18110107)
Nordin Bin Kudoput (BA18110166)
Najiha Binti Nilo (BA18110452)
Nur Farah Hazwani Binti Muhamad Saleh (BA18110746)
Siti Nurcahaya Binti Abdulani (BA18110285)
ABSTRAK
Bab 11 Peruntukkan Khas Berkaitan dengan Pekerjaan Kanak–Kanak dan Orang Muda (SLO). Akta ini diwujudkan untuk melindungi hak dan kebajikan pekerja di bawah umur dan golongan muda di Malaysia. Bab 11 Peruntukkan Khas Berkaitan dengan Pekerjaan Kanak–Kanak dan Orang Muda (SLO) hanya ada peruntukan terhadap perlindungan spesifik terhadap syarat bekerja dan bilangan hari bekerja serta jenis pekerjaan yang boleh diceburi. Akta ini tidak menyatakan perihal hari cuti, cuti tahunan serta cuti sakit. Sekiranya seseorang kanak-kanak atau orang muda itu bekerja secara sah di sisi undang-undang, maka segala keistimewaan yang dinikmati oleh seorang pekerja di dalam Akta Pekerja 1955 seharusnya juga dinikmati di bawah akta ini. Selain itu, kebanyakkan kes yang sering berlaku di Jabatan Tenaga Kerja juga adalah berkaitan dengan tuntutan-tuntutan yang berkaitan dengan masalah penindasan, upah dan gaji. Bab 11 Peruntukkan Khas Berkaitan dengan Pekerjaan Kanak–Kanak dan Orang Muda (SLO) ini juga penting kerana Pada kebiasaannya, dalam keadaan seseorang kanak-kanak diambil sebagai pekerja, majikan biasanya tidak menyimpan rekod pendaftaran pekerja dan gaji. Rekod seperti ini adalah amat penting bagi mengelakkan eksploitasi terhadap kanak kanak dan orang muda. Sekiranya berlaku hal-hal seperti ini maka mudah untuk kanak-kanak dan orang muda menuntut keadilan untuk diri mereka sekiranya mereka merujuk akta kanak kanak dan orang muda ini.
AKTA ANTI PEMERDAGANGAN DAN ANTI PENYELUDUPAN MIGRAN (ATIPSOM) OLEH JABATAN PERKHIDMATAN KEBAJIKAN AM SABAH
Akta Anti Pemerdagangan Orang Dan Anti Penyeludupan Migran 2007 merupakan Akta 670 dimana tarikh akta ini diperkenan adalah 18 Julai 2007, tarikh penyiaran dalaam warta adalah pada 26 Julai 2007. Tarikh dipinda melalui Akta A1500 yang mula berkuat kuasa pada 18 November 2015 dan akta ini mempunyai beberapa penambahan terbaru Bersama Pindaan 2016, Sebagaimana pada 15 Ogos 2016. Menurut Puan Ponniya Binti Irham selaku Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S32 di Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah (JPKAS), menyatakan bahawa penguat kuasa yang terlibat dalam akta ini dan menjalankan semua kuasa penguatkuasaan Sebagaimana Pindaan 2016 dibawah sekyen 27 terdapat lima iaitu Pegawai Kastam, Polis, Imigresen, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Tenaga Kerja. Akta ini telah diperbaharui dengan beberapa penambahan bahagian atau seksyen Bersama Pindaan 2016, Sebagaimana pada 15 Ogos 2016 iaitu antaranya adalah dalam Seksyen 40 (1) (a) mana-mana yang mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah jika mengesyaki seseorang pegawai penguat kuasa itu cuba bertindak berkaitan dengan suatu penyiasatan itu dan cuba memberi maklumat kepada orang lain tentang apa-apa perkara yang boleh menjejaskan penyiasatan tersebut di bawah akta ini kerana segala maklumat itu adalah sulit. Seksyen 42 iaitu Tempat Perlindungan menyatakan dimana Menteri boleh mengisytiharkan mana-mana rumah, bangunan atau tempat untuk menjadi suatu tempat perlindungan bagi jagaan dan perlindungan orang yang diperdagangkan dan diasingkan mengikut kategori seperti mengikut umur dan jantina. Tambahan pula, dalam Seksyen 43 dalam ATIPSOM adalah tentang Pelantikan Pegawai Pelindung menyatakan selepas berunding dengan Menteri yang bertanggungjawab bagi pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat boleh melantik apa-apa bilangan pegawai awam lain untuk menjalankan kuasa dan melaksanakan kewajipan mereka sebagai Pegawai AntiPemerdagangan Orang dan AntiPenyeludupan Migran Pelindung di bawah akta ini tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dinyatakan. Pegawai pelindung tersebut hendaklah bertanggungjawab bagi jagaan serta menjalankan siasatan dan laporan perlu disediakan mengenai orang yang diperdagangkan. Manakala, dalam Seksyen 51 iaitu berkenaan Penyiasatan, siasatan dan Perintah Perlindungan adalah tentang jika suatu perintah perlindungan interim dibuat di bawah subseksyen 44(2) dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh perintah itu, seorang pegawai pengawai penguat kuasa hendaklah menyiasat keadaan kes orang itu bagi menentukan sama ada orang itu diperdagangkan di bawah akta ini.
AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD 2001 (AKTA 612): PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD NEGERI SABAH
Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001 merupakan suatu akta yang memperuntukkan bagi pengenaan dan pemungutan levi pembangunan sumber manusia bagi maksud penggalakan latihan dan pembangunan pekerja, perantis dan pelatih, penubuhan dan pentadbiran Kumpulan Wang oleh Perbadanan dan bagi perkara yang berkaitan dengannya. Akta ini dibuat oleh Parlimen Malaysia. Akta ini hendaklah terpakai bagi kelas majikan dalam industri sektor perkilangan, perkhidmatan dan perlombongan. Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam warta iaitu pada1 Mac 2001. Melalui Akta ini, sebuah perbadanan telah ditubuhkan untuk menguruskan Akta ini, perbadanan tersebut adalah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) atau lebih dikenali sebagai HRDF. PSMB merupakan sebuah agensi dibawah Kementerian Sumber Manusia. PSMB bertujuan untuk membuktikan masa depan perubahan ekonomi Malaysia melalui aset negara yang paling berharga iaitu rakyatnya. PSMB ditadbir oleh Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001 untuk memangkinkan perkembangan tenaga kerja semasa dan akan datang untuk menyokong wawasan Malaysia untuk menjadikan ekonomi berpendapatan tinggi. Dengan garis panduan yang sedia ada, PSMB juga memberikan latihan dan campur tangan yang ketara kepada industri-industri utama di Malaysia dengan mengekalkan landskap perniagaan yang pesat berkembang dan aspirasi syarikat masing-masing. PSMB dipertanggungjawabkan untuk menilai dan menentukan jenis dan takat latihan semula pekerja, perantis dan pelatih dan selaras dengan keperluan sumber manusia bagi industri; menggalakkan dan meningkatkan latihan tenaga manusia dan menentukan terma dan syarat yang atasnya apa-apa bantuan kewangan atau faedah lain akan diberikan. Matlamat utama Perbadanan ini ialah pengenaan dan pemungutan levi pembangunan sumber manusia bagi maksud penggalakan latihan dan pembangunan pekerja, perantis dan pelatih dan penubuhan dan pentadbiran Kumpulan Wang.
ORDINAN BURUH SABAH BAB 67 JABATAN TENAGA KERJA SABAH
Ordinan Buruh Sabah (Bab 67) adalah pada asalnya sebuah perundangan negeri. Ordinan ini telah diisytiharkan sebagai sebuah perundangan persekutuan pada tahun 1995. Ordinan ini meliputi pihak majikan dan pihak pekerja manual tanpa had gaji. Selain itu, ordinan ini juga melindungi pekerja-pekerja bukan manual yang bergaji tidak melebihi RM 2500 sebulan. Jabatan Tenaga Kerja Sabah adalah sebuah jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia. Jabatan Tenaga Kerja Sabah bertanggungjawab kepada Kementerian dalam pentadbiran dan penguatkuasaan undang-undang buruh di Sabah (Kamal bin Padri, 2019). Menurut Ismail N (2012), Ordinan Buruh Sabah mula diperkenalkan di sekitar tahun 1950-an oleh penjajah Inggeris. Ia mengalami sedikit pindaan dari semasa ke semasa sehinggalah Sabah dan Sarawak bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu bagi membentuk Malaysia pada tahun 1963. Di bawah Perlembagaan Persekutuan ‘buruh’ adalah di bawah senarai Persekutuan. Namun, Ordinan Buruh Sabah terus di pakai di negeri Sabah dan diistiharkan sebagai perundangan Persekutuan. Memandangkan Ordinan Buruh Sabah adalah satu perundangan lama yang agak lapuk, maka peruntukan-peruntukan di dalamnya pun agak lapuk dan tidak lagi sesuai digunakan dalam keadaan semasa. Akibatnya, ramai pekerja-pekerja di negeri Sabah ditindas terutamanya oleh majikan-majikan yang bijak mengambil kesempatan dari kelemahan kelemahan yang ada pada perundangan ini. Atas usaha pelbagai pihak, maka Ordinan Buruh Sabah telah dipinda sekali lagi menerusi Akta Ordinan Buruh Sabah pindaan 2004 ataupun Labour Ordinance of Sabah Amendment Act 2004 (Act A 1238). Akta ini antara lain telah memansuhkan 76 seksyen pada ordinan tersebut yang sudah lapuk dan tidak sesuai digunakan lagi. Ordinan Buruh Sabah Pindaan 2004 ini telah dimodelkan dari Akta Kerja 1955 dan ia membolehkan pekerja-pekerja di negeri di bawah bayu ini menerima faedah-faedah dan perlindungan yang hampir sama dengan pekerja-pekerja di Semenanjung Malaysia. Antara ciri terpenting pada Ordinan Buruh Sabah Pindaan adalah ia terpakai kepada pekerja-pekerja yang gajinya tidak melebihi RM 2500. Ini merupakan satu kelebihan buat pekerja-pekerja di Sabah berbanding dengan di Semenanjung Malaysia yang mana Akta Kerja 1955 hanya terpakai pada pekerja-pekerja yang gajinya hanya tidak melebihi RM 1500 sahaja. Harus diberi perhatian juga adalah satu Arahan Kekecualian telah dikeluarkan oleh Menteri Sumber Manusia pada 30 September 2005. Di bawah Employment Exemption Order 2005, peruntukan berkaitan dengan hari kelepasan am, masa kerja, kerja shift dan kerja pada hari rehat dikecualikan terhadap pekerja pekerja yang gaji mereka di antara RM 2001 hingga RM 2500 sebulan. Ini bermakna majikan tidak terikat untuk memberikan faedah-faedah seperti bayaran kerja lebih masa (OT) dan bayaran tambahan bagi kerja di hari kelepasan am atau cuti rehat kepada pekerja-pekerja yang gaji mereka dilingkungan ini. Arahan ini berkuatkuasa pada 1 Oktober 2005 di Sabah dan juga di Sarawak. Ini dibuat setelah bantahan dibuat oleh majikan-majikan terhadap gaji minima yang ditetapkan untuk pekerja-pekerjayang dilindungi di bawah Ordinan ini. Secara amnya, Ordinan Buruh Sabah adalah satu perundangan yang penting dan memberi banyak faedah dan perlindungan kepada pekerja-pekerja di negeri Sabah (Ismail N, 2012).
AKTA KILANG DAN JENTERA DI JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
Akta Kilang dan Jentera 1967 dikuatkuasakan untuk mengawal kilang-kilang berkaitan dengan perkara-perkara keselamatan, kesihatan dan kebajikan individu yang terlibat di dalamnya, pendaftaran dan pemeriksaan jentera-jentara dan hal-hal lain yang berkaitan. Akta ini telah disemak semula dan bermula dari tarikh ini dikenali dengan Akta 139. Walaupun akta ini digubal dalam tahun 1967 tetapi penguatkuasaan sepenuhnya hanya berlaku dalam tahun 1970. Akta Kilang dan Jentera 1967 ini dapat menjaga keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja yang berkerja di kilang. Akta ini juga secara tidak langsung dapat mengurangkan kemalangan tempat kerja di kilang. Sesebuah kilang dan jentera perlu mengikut akta-akta yang telah ditetapkan ini, tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas kilang yang tidak mengikut akta ini. Akta ini mengandungi peruntukan tentang keselamatan, kesihatan dan kebajikan bagi menjamin pekerja-pekerja kilang tidak diabaikan. Dalam akta ini, majikan dikhendaki memberikan latihan dan mengawasi pekerja yang tidak berpengalaman menggunakan jentera yang boleh mengakibatkan kecederaan badanyang serius jika berlaku kemalangan. Akta ini juga melarang seseorang yang berumur kurang daripada 16 tahun bekerja atau mengendalikan sesebuah jentera. Akta ini juga akan mengenal pasti dan menyenaraikan sesetengah jentera seperti dandang stim, pengandang (Vesel) tekanan tidak berapi dan mesin angkat. Hal ini demikian kerana, jentera-jentera tersebut harus mendapatkan sijil kelayakan daripada ketua inspektor sebelum beroperasi, bgitu juga dengan pekerja yang ditugaskan untuk mengendalikan jentera perlu mendapatkan sijil kelayakan daripada ketua inspektor. Hal ini sangat penting kerana nama pekerja tersebut akan direkodkan dan sekiranya berlaku sesuatu kemalangan mereka akan dipanggil untuk penyiasatan dan bertanggungjawab ke atas penggunaan jentera tersebut. Dari aspek keselamatan, sekiranya berlaku kemalangan industri atau sesuatu keadaan yang bahaya yang boleh menyebakan kematian dan kecederaan badan yang menyebabkan pekerja itu tidak dapat menjalankan pekerjaannya dalam masa empat hari atau lebih maka majikan dikhendaki melaporkan kejadian ini kepada pihak jabatan kilang dan jentera. Pada masa yang sama jika pekerja yang terlibat dalam kemalangan, tetapi boleh melakukan pekerjaannya seperti biasa dalam masa hari yang ketiga maka kemalangan tersebut tidak perlu dilaporkan.
ANALISIS RINGKAS
Berdasarkan ringkasan tugasan yang dipaparkan dalam siri ini, beberapa perkara dapat dinilai. Pertama adalah berkaitan kecenderungan pelajar untuk memilih kes yang berkaitan dengan sesuatu.
PENUTUP
Comments
Post a Comment